pindah,



sayounara,

Dengan ini,

saya IRFAN BIN MAT ROSLY,

merasmikan penutupan blog ini.

sekian,terima kasih.
p/s : not die,just migrate.=)

#4 WW

padang,

tiga tahun aku tak pernah ade kawan dekat kawasan rumah aku nie. dari tahun 2008 sampai tahun 2010 aku menyepi je kat rumah. kawan yang ade cume kawan-kawan sekolah aku. tu pun cuma empat orang. kalau nak meriah, kena lah plan kumpul kat kota bharu. macam nie lah nasib orang yang pindah kat tempat baru semasa umur 15 tahun. kena pulak sekolah bukan kat kawasan tu. balik pulak 3 4 kali se setahun. mane sempat nak buat kawan. kawasan rumah aku pulak asyik sunyi sepi je.


ihsan pakcik google


tapi semua berubah lepas aku balik asasi. aku tengok dekat kawasan rumah aku ade macam padang bola. mule-mule tak tergerak hati aku nak main bola dekat situ. tapi bile petang je, mule lah angin naik kepala. bosan nak mampos. lagi-lagi mase mule-mule balik sebab ayeng dok kat kl lagi. jadi aku join je main bola dekat depan rumah aku tu. mula-mula macam tak biasa la sebab mane pernah aku maen selama nie. tapi bila lame-lame memang masuk kepala la. budak-budak sini memang masuk kepala jugak. terbaek lah perumahan aku nie. dan sekarang, ayeng dengan adik die pon join main sekali.

benda paling best jadi mase kat sini mase maen bola yang aku tak boleh lupe, budak kampung laen datang lawan. kesudahan, diorang kalah dan disertai dengan ketidak puasan hati. siap dok bakar-bakar kitorang lagi. macam-macam lah diorang cakap. padang tak best lah, gol kecik lah. jadi diorang ajak lawan kat tempat diorang pulak. dah macam liga pulak ade home away nie. nanti aku cerita kisah kitorang lawan kat tempat diorang pulak.

#3 WW

kelantan english,

*cari kawan kelantan untuk sebutan yang betul

american english??u.k english??ni ade satu lagi.kelantan english.

tak payah nak sibuk-sibuk berlatih cakap bahasa inggeris. kan senang kalau korang memang sebut dari kecik lagi. nie la keistimewaan kelantan. banyak perkataan inggeris yang diadaptasi menjadi bahasa kelantan.

bahasa kelantan - bahasa inggeris - bahasa melayu

bok - book - buku

bekwoh - big work - kenduri

nyuting - shooting - target dan sepak

saje aku share suke-suke. harap takde pihak marah atau terasa hati..=)



#2 WW

zaman muda,




hari selasa memang hari function bagi aku, ayeng, panjang dan pokcek. maklumlah, kitorang hiduf dengan penuh kesesatan dan kegilaan kat tanah merah ni. so hari selasa lah tempat kitorang nak menggila. tadi aku dengan si ayeng keluar lah pergi pasar malam. kali ni bertiga. adik bongsu aku ikot sekali. dia bosan duduk rumah sebab adik beradik laen takde dekat rumah waktu malam. ade yang mengaji, ade yang tuisyen. tengah jalan-jalan kat pasar malam, teringat dulu aku selalu pergi pasar malam dengan angah aku. dulu dekat je. jalan kaki tak sampai lima minit pun dah sampai. tapi sekarang, lima minit naik motor. takdelah jauh sangat. sumpah aku rindu zaman kanak-kanak aku. tak payah fikir macam-macam. sekarang, banyak benda kene fikir walau tak nak sekalipun.

lepas penat jalan-jalan, aku cari port lepak. kitorang duduk kat satu kedai makan. order air satu sorang. adik aku layan betul aku tengok minum air. entah ape die dok maen cak-cak ngan si ayeng entah. si ayeng pulak dok layan gila adik aku. memang sama-sama naik lah. boleh pulak adik aku buat muke kesian nak makan. aku pergi lah order kuew teow goreng basah. boleh tahan die telan. padahal dah banyak dia makan sepanjang jalan kat pasar malam tadi. perut tong drum ke ape dia ni.

lepas dah penat jalan-jalan, pergi sekolah adik aku dan adik ayeng. kebetulan mak die cikgu kat situ. malam tu ade majlis motivasi ape entah. tapi memang lucu lah bile kitorang masuk sekolah tu. maen-maen gear kereta dulu. masuk je, tengok budak keluar dewan diiringi air mata. nie sah ade psiko-psiko nie. aku dengan ayeng gelak-gelak je. teringat dulu kitorang selalu kene macam tu. tapi sampai form 3 je la yang boleh layan benda tu. lepas tu dah tak bolah dah. dengar boleh, menangis tak  boleh dah. macam dah lali dengan benda tu semua. budak-budak nangis malam tu je. esok nye buat hal jugak. buli orang lain la, gaduh la. takp paham aku. tapi macam tu jugaklah aku dulu. *senyum sorang-sorang.

*looking forward

#1 WW

lompat tikam,



bukan membunuh, tapi mengenyangkan. kalau yang tak pernah dengar, mesti tak tau ape benda nie. lompat tikam memang popular kat kelantan. aku tak tau ape orang luar panggil kuih nie. tapi tadi aku ade tengok satu rancangan, die panggil lompat tikam nie bubur susu. adelah sebab kenapa panggil macam tu. memang pelik-pelik nama kuih- kat malaysia nie. lompat tikam, kepek hidung, ulat bulu dan macam-macam lagi lah. tapi yang penting, lagi unik name lagi unik rase die. memang best.




lompat tikam nie ade la dua tiga jenis. tu yang aku tau lah. ade banyak jenis kuih ni. macam-macam stail yang aku pernah tengok. tapi bape jenis je yang pernah aku rase. mngkin beza sikit je rase. kuih nie selalunya ade tiga  atau empat bahagian. tepung hijau, tepung putih, pulut merah dan kuah dia. kuih nie wangi dan berlemak sebab die masak guna daun pandan dengan santan. banyak jugak bahan nak buat benda nie. sedap kuih nie. rugi tak rase. sape-sape yang kenal kuih nie, tolong bagitau ape name die kat tempat korang. terima kasih.

*idea datang sebab tengok program sarapan.

rumah pokok,

     
kartun fevret mase kecik


dulu kecik-kecik, korang pergi mane bile korang sedih atau kene marah dengan mak ayah?? dulu aku duduk dekat pahang. so bile merajuk, aku duduk dalam bilik je lah. paling best bila dekat kampung. kampung aku memang betul-betul kampung dulu. banyak tempat best nak lepak. standard lah kan kalau budak kecik merajuk ka. ke ade orang tak pernah merajuk waktu die kecik dulu. tinggal kesan sikit nak tengok sapa. berani kerana benar.    

antara satu tempat yang aku selalu menyorok kalau gaduh dengan sepupu aku terutamanya ialah kat belakang pokok depan rumah aku. kat seberang rumah tok aku ade satu kolam yang tak berapa nak besar sangat. pokok tu besar dan akar die besar berpulas-pulas. ade satu part yang memang muat aku nak duduk dan bersandar. selesa jugak weyh. aku selalu gaduh dengan sepupu perempuan yang paling tua. beza umur ade la dalam tujuh tahun. selalu gaduh pasal berebut nak tengok tv. kalau dah name budak-budak tu paham-paham je lah nak tengok ape kan. lepas dah gaduh mulut, kaki , tangan semua-semua, aku pergi lah merajuk kat pokok tu. tu je lah taktik aku tiap-tiap kali gaduh. sebab aku tau die mesti datang ajak aku balik. die akan pujuk aku sampai aku naik rumah balik. aku nie cucu sulung lelaki. muda kan?



tapi tempat yang paling aku tak boleh nak lupa sampai sekarang, tasik danau. aku ingat lagi mase mule-mule pergi tempat tu. otak aku dengan dua kawan yang laen same je. sejak dari tu, kitorang akan lepak kat situ kalau ade masalah ape-ape. kitorang siap buat satu pondok lagi. pastu ukir name kitorang satu batang sorang. kitorang ingat lagi kitorang bincang nak rekrut sape sorang lagi. semata-mata nak bagi penuh empat-empat tiang dengan satu nama. kitorang buat pondok dengan parent kitorang. tak larat lah kalau kitorang buat sendiri. secara automatik, parent kitorang tak risau kalau kitorang tak balik. diorang akan cari dekat rumah salah sorang daripada kitorang. kalau takde, dekat tasik lah kitorang lepak. tapi sayang, sorang dah pergi buat selama-lamanya. pondok tu pon dah dirobohkan sebab diorang nak buat macam satu jeti kat situ. sumpah aku takkan lupa setiap saat kitorang bersama.



elemen dalam heading

social and ethic,part 2.

post lepas dah cerita pasal kat malaysia. ok sekarang aku ambik negara lain la untuk perbandingan. ok, aku ambik US. kalau korang perasan, sosial kat sane tak berapa meluas. kalau ade pon untuk tujuan yang penting-penting je. kat sane masalah sosial tak banyak macam kat negara nie. betulkan aku kalau aku salah. tapi ape yang aku bagitau nie cuma pandangan aku je. atas pemerhatian aku jugaklah. kawan-kawan aku yang dok sane pon tak cuak nak buat ape yang diorang nak. kalau kat sini, lorong gelap sikit je dah jadi tempat kerja orang-orang yang tak baik. samun la, pukul la dan bermacam-macam la lagi.

tapi lain pulak dengan ethic diorang, memang tak dapat disangkal perbezaan dengan negara kita. macam langit dengan bumi. korang mesti tau kalau aku cakap benda nie. orang tak takut nak melintas kat jalan sebab orang-orang kat sane hormat kat pejalan kaki. bila ade orang melintas, diorang akan stop dan bagi laluan untuk pejalan kaki. memang tahap terbaik lah ethic diorang. memang aku respek gila. dan kadar kemalangan jugak memang berbeza antara US dengan Malaysia. kadar diorang memang sikit, tapi kat sini memang banyak tak ingat lah. bukan aku nak burukkan malaysia. tapi boleh ke korang melintas jalan selamba je? even dekat lintasan zebra yang tunjukkan lampu hijau pun korang akan toleh kiri kanan banyak kali kan? so fikir-fikirkanlah..

selamat,

selamatlimabelas!!



baru 6 kan..haha..thanks for everything..sumpah aku blur nak tulis ape..cukup la wish pendek tu yedok..



long way to go right??

mungkin takdir,

20 minit,
keputusan masih samar,
walhal semuanya sudah ditetapkan,
sembunyi untuk elakkan kejatuhan.


*sory klau tak dapat contact aku..aku sayang kawan-kawan aku dan si dia..=)

social and ethic,part 1.

pertama sekali aku nak bagitau tajuk post tu disengajakan dalam bahasa inggeris. jangan risau, post nie dalam bahasa melayu. so tak perlu korang nak sibuk-sibuk nak pegang kamus mase bace post nie. kot-kot la ade word yang korang tak paham kan. tapi disebalik tajuk bahasa inggeris 2, sebenarnya aku tak tau ethic dalam bahasa melayu. sila jangan cemuh.

kalau cakap pasal sosial, malaysia memang hebat lah bab nie. susah nak jumpa orang yang anti sosial. mungkin 'nerd' antara orang yang anti sosial. tapi jangan salah faham antara nerd dengan orang yang pandai atau suka belajar. aku pun tak reti nak terangkan macam mana. sosial rakyat malaysia meluas. segenap tempat ada cara dan perkara untuk disosialkan. terpulang kat diri sendiri benda baik atau benda buruk.

sebenarnya sosial bukan salah. cuma anak remaja zaman sekarang yang buat sosial tu nampak macam salah. korang boleh baca sendiri kes-kes yang jadi kat surat khabar. aku rase dalam setiap hari jugak lah ade berita pasal kes salah laku. nie semua punca daripada terlebih sosial la nie. ada yang kuat sosial tapi tak jadi teruk, tu atas diri sendiri lah kan. kau yang tetapkan perjalanan hidup kau. bukan kau, bukan sape-sape. lepak sana-sini, merempit. kesian kat budak-budak nak tido. kalau dah tido lambat, nanti ngantok dalam kelas. lepas tu belajar tak ok. result jatuh. jadi lah kutu lepak. proses kitaran yang tak pernah berhenti.

tapi masuk bab ethic, orang malaysia memang kurang. sebab apa aku cakap macam nie?? tunggu bile kau buat perbandingan dengan negara luar dari asia.

*bosan yang teramat..nak pergi utara..=)

#post ringkas 1

cuaca : hujan renyai-renyai
lokasi : bandar tanah merah
masa  : 2000-2100


petang tu adik aku ajak pergi pasar malam. kebetulan pulak hujan boleh tahan lebat. so kire tak jadi lah. dah nak maghrib tu hujan start reda. adik aku ajak pergi pasar malam. aku nak tak nak je ikot sebab aku tak berapa keluar rumah waktu malam kalau kat rumah. aku prefer terperap dalam rumah je.

dalam hujan renyai-renyai, aku gerak lah dengan adik perempuan aku yang 2 orang tu dengan sorang sepupu aku. risau jugak aku bawak sepupu aku yang baru sekolah rendah tu. dah lah buas lebih. same la dengan adik lelaki aku. lama tak datang pasar malam. dulu senang. pasar malam atas bukit kuarters je. jalan kaki tak sampai 5 minit.

yang tak best malam nie, air. jalan dah macam ape dah. aku tak boleh betul dengan orang jalan pijak lopak air laju-laju. tak reti nak hormat orang ke? satu lagi jalan lepas tu tiba-tiba stop. panas betul aku. aku balik dari pasar malam dengan sekeping kertas dan sebungkus gula-gula nano untuk adik bongsu aku. yang laen je shopping kat pasar malam. sekian.

*rindu kamu.

seram,

macam mana rupa saka?? persoalan yang makin lama yang makin menghantui aku. satu lagi, turun kat aku ke nanti?? kalau boleh tak nak lah. risau aku ape-ape jadi weyh. sumpah seram weyh.

kalau dulu-dulu, benda-benda macam saka ke bomoh ke memang femes lah kan. tapi zaman sekarang orang tak berapa nak percaya. maklumlah zaman dah moden. semua yang berlaku dikaitkan dengan sains. contohnya kalau sakit. orang kampung akan lebih menjurus kepada bomoh atau pawang. bagi yang memang betul-betul kampung lah. sebab kebanyakan kampung dah moden dah. kalau kat tempat-tempat moden, orang akan terus bagi ubat atau bawa pergi klinik. ada benda yang tersirat di sebalik 2 tindakan yang berbeza nie. kadang-kala betul, kadang-kala tak kena tempat dan waktu.

masih berkaitan contoh di atas. ada waktu, bomoh lebih bagus dan ada waktu, klinik dan sains yang memainkan peranan. seperti yang dikatakan pada awal tadi, kebanyakan orang tidak percaya akan benda-benda sebegini. tapi pada faktanya, semua benda nie masih wujud kat atas muka bumi ni. cuma kita yang tak dapat melihat benda-benda tu. yang kita lihat pada zahirnya seseorang tu macam demam, ada kemungkinan ianya perbuatan makhluk halus. tiada yang mustahil.

ok, berbalik kepada hal saka. dulu aku tak pernah takut bile pak cik mak cik aku cakap-cakap pasal saka. sebab aku ingat saka nie harta pusaka. sebutan memang hampir-hampir sama. cuma satu tu macam bersabdu. kalau orang tak biasa, memang tak boleh bezakan. tapi bila aku dah makin besar, barulah aku paham apa itu saka. warisan dari satu generasi ke satu generasi.

selalunya yang sulung akan warisi benda tu. aku tak tau apa benda tu. rupa macam mana, apa sifatnya. aku tak pernah tengok. tapi dalam keluarga, mak aku anak keempat. yang atas-atas semua tak berani. nenek aku pernah cakap mal aku nie lain dari adik-beradik yang lain. dalam kandungan lama. masa beranak, bidan ade cakap mak aku ada darah bomoh. memang ade keturunan nenek moyang aku dulu yang jadi bomoh. aku sendiri tak percaya mulanya. sampailah ada satu kejadian. tu nanti aku cerita.

yang tambah menakutkan bila aku dapat tau dua-dua belah keluarga ada benda tu. memang meremang bulu roma aku dibuatnya. tapi paling menakutkan belah mak aku. aku cucu sulung lelaki. setakat nie satu benda warisan keluarga je yang aku tak tengok lagi. keris yang hujung die dah patah sikit. keris tu arwah moyang aku yang punya. keris tu digunakan untuk bunuh orang masa zaman dulu-dulu. tu lah sebab mata keris tu dah hilang sikit. pakcik aku ada cakap yang keris tu salah satu benda yang ada penjaga. sebab tu tak boleh buang merata. jadi pakcik aku yang paling tua simpan.

aku tak tau lah apa yang akan jadi lepas nie. cuma satu je yang aku tak nak. benda tu turun kat aku. aku jenis yang cuai. tak boleh handle. aku doa aku dijauhkan dari benda-benda macam tu.


*make it 3

saka,

benda apa tu? warisan turun-temurun? tak berdosa ke kat sisi agama? kite tunggu post satu lagi ok. sekarang nak cakap pasal lain dulu.

dah 2 hari berturut-turut hati senang. terima kasih sangat-sangat. nie tak bermakna aku tak hargai kawan-kawan aku yang lain. aku tetap hubungi diorang. banyak medium yang boleh aku guna pakai. dari yang sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. kalau ada yang tadika pon boleh join jugak nie.

muke gembira ja. walaupun baru je kehilangan seseorang yang bermakna buat dia. sumpah dia nie tabah gile. tak menangis pun. boleh senyum dan gelak lagi dengan family dia. tak bermakna dia tak peduli kat arwah. tapi tu menunjukkan dia bersedia dan redha dengan pemergian tu. lagipun kalau duk ratap je, arwah jugak yang seksa. so, redhakan lah setiap pemergian. sebab satu hari, kita pun akan pergi jugak. cuma masa yang akan menentukan.

aku tak tau kenapa, tapi dia selalu senangkan hati aku. tapi dia garang. haha! pantang buat salah, menyinga nanti. tapi kau memang baik.

