#1 WW

lompat tikam,



bukan membunuh, tapi mengenyangkan. kalau yang tak pernah dengar, mesti tak tau ape benda nie. lompat tikam memang popular kat kelantan. aku tak tau ape orang luar panggil kuih nie. tapi tadi aku ade tengok satu rancangan, die panggil lompat tikam nie bubur susu. adelah sebab kenapa panggil macam tu. memang pelik-pelik nama kuih- kat malaysia nie. lompat tikam, kepek hidung, ulat bulu dan macam-macam lagi lah. tapi yang penting, lagi unik name lagi unik rase die. memang best.




lompat tikam nie ade la dua tiga jenis. tu yang aku tau lah. ade banyak jenis kuih ni. macam-macam stail yang aku pernah tengok. tapi bape jenis je yang pernah aku rase. mngkin beza sikit je rase. kuih nie selalunya ade tiga  atau empat bahagian. tepung hijau, tepung putih, pulut merah dan kuah dia. kuih nie wangi dan berlemak sebab die masak guna daun pandan dengan santan. banyak jugak bahan nak buat benda nie. sedap kuih nie. rugi tak rase. sape-sape yang kenal kuih nie, tolong bagitau ape name die kat tempat korang. terima kasih.

*idea datang sebab tengok program sarapan.

rumah pokok,

     
kartun fevret mase kecik


dulu kecik-kecik, korang pergi mane bile korang sedih atau kene marah dengan mak ayah?? dulu aku duduk dekat pahang. so bile merajuk, aku duduk dalam bilik je lah. paling best bila dekat kampung. kampung aku memang betul-betul kampung dulu. banyak tempat best nak lepak. standard lah kan kalau budak kecik merajuk ka. ke ade orang tak pernah merajuk waktu die kecik dulu. tinggal kesan sikit nak tengok sapa. berani kerana benar.    

antara satu tempat yang aku selalu menyorok kalau gaduh dengan sepupu aku terutamanya ialah kat belakang pokok depan rumah aku. kat seberang rumah tok aku ade satu kolam yang tak berapa nak besar sangat. pokok tu besar dan akar die besar berpulas-pulas. ade satu part yang memang muat aku nak duduk dan bersandar. selesa jugak weyh. aku selalu gaduh dengan sepupu perempuan yang paling tua. beza umur ade la dalam tujuh tahun. selalu gaduh pasal berebut nak tengok tv. kalau dah name budak-budak tu paham-paham je lah nak tengok ape kan. lepas dah gaduh mulut, kaki , tangan semua-semua, aku pergi lah merajuk kat pokok tu. tu je lah taktik aku tiap-tiap kali gaduh. sebab aku tau die mesti datang ajak aku balik. die akan pujuk aku sampai aku naik rumah balik. aku nie cucu sulung lelaki. muda kan?



tapi tempat yang paling aku tak boleh nak lupa sampai sekarang, tasik danau. aku ingat lagi mase mule-mule pergi tempat tu. otak aku dengan dua kawan yang laen same je. sejak dari tu, kitorang akan lepak kat situ kalau ade masalah ape-ape. kitorang siap buat satu pondok lagi. pastu ukir name kitorang satu batang sorang. kitorang ingat lagi kitorang bincang nak rekrut sape sorang lagi. semata-mata nak bagi penuh empat-empat tiang dengan satu nama. kitorang buat pondok dengan parent kitorang. tak larat lah kalau kitorang buat sendiri. secara automatik, parent kitorang tak risau kalau kitorang tak balik. diorang akan cari dekat rumah salah sorang daripada kitorang. kalau takde, dekat tasik lah kitorang lepak. tapi sayang, sorang dah pergi buat selama-lamanya. pondok tu pon dah dirobohkan sebab diorang nak buat macam satu jeti kat situ. sumpah aku takkan lupa setiap saat kitorang bersama.



elemen dalam heading

social and ethic,part 2.

post lepas dah cerita pasal kat malaysia. ok sekarang aku ambik negara lain la untuk perbandingan. ok, aku ambik US. kalau korang perasan, sosial kat sane tak berapa meluas. kalau ade pon untuk tujuan yang penting-penting je. kat sane masalah sosial tak banyak macam kat negara nie. betulkan aku kalau aku salah. tapi ape yang aku bagitau nie cuma pandangan aku je. atas pemerhatian aku jugaklah. kawan-kawan aku yang dok sane pon tak cuak nak buat ape yang diorang nak. kalau kat sini, lorong gelap sikit je dah jadi tempat kerja orang-orang yang tak baik. samun la, pukul la dan bermacam-macam la lagi.

tapi lain pulak dengan ethic diorang, memang tak dapat disangkal perbezaan dengan negara kita. macam langit dengan bumi. korang mesti tau kalau aku cakap benda nie. orang tak takut nak melintas kat jalan sebab orang-orang kat sane hormat kat pejalan kaki. bila ade orang melintas, diorang akan stop dan bagi laluan untuk pejalan kaki. memang tahap terbaik lah ethic diorang. memang aku respek gila. dan kadar kemalangan jugak memang berbeza antara US dengan Malaysia. kadar diorang memang sikit, tapi kat sini memang banyak tak ingat lah. bukan aku nak burukkan malaysia. tapi boleh ke korang melintas jalan selamba je? even dekat lintasan zebra yang tunjukkan lampu hijau pun korang akan toleh kiri kanan banyak kali kan? so fikir-fikirkanlah..

selamat,

selamatlimabelas!!



baru 6 kan..haha..thanks for everything..sumpah aku blur nak tulis ape..cukup la wish pendek tu yedok..



long way to go right??

mungkin takdir,

20 minit,
keputusan masih samar,
walhal semuanya sudah ditetapkan,
sembunyi untuk elakkan kejatuhan.


*sory klau tak dapat contact aku..aku sayang kawan-kawan aku dan si dia..=)

social and ethic,part 1.

pertama sekali aku nak bagitau tajuk post tu disengