seram,

macam mana rupa saka?? persoalan yang makin lama yang makin menghantui aku. satu lagi, turun kat aku ke nanti?? kalau boleh tak nak lah. risau aku ape-ape jadi weyh. sumpah seram weyh.

kalau dulu-dulu, benda-benda macam saka ke bomoh ke memang femes lah kan. tapi zaman sekarang orang tak berapa nak percaya. maklumlah zaman dah moden. semua yang berlaku dikaitkan dengan sains. contohnya kalau sakit. orang kampung akan lebih menjurus kepada bomoh atau pawang. bagi yang memang betul-betul kampung lah. sebab kebanyakan kampung dah moden dah. kalau kat tempat-tempat moden, orang akan terus bagi ubat atau bawa pergi klinik. ada benda yang tersirat di sebalik 2 tindakan yang berbeza nie. kadang-kala betul, kadang-kala tak kena tempat dan waktu.

masih berkaitan contoh di atas. ada waktu, bomoh lebih bagus dan ada waktu, klinik dan sains yang memainkan peranan. seperti yang dikatakan pada awal tadi, kebanyakan orang tidak percaya akan benda-benda sebegini. tapi pada faktanya, semua benda nie masih wujud kat atas muka bumi ni. cuma kita yang tak dapat melihat benda-benda tu. yang kita lihat pada zahirnya seseorang tu macam demam, ada kemungkinan ianya perbuatan makhluk halus. tiada yang mustahil.

ok, berbalik kepada hal saka. dulu aku tak pernah takut bile pak cik mak cik aku cakap-cakap pasal saka. sebab aku ingat saka nie harta pusaka. sebutan memang hampir-hampir sama. cuma satu tu macam bersabdu. kalau orang tak biasa, memang tak boleh bezakan. tapi bila aku dah makin besar, barulah aku paham apa itu saka. warisan dari satu generasi ke satu generasi.

selalunya yang sulung akan warisi benda tu. aku tak tau apa benda tu. rupa macam mana, apa sifatnya. aku tak pernah tengok. tapi dalam keluarga, mak aku anak keempat. yang atas-atas semua tak berani. nenek aku pernah cakap mal aku nie lain dari adik-beradik yang lain. dalam kandungan lama. masa beranak, bidan ade cakap mak aku ada darah bomoh. memang ade keturunan nenek moyang aku dulu yang jadi bomoh. aku sendiri tak percaya mulanya. sampailah ada satu kejadian. tu nanti aku cerita.

yang tambah menakutkan bila aku dapat tau dua-dua belah keluarga ada benda tu. memang meremang bulu roma aku dibuatnya. tapi paling menakutkan belah mak aku. aku cucu sulung lelaki. setakat nie satu benda warisan keluarga je yang aku tak tengok lagi. keris yang hujung die dah patah sikit. keris tu arwah moyang aku yang punya. keris tu digunakan untuk bunuh orang masa zaman dulu-dulu. tu lah sebab mata keris tu dah hilang sikit. pakcik aku ada cakap yang keris tu salah satu benda yang ada penjaga. sebab tu tak boleh buang merata. jadi pakcik aku yang paling tua simpan.

aku tak tau lah apa yang akan jadi lepas nie. cuma satu je yang aku tak nak. benda tu turun kat aku. aku jenis yang cuai. tak boleh handle. aku doa aku dijauhkan dari benda-benda macam tu.


*make it 3

saka,

benda apa tu? warisan turun-temurun? tak berdosa ke kat sisi agama? kite tunggu post satu lagi ok. sekarang nak cakap pasal lain dulu.

dah 2 hari berturut-turut hati senang. terima kasih sangat-sangat. nie tak bermakna aku tak hargai kawan-kawan aku yang lain. aku tetap hubungi diorang. banyak medium yang boleh aku guna pakai. dari yang sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. kalau ada yang tadika pon boleh join jugak nie.

muke gembira ja. walaupun baru je kehilangan seseorang yang bermakna buat dia. sumpah dia nie tabah gile. tak menangis pun. boleh senyum dan gelak lagi dengan family dia. tak bermakna dia tak peduli kat arwah. tapi tu menunjukkan dia bersedia dan redha dengan pemergian tu. lagipun kalau duk ratap je, arwah jugak yang seksa. so, redhakan lah setiap pemergian. sebab satu hari, kita pun akan pergi jugak. cuma masa yang akan menentukan.

aku tak tau kenapa, tapi dia selalu senangkan hati aku. tapi dia garang. haha! pantang buat salah, menyinga nanti. tapi kau memang baik.

adakah ini pilihan,

okay, nak tulis apa yang aku nak tulis dua tiga hari lepas. kisah berlaku di kawasan kampung yang tak berapa nak sunyi. balik kampung, hati terbuka, hidayah datang. hari tu hari jumaat. solat jumaat konfem lah kat masjids kan. nie cerita asar. kat tempat aku, surau nie lebih dikenali dengan 'balasoh'. diadaptasi dari 'balai saf' yang merujuk kepada tempat solat kita yang mempunyai banyak barisan yang kita panggil 'saf'.

ok, aku bukan nak cerita pasal tu. waktu asar, terdetik hati nak pergi surau. kalau dulu kecik-kecik tak rase ape-ape kalau tak pergi. tapi sekarang, tak tau nak cakap lah. surau depan rumah tok je. surau tu tak ramai orang. maklumlah, surau kampung je. orang kampung pun tak ramai yang datang. mase solat tu, aku terdengar satu bacaan yang pelik, yang asing bagi aku. aku abaikan je la sebab ingat bacaan tambahan ke ape ke. sebab aku cetek lagi dalam bab-bab tu.

lepas dah habis solat,salam kiri kanan, aku toleh kiri. nak cari tuan punya suara tadi. sumpah aku terdiam. tak aku sangka dia rupa-rupanya. orang yang aku maksudkan ialah pak cik aku,adik kepada ayah aku. aku bukan nak aibkan atau apa-apa. tapi bagi aku, dia antara orang yang banyak bagi inpirasi kat aku. dia tak macam orang lain. dia istimewa. die tak berjaya macam orang lain. die duduk pun dengan nenek aku. die tak boleh hidup sorang-sorang.

aku selalu cube korek kenapa die jadi macam tu. tapi sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya lagi. takpe, aku akan usaha sampai aku dapat jawapan die. satu yang aku respek pasal die, die tak pernah merungut nak apa-apa. dia akan kerja untuk dapatkan duit untuk beli barang. tapi selalunya, duit yang die dapat die akan beli kuih untuk nenek aku. walaupun keadaan die tak macam orang laen, tapi hati die lebih dari orang lain. aku tersentuh dengan perangai dia.


perlu 2 muka ke,

satu yang aku cukup marah dari dulu sampai sekarang. ade pakcik makcik aku yang buat die macam orang gaji. kalau setakat mintak tolong sikit-sikit aku takde hal lagi. nie kalau dah melampau, memang aku sendiri pon rase nak sound je. tapi bile fikir-fikir balik, aku kecik lagi. kang tak pasal-pasal makan penampar free kang. tapi sekarang, aku dah tak tahan-tahan dah. aku sound je diorang-diorang yang buat macam tu. lega rasa hati. lantak korang lah nak benci aku ke ape ke. abah ma aku rilek je. aku buat depan diorang. kalau parent aku senyap, maknanya ape yang aku buat tu betul.


*kau kene kuat,banyakkan doa ok.. aku sayang kau..=)

15,

post yang simple,


terima kasih untuk semua,
aku sayang kau sangat-sangat,

selamatlimabelaasmeiduaribusebelas!!

rindu,

bangun pagi?? haih, susah nak cakap. tp kat rumah susah nak subuh gajah. maklumlah, kerja driver professional sekarang. kene on time. kalau tak ade lah radio buruk bunyi nanti. kalau driver orang tua, die berleter kalau lambat. tapi yang harunye kalau jadi driver budak-budak kecik. lambat sikit, mesti nak nangis. aku pon tak paham motif die nak pergi awal-awal. aku dulu seboleh-boleh nak pergi dekat-dekat time gate nak tutup. lagi pun dulu sekolah atas bukit sebelah rumah je.

cakap pasal sekolah, aku rindu zaman sekolah-sekolah dulu. yang aku tak terkenang sangat waktu tadika je. mungkin mase tu tak reti ape-ape lagi kut. tapi mase kat sekolah rendah paling heaven. tak payah susah nak belajar. kau pergi sekolah, ikut je ape yang cikgu ajar. balik rumah buat kerja sekolah je. nak periksa pon tak gelabah ape. masuk kelas, jawab je. senang kata, kacang goreng je. tapi kat sekolah rendah je lah.

masuk sekolah menengah, sbp ouh. perghh, orang cakap sekolah hebat. area aku, sape masuk sbp kire hebat lah. maklumlah area felda. tambah pulak pedalaman. tapi lepas sebulan aku kat sbp tu, aku belajar satu benda yang penting. sekolah hebat, tak semestinye kau hebat. start daripada tu, aku tak suka orang cakap aku hebat based on sekolah aku dulu. aku bukan produk yang berjaya dari segi akademik apatah lagi sahsiah. mulut aku macam-macam boleh keluar kalau aku dah tak boleh kawal.

masuk universiti, macam sekolah menengah jugak lah. cume bebas je lah.macam-macam jugak aku belajar kat sini. setahun, da cukup nak eratkan kami. seperti kata-kata seorang tokoh, aku labelkan die sebagai 'Q' je k. Q pernah cakap, lagi sekejap waktu belajar tu, lagi kuat rasa sayang kau kat kawan-kawan kau. aku pun rase ade betulnye ape yang die cakap.

soalan : kenapa aku tak pernah nak tido dalam kelas mase sk tapi aku tido mase sm dan u??
sampai sekarang aku fikir ape faktornye.


*rindukan someone..hope she is fine..=)


ketara betul tinggi 



 

semoga kau tenang,

aku fail lah weyh.
mungkin aku tak macam yang kau harapkan.
tapi kau jangan risau, aku cube survive.
semua kata-kata kau aku pegang.







*sumpah aku rindu kau sangat-sangat sekarang. dan aku harap kau ada untuk nasihat aku sekarang.

genap dua hari..

pejam celik pejam celik dah dua hari aku aku duduk rumah. hari-hari last aku kat sarawak lepas habis asasi memang seronok kecuali betul-betul hari last. kelam kabut macam ape entah. tapi syukur takde benda yang buruk berlaku. aku dan kawan-kawan sampai jugak ke rumah kitorang masing-masing.

banyak yang aku dapat kat asasi. macam-macam orang dah aku jumpe. aku taknak mention name kat sini. tapi aku tau ade mulut cakap belakang. tu terpulang kat kau lah nak cakap ape pon. aku rase aku tak pernah nak kacau kau. walaupun sekejap, tapi hubungan kitorang rapat gile. betul lah kata-kata sorang kawan aku. makin pendek masa pengajian, makin sayang kat kawan-kawan yang kau kenal mase tu.

malam dinner kitorang tak grand mane, tapi kitorang enjoy. malam tu memang bising bagai pasar. aku memang tak lepas lah join sekali. bahan membahan. aktiviti utama kitorang malam tu. cari mangsa, bahan kaw-kaw. kebanyakan budak lelaki pakai simple-simple je. siap ade yang t-shirt je. blok M memang sempoi!! memang nasib lah malam tu. duduk semeja pulak dengan nan. memang kene bahan lah mule-mule. tapi dah immune dah. kan3?? dapatlah jugak 1 gambar dengan die.haha!!


ape-ape pon,aku memang rindu dengan korang semua sekarang!!=(