adakah ini pilihan,

okay, nak tulis apa yang aku nak tulis dua tiga hari lepas. kisah berlaku di kawasan kampung yang tak berapa nak sunyi. balik kampung, hati terbuka, hidayah datang. hari tu hari jumaat. solat jumaat konfem lah kat masjids kan. nie cerita asar. kat tempat aku, surau nie lebih dikenali dengan 'balasoh'. diadaptasi dari 'balai saf' yang merujuk kepada tempat solat kita yang mempunyai banyak barisan yang kita panggil 'saf'.

ok, aku bukan nak cerita pasal tu. waktu asar, terdetik hati nak pergi surau. kalau dulu kecik-kecik tak rase ape-ape kalau tak pergi. tapi sekarang, tak tau nak cakap lah. surau depan rumah tok je. surau tu tak ramai orang. maklumlah, surau kampung je. orang kampung pun tak ramai yang datang. mase solat tu, aku terdengar satu bacaan yang pelik, yang asing bagi aku. aku abaikan je la sebab ingat bacaan tambahan ke ape ke. sebab aku cetek lagi dalam bab-bab tu.

lepas dah habis solat,salam kiri kanan, aku toleh kiri. nak cari tuan punya suara tadi. sumpah aku terdiam. tak aku sangka dia rupa-rupanya. orang yang aku maksudkan ialah pak cik aku,adik kepada ayah aku. aku bukan nak aibkan atau apa-apa. tapi bagi aku, dia antara orang yang banyak bagi inpirasi kat aku. dia tak macam orang lain. dia istimewa. die tak berjaya macam orang lain. die duduk pun dengan nenek aku. die tak boleh hidup sorang-sorang.

aku selalu cube korek kenapa die jadi macam tu. tapi sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya lagi. takpe, aku akan usaha sampai aku dapat jawapan die. satu yang aku respek pasal die, die tak pernah merungut nak apa-apa. dia akan kerja untuk dapatkan duit untuk beli barang. tapi selalunya, duit yang die dapat die akan beli kuih untuk nenek aku. walaupun keadaan die tak macam orang laen, tapi hati die lebih dari orang lain. aku tersentuh dengan perangai dia.


perlu 2 muka ke,

satu yang aku cukup marah dari dulu sampai sekarang. ade pakcik makcik aku yang buat die macam orang gaji. kalau setakat mintak tolong sikit-sikit aku takde hal lagi. nie kalau dah melampau, memang aku sendiri pon rase nak sound je. tapi bile fikir-fikir balik, aku kecik lagi. kang tak pasal-pasal makan penampar free kang. tapi sekarang, aku dah tak tahan-tahan dah. aku sound je diorang-diorang yang buat macam tu. lega rasa hati. lantak korang lah nak benci aku ke ape ke. abah ma aku rilek je. aku buat depan diorang. kalau parent aku senyap, maknanya ape yang aku buat tu betul.


*kau kene kuat,banyakkan doa ok.. aku sayang kau..=)

15,

post yang simple,


terima kasih untuk semua,
aku sayang kau sangat-sangat,

selamatlimabelaasmeiduaribusebelas!!

rindu,

bangun pagi?? haih, susah nak cakap. tp kat rumah susah nak subuh gajah. maklumlah, kerja driver professional sekarang. kene on time. kalau tak ade lah radio buruk bunyi nanti. kalau driver orang tua, die berleter kalau lambat. tapi yang harunye kalau jadi driver budak-budak kecik. lambat sikit, mesti nak nangis. aku pon tak paham motif die nak pergi awal-awal. aku dulu seboleh-boleh nak pergi dekat-dekat time gate nak tutup. lagi pun dulu sekolah atas bukit sebelah rumah je.

cakap pasal sekolah, aku rindu zaman sekolah-sekolah dulu. yang aku tak terkenang sangat waktu tadika je. mungkin mase tu tak reti ape-ape lagi kut. tapi mase kat sekolah rendah paling heaven. tak payah susah nak belajar. kau pergi sekolah, ikut je ape yang cikgu ajar. balik rumah buat kerja sekolah je. nak periksa pon tak gelabah ape. masuk kelas, jawab je. senang kata, kacang goreng je. tapi kat sekolah rendah je lah.

masuk sekolah menengah, sbp ouh. perghh, orang cakap sekolah hebat. area aku, sape masuk sbp kire hebat lah. maklumlah area felda. tambah pulak pedalaman. tapi lepas sebulan aku kat sbp tu, aku belajar satu benda yang penting. sekolah hebat, tak semestinye kau hebat. start daripada tu, aku tak suka orang cakap aku hebat based on sekolah aku dulu. aku bukan produk yang berjaya dari segi akademik apatah lagi sahsiah. mulut aku macam-macam boleh keluar kalau aku dah tak boleh kawal.

masuk universiti, macam sekolah menengah jugak lah. cume bebas je lah.macam-macam jugak aku belajar kat sini. setahun, da cukup nak eratkan kami. seperti kata-kata seorang tokoh, aku labelkan die sebagai 'Q' je k. Q pernah cakap, lagi sekejap waktu belajar tu, lagi kuat rasa sayang kau kat kawan-kawan kau. aku pun rase ade betulnye ape yang die cakap.

soalan : kenapa aku tak pernah nak tido dalam kelas mase sk tapi aku tido mase sm dan u??
sampai sekarang aku fikir ape faktornye.


*rindukan someone..hope she is fine..=)


ketara betul tinggi 



 

semoga kau tenang,

aku fail lah weyh.
mungkin aku tak macam yang kau harapkan.
tapi kau jangan risau, aku cube survive.
semua kata-kata kau aku pegang.







*sumpah aku rindu kau sangat-sangat sekarang. dan aku harap kau ada untuk nasihat aku sekarang.

genap dua hari..

pejam celik pejam celik dah dua hari aku aku duduk rumah. hari-hari last aku kat sarawak lepas habis asasi memang seronok kecuali betul-betul hari last. kelam kabut macam ape entah. tapi syukur takde benda yang buruk berlaku. aku dan kawan-kawan sampai jugak ke rumah kitorang masing-masing.

banyak yang aku dapat kat asasi. macam-macam orang dah aku jumpe. aku taknak mention name kat sini. tapi aku tau ade mulut cakap belakang. tu terpulang kat kau lah nak cakap ape pon. aku rase aku tak pernah nak kacau kau. walaupun sekejap, tapi hubungan kitorang rapat gile. betul lah kata-kata sorang kawan aku. makin pendek masa pengajian, makin sayang kat kawan-kawan yang kau kenal mase tu.

malam dinner kitorang tak grand mane, tapi kitorang enjoy. malam tu memang bising bagai pasar. aku memang tak lepas lah join sekali. bahan membahan. aktiviti utama kitorang malam tu. cari mangsa, bahan kaw-kaw. kebanyakan budak lelaki pakai simple-simple je. siap ade yang t-shirt je. blok M memang sempoi!! memang nasib lah malam tu. duduk semeja pulak dengan nan. memang kene bahan lah mule-mule. tapi dah immune dah. kan3?? dapatlah jugak 1 gambar dengan die.haha!!


ape-ape pon,aku memang rindu dengan korang semua sekarang!!=(

ego,

diam tak bererti mati. cuma berhenti buat sementara waktu. jangan salah kan aku blog tak ber'update'. aku tak tau apa masalah laptop aku. line wireless macam gampang. susah betul nak bagi stabil die nyer connection. tapi tak kisah sangat sebab aku dah kurang online sekarang. sebab kalau aku online pon tak tau nak buat ape. so, lebih baik tak payah online. duduk depan laptop, main game lagi bagus.



kebelakangan nie banyak dengar bencana. macam-macam benda keluar, yang baik dan yang tak baik. tapi aku sokong orang-orang yang marah surat khabar berita harian. ade ke gi buat lawak ultraman kene kejar dengan tsunami ke ape entah. tapi bencana alam lah. sampai ade yang cakap biar bangunan berita harian kene bencana alam tu, pastu ramai-ramai buat lawak pulak. baru diorang rase sikit. tapi tu lah, mungkin tu cara diorang nak lariskan produk diorang. aku pon tak boleh nak salahkan diorang sangat. tapi memang agak melampaulah ape yang diorang dah buat tu.



minggu yang kelam-kabut dah berakhir. minggu nie takdelah kelam-kabut sangat. cume kene siapkan website je lah. tapi penat jugak lah nak perah otak nak penuhkan website tu. kalau setakat tulis dua tiga baris takpe. aku boleh bagi adik aku buatkan je. mule-mule tengok macam senang, tapi nak buat macam mane budak buta it. memang macam pelanduk masuk kampung lah ( pelanduk ke rusa?? ). so, same-samelah doakan aku dan semua kawan-kawan aku semoga dapat hasilkan website yang terbaik. manelah tau nanti pihak atasan ambik buat main website ke. kalau terpilih, konfem ah F.I.T cari kumpulan tu.

sekarang aku tengah menggila dengan apeng dan tengku. cari idea nak lawakan webpage. dapat lah sikit info. tapi nak buat, susah gampang. mau pecah kepala. tapi minggu nie tak de ape-ape yang berat, so boleh lah spend masa tengah-tengah malam buat kerja nie. harap-harap lah sempat siap. mule-mule dapat dulu cakap nak start buat awal-awal,. tapi macam biase, cakap je lebat, buat tetap lambat. harapan lah nak buat awal. tamabah-tambah lagi aku memang malas dan suke buat kerja last minute.


*jangan emosi..doa banyak-banyak..insyaALLAH semua ok..


jangan stop kat sini..

maaf,

aku mintak maaf awal-awal kalau aku buat salah dengan siape-siape. aku memang nakal, kuat bahan orang, ejek dan macam-macam lagi. tapi sumpah aku akan try jage hati orang walaupun aku bahan orang pon. kadang-kadang tu ade lah aku terlebih. dulu aku memang tak suke bahan dan dibahan. tapi bile aku masuk sekolah menengah, aku belajar benda baru. bahan-bahan nie boleh buat orang jadi rapat. tapi mungkin budak perempuan nampak benda nie kurang sopan atau dengan jujurnyer melampau. tapi aku rase benda ni lagi bagus dari kau mengumpat, mengata, buruk-buruk kan kawan kau. depan cakap bukan main manis. dah macam air gula hypersaturated dah. tapi bile belakang, mengata tak henti-henti. sedarlah diri tu sikit.

pasal bahan-bahan tadi, aku nak ungkit satu cerita yang jadi mase batch aku. ade budak pindah masuk sekolah kitorang. mule-mule kitorang macam anti giler. memang adat sekolah benci budak baru. budak tu ade masalah mulut.lelangit die berlubang. dan die sumbing. kalau korang pernah dengar budak sumbing pergi kedai beli milo. die sebut nak 'meho'. dengan gelaran tu lah kitorang panggil die. bile die tanye kenapa panggil  macam tu, kitorang semua jawab muke macam senior kitorang dulu. tapi last-last die tau jugak nape die digelar macam tu. die sampai nangis mule-mule die tau. tapi lepas tu die cakap die tak kisah sebab die perasan yang gelar-gelar tu boleh buat kitorang semua rapat. korang dapat tak ape yang aku nak bagitau kat sini?

see, memang hidup aku penuh dengan bahan, kutuk, ejek dan segala. kalau tak boleh tahan dengan perangai aku, hindari aku. aku takde lah bahan sampai orang tu rase rendah diri lepas tu bunuh diri. aku ade hati perut limpa semua lagi lah. so, jangan suke-suke nak label aku macam-macam. kalau tak puas hati, bagitau depan-depan lah. setel baik-baik sudah. bukan aku nak pukul kau pun kalau kau cakap terus. ramai dah yang tegur aku buat salah. tapi takde pun yang cedera. aku nie waras lagi lah. orang nasihat, aku dengar lah.

aku tak peduli ape orang kate. aku cube kurangkan sifat baran aku. tapi kurang-kurang pun, tetap ade batas. main-main dengan betul-betul ade beza. kau tuduh aku macam-macam, kau buat name aku buruk. takpe,aku tak kisah. sebab kau tunggu je masa kau sampai. baru kau tau langit tinggi ke rendah. kau jangan ingat kau baik di mata orang, kau boleh selamat. kau lagi teruk lah. kau tak tau ape-ape, kau jangan nak tuduh melulu. memang buat aku panas lah. kau tunggu lah sikit lagi. sampai limit aku, memang semua aku bongkar. aku akan pastikan kau jatuh sampai tak boleh nak bangun balik.


kalau ade yang terasa, betullah orang tu yang aku maksudkan. last word dari aku, 'kalau taknak kene cuit, jangan cuit aku dulu'.

serba tinggi,

pernah dengar 'ditelan mati mak,diluah mati bapak'? manusia kanibal manelah nak maen telan luah parent diorang nie.


perkataan tinggi nie memang biase dah dalam hidup kite kan. 'aku tinggi dari kau lah','tinggi betul mamat tu' dan bermacam-macam ayat lagi lah yang kite keluarkan. daripada benda yang baik sampailah benda yang menyakitkan hati. jangan salah faham, aku bukan nak cakap pasal kutuk-mengutuk pasal ketinggian. *dah selalu kene dah. hampir tiap-tiap petang lak tu. tapi takpe yang tu, no heart feeling. hati dah sekeras kerikil dah nie (dah penah try ketuk ouh).


ego tinggi? perlu lagi ke wujud benda nie. bapak kuno lah kalau yang nak ego tinggi lagi sekarang. jangan salah faham antara ego tinggi dengan menjaga maruah dan nama diri serta kaum kerabat. jatuh ke martabat seorang jutawan kalau makan kat mamak? mamak tu bukan manusia ke? kalau jawapannya bukan, habis kau siapa? malaikat? pergi jahanam lah kalau macam tu. ingat, semua manusia mati masuk lubang kubur jugak, takde nye jasad kau terbang pergi genting ke disneyland ke apa jadah tempat-tempat tersohor tu semua. aku cukup anti manusia macam nie. satu lagi, hamba dah tak wujud dalam zaman moden sekarang nie. pembantu rumah sangat berbeza dengan hamba.



 


buat habis tenaga aku je emo pasal benda tu. masalah sendiri pon tak setel lagi. haihhh. deng!!





lingua franca,



aku jalan ke pakdol stall ( nama kasi market sikit ) unutk makan pagi. memang ramai lah yang beli-belah kat situ. mane tak nye, dah satu-satu tempat jual makan pagi kat kampus timur tu. entah-entah yang kat barat pun datang cari kat sini jugak. dalam suasana bising tu, jelaslah kedengaran suara perempuan yang memang kuat bagai apa pon aku tak reti nak nyatakan. dah lah guna 'slang' pekat nak mampos. kau ingat nie negeri kau. memang lah tak boleh lupa daratan, tapi jangan kau bawak 'darat'an kau tu. kau buat orang jadi jelek dengan negeri kau sebab sikap kau.

lepas habis sumpah seranah di pakdol stall, aku gerak ke tempat lain. aku dengar perbualan sorang mamat nie dengan minah cina. perghhhh!! lancar habes dia cakap cina. tegugat ouh. memang die boleh faham apa yang minah tu cakap dan dia siap boleh balas balik dalam bahasa cina. yang buat aku tambah respek dengan mamat tu die boleh jugak cakap bahasa inggeris dengan bahasa melayu ( da name pon orang melayu ). aku penah nampak die kat kafe dan die bercakap gune bahasa inggeris. sape tak jeles weyh. melayu, inggeris, cina. sekali tiga bahasa die master dan die boleh guna bile-bile mase die nak. respek lah brader!! perangai pon sempoi je. macam budak kecik pon ade. tapi kau memang talented!! *thumbs up






tu jer aku nak cerita. haha..

kenapa nombor 1 dipanggil s.a.t.u,



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

hebat kan matematik
sekarang tengok yang kat bawah ni pulak

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321




 

untuk yang susah nak skor matematik, kat sini mungkin ada sedikit info yang dapat membantu. kalau korang perasan infi nie boleh dikaitkan dengan permasalahan matematik yang mudah. mungkin benda yang akan korang baca nie remeh, tapi itulah hakikat yang sebenarnya. jom kita hayati sama-sama...




A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

dilabelkan dengan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

kita tukar ke bahasa inggeris sekejap ok
If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

Finally:

L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

korang boleh nampak tak kesimpulan die kat sini. usaha hanya bagi 98% dan ilmu pengetahuan hanya boleh capai 96%. tapi bila kau jaga sika dan tingkah laku kau, hasilnya 100%. memang betul pon sebab kalau orang dah tak boleh tahan dengan sikap kau, macam mana kau nak dapat keberkatan. tengok lah yang last tu, 101%. nampak sangat Tuhan tu paling berkuasa. Fikir-fikirkanlah.




Jungle TRACKING,12022011

tajuk sengaja disalahkan untuk mengusik beday girl. haha!! jangan marah nan. trip ke kubah bermula jam 7.30 pagi. tapi bak kata sam, bukan a.m atau p.m tapi j.m ( janji melayu ). budak perempuan semua on time. budak lelaki bukan tak on time, tapi lewat sikit je. bile dah sampai, ade lak konflik. pejabat tempah bas sampai pukul 3 je. kitorang target habis lewat petang. makan pulak masa nak berdebat dengan brader pemandu tu. haih, kesian sam. pening kepala die nak setelkan benda tu. kitorang ambik inisiatif gerak dulu, dalam bas baru plan elok-elok.

dalam bas kitorang setelkan tentatif dan sediakan duit untuk bayaran masuk. kitorang stick to the plan. harap-harap dapat gerak laju dan sempat pergi matang wildlife. perjalanan makan masa dalam sejam. aku sendiri tak pasti aku tido ke tak sepanjang masa tu. macam tak. kitorang singgah kubah ria untuk ambik makanan yang dah disediakan oleh PPU.



si bongkok tudung kelabu : beday girl

mule-mule kitorang pergi waterfall. waterfall die memang terbaek lah. macam rak woo. stylo lah. memang rugi lah kalau tak pergi waterfall. sape-sape yang belum pergi, korang tengok gambar kat bawah nie k.


bertingkat-tingkat kan



  
mata kat waterfall je k



supplier gambar untuk post aku


susah jugak nak nek atas an


lepas dah mandi-manda dan makan dekat waterfall, kitorang patah balik untuk selang trail pulak. kitorang lepak waterfall dalam setengah jam lebih jer. kitorang kejar masa, takut tak sempat pergi matang wildlife. bile dah sampai simpang nak naek puncak, konflik muncul. kitorang takut budak-budak yang dah sakit tu tak lepas nak naik puncak. mule-mule macam ramai tak larat nak naik, so kitorang buat conclusion semua turun jer. tapi bile survey balik sape nak naik puncak, ramai lah pulak yang angkat. yang cakap nak guide turun pon nak naik jugak. las-last irwan lead turun bawah. aku target dalam setengah jam je bole sampai . tengok-tengok yang naik puncak sampai lagi awal dari kitorang. nak buat macam mane, dah orang nak sakit kan. kitorang sempat lah buat pit stop dalam 30 minit kat tengah-tengah hutan. dengan leader yang memang caring habis lah mase tu. terkesima aku.


nie scenery dari puncak


pukul 2, kitorang gerak pergi matang wildlife. budak-budak perempuan sumer dah penat dah aku tengok. kesian3. tapi diorang cekal beb. sampai matang wildlife, cari surau. ade yang mandi. nak segarkan badan sikit. aku rembat mandi kat paip belakang surau je. peduli ape, bukan aku mandi let go. lepas mandi tu pergilah melawat haiwan-haiwan yang ada. ada yang dah berkurang dan ade jugak yang bertambah. ade baby monyet ke ape entah dalam sangkar. comel weyh. 


lepas dah habis melawat sumer, kitorang gerak balik kolej. penat memang penat, tapi kepuasan yang dapat tu lagi penting. haha. aku tak sempat nak ready prank untuk beday girl. ingat nak lempar lumpur jer. tapi kang tak pasal-pasal aku kene hawing lak. haha. konklusi nyer, aku memang enjoy aktiviti TRACKING nie. looking forward for other activities.

*tq si kasut hijau..=)

selamat tua!!

woot2!! budak tu dah 19 ouh. dah makin tua dah die. haha. jangan marah kayh. semoga ceria sokmo dan berjaya dalam sumer benda k.




epi 19th beday to you tembam!!

*gambar die edit sendiri nie..haha!!weyh,jangan hepi sangat lak.kang tibe-tibe kene pillow fight ngan geng-geng hang nanti.dah takde idea.selamat tua!!=p


 

bunyi membunuh di merata-rata!!

walaweh, sedar tak sedar dah masuk hari rabu dah weyh. cuti midsem dah nak habis. takdelah bosan sangat hidup macam ni. bak kata pujangga khairul arshad,'kalau macam nie sebulan pon aku tak kesah'. hidup aku sepanjang 5 hari nie memang dengar banyak pembunuhan. nie salah kawan aku yang tarik aku masuk dalam medan pembunuhan nie. kan aku dah jadi giler. haha!! tiap-tiap mase ade je yang kene bunuh, tak kire mase dan tempat. memang tak menahan lah. yang paling best bile ade yang kononnye nak mati syahid lah. tu bukan syahid, tu bodoh namenyer. kan imahaz kan?? memang patutlah kau kene bahan dengan orang. no heart feeling k. chillax. aku sayang kau lah. sumer sayang kau. kitorang bagi nasihat, cume care je yang kasar ckit. kan kawan-kawan??

fuhh..fuhh..

lame jugak blog aku tak berupdate. malas giler lah nak update. dengan wi-fi laptop aku yang bengong nie. nie ok lah sikit sebab kolej dah kurang penduduk. maklum lah cuti raya cina. semua pakat balik rumah masing-masing. aku dengan berape orang lagi malas nak balik dan kitorang cume lepak kat sarawak jer.idea takde. nanti aku sambung petang karang.



macam budak-budak



untukmu sayang,

post khas untuk kau yang teramat aku SAYANG. weeee~ terima kasih di atas kata-kata penghargaan kau. kau buat hati aku meronta-ronta. memang sangat tak tahan. membuak-buak plus menyirap-nyirap ouh. kau lah perempuan paling baik kat asasi unimas nie. sangat aku tidak sangka. kau kawan terbaik yang pernah aku ada. kau memang cukup bertoleransi dan amat memahami keadaan yang terjadi. kau tidak pernah tokok-tambah walaupun sekali. apa yang terjadi, itulah yang keluar dari mulut kau. sebab tu aku sanjung tinggi kau. mule-mule aku tak tau siapa kau sebenarnyer. tapi sekarang aku dah tau. kau akan aku ingat sepanjang asasi nie dan mungkin sampai bile-bile. so, aku nak ajak kau date dalam mase terdekat nie. kau sudi tak? tak stylo lah kan cakap belakang. aku nak dengar sendiri dari mulut kau. face to face. ok tak?? jangan risau, cais timur tu terang lah. takde nyer orang nak gosip kalau kite jumpe kat situ. orang bangsat je yang akan buat mulut je kalau kite jumpe kat situ. deal k. haha!!

*sam,ok x??ke belum cukup??

di pagi yang renyai-renyai

salam. sedar tak sedar hari nie dah 13012011. macam tak percaye je. macam baru jadi je. tempoh masa pon dah makin dekat. haihh, macam mane nak buat nie. harap-harap make it on time. first time ouh. teruja sikit. hahahaha. still looking forward for the cupid putih. style seyh. sape-sape ade, aku nak untuk present untuk beday aku bole?

sabtu nie aku ade hiking kat kat taman negara kubah. tempat tu boleh tahan masyuk. aku dah pernah pergi dulu. sumer ketua-ketua group kali nie dah pernah pergi. tapi kali nie mesti lagi seronok sebab ramai yang pergi. lagi meriah lah. harap-harap takde benda buruk akan berlaku. amin~

*doakan quiz math aku pagi nie.( hujan nie buat aku layu jer pagi-pagi nie )

cupid putih

lawa ouh!! aku nak jugak satu. haha! tak malu gile laki nak benda-benda macam tu. tapi ape aku kesah. dah benda tu nampak menarik. die ade kembar kat sini. name ape aku tak tau lah. tapi orang panggil name panggilan yang lucu ah. nanti aku nak cupid tu sebagai present k.

sekian, terima kasih.

jam putih,

obses dengan jam putih pulak sekarang. haihhh. aku pon tak paham kenapa taste aku putih je memanjang. mungkin putih nie nampak cool kot. seriously, bagi aku putih tu style. aku bagi contoh kasut lah. memang lumrah lah kasut kau yang putih tu akan paling ketara nampak kotor. tapi bile dah setengah tahun kau pakai, kasut kau akan nampak lagi lawa dari mase kau mule-mule beli. itulah keunikan warna putih.

gaya gelak sekali



bukan suke hati



* saya suka awak!!





damn,

aku memang tak perfect. aku jugak tak pernah terlepas dari buat salah. tapi aku cube elakkan buat benda yang aku tak nak orang buat kat aku. tak kisah lah kau memang cool habis ke, ape ke. dah memang lumrah dunia nie ada ' give and take '. kau nak bahan orang, tapi bile kene bahan kau melenting, marah, merajuk dan ape-ape je lah yang seumpamanya. kau nak masuk satu komuniti, kau kene kah biasekan diri dengan komuniti tu. bukannyer komuniti tu kene biasekan diri dengan kau. kalau kau nak macam tu, kau buatlah komuniti sendiri. kau jadi lah ketua. aku jamin komuniti kau takkan jadi komuniti. aku ulang, TAKKAN jadi komuniti. kau fikir-fikir lah sendiri. 

senang je nak selesaikan masalah nie. kalau kau tak nak kene benda tu, kau jangan buat benda tu kat orang lain. mungkin sekarang kau masih diterima orang. tapi aku jamin bile kau dah kerja nanti, orang tak akan pandang kau lah weyh. sekali lagi aku ulang, TAK AKAN pandang kau. aku nasihatkan kau berubahlah. jangan dah sampai masa baru nak menyesal. ape yang kau buat tadi memang buat aku bengang lah. g.t.h lah kau!!



jangan sampai kawan bertukar musuh.







rabu,

esok hari rabu. kalau dekat sekolah dulu, malam nie mesti kelam kabut suruh junior carikan t-shirt bomba atau krs. sanggup tak nak pakai baju uniform sendiri semata-mata nak pakai t-shirt. ingat senang ke nak pakai t-shirt waktu belajar. lagi-lagi t-shirt bomba. round neck lagi.

hari rabu jugaklah hari yang best sebab ade petik-petik name budak naek atas pentas. pastu kene tanya lah soalan-soalan berdasarkan topik pada hari tu. memandangkan hari rabu adalah english day kat sekolah aku, maka kene speaking lah. kene pulak yang cepat gelabah, memang jem habes lah kat atas pentas tu.

waktu petang paling best. bagi senior lah. bagi junior konfem menyumpah-nyumpah. lumrah lah kan. waktu junior kau kene kawad tengah panas. pastu kene denda macam-macam dengan senior. dah lah tengah panas pulak tu. kalau dalam dewan boleh lah consider lagi kan. ade aircond. tapi bile naik senior, konfem kau akan buat balik dekat junior kau. bendda nie dah jadi macam cycle kat sekolah.

tapi junior sekarang macam gampang. buat kumpul sikit, dah bunyi dah pembesar suara. 'jangan nak  buat kumpul dalam bilik'. damn lah korang junior!! kalau tak bagi warning, nanti naek kepala. siap ade yang kurang ajar dengan cikgu. tu memang nak makan tapak kaki lah jawabnyer.

-part 2-


macam kembar pon ade



bajet kuat abes



to infinity!!and beyond!!



nie tuan die edit sendiri



jangan tiru aksi ini 



okayh..ni sambungan part 1. kitorang lepak kat pantai damai dalam2 jam lebih. kitorang tak bawak makanan sangat pon. tapi lepas explore tempat tu, kitorang dah bley plan ape nak buat untuk 2nd trip nanti. ade yang cadangkan bbq. aku no hal jer. lagi ramai lagi meriah. lepas gerak dari pantai damai, kitorang gerak pergi kampung santubung. kitorang solat dulu lepas tu pergi cari tempat makan. kebanyakan tempat tutup hari tu. so,banyak mase dihabiskan untuk mencari kedai makan. kitorang sengaja tak nak makan dekat kuching sebab nak merasa selera kampung sikit. tapi sibuk-sibuk cari kedai makan pon, kami sempat singgah kat sebuah rumah. agak bermakna lah buat sorang budak tu. malas nak bagitau sape. takpe helmi, aku diam je. haha!! =)



master plan



pemandu setia



khusyuk giler muke



hobi saya maen jewel quest




fokus kat dua yg hujung tu


gambar kat atas ialah gambar kami kat warung kat mane entah. aku pon tak pasti name tempat tu. yang pasti, warung tu kurang kondusif dan kurang menyenangkan. wiyanh sampai boleh maen lari-lari lagi. lepas dah kenyang, kitorang gerak pergi satok. sebelum tu singgah beli jeruk dulu kat tepi jalan. kalau kat tengah jalan, konfem kene langgar ah wa cakap lu. kitorang sampai satok dalam pukul tiga lebih. aku mencari satu benda berwarna merah. tapi sayang, yang ade hanyelah yang warne biru. kata peniaga, yang merah dah habis stok. kehampaan yang teramat sangat. dah lah tak bez lepak kat satok. huhu~

lepas dah puas kat satok, kitorang gerak pergi waterfront. by the way, aku dengan tengku jumpe lecturer fizik kitorang kat satok. dengan sape, aku tak nak bagi tau lah. kitorang ingat dapat lah tengok sunset dekat waterfront. tapi musim sekarang nie mencemburui kitorang. so kitorang cume lepak-lepak jer kat waterfront tu. malam tu dinner ikot selera masing-masing. kitorang sampai kolej dalam pukul 9. sempat lagi berkelah depan blok A tu jap. macam maen judi pon ade. sumpah lawak giler.



sweet nyer~



gap jauh k



laki pakai handbag??



cute seyh!!



penipu!!



malu-malu pulak



lawa seyh


* credit to unwaniah for the camera and hanani for the handphone ( kamera kecemasan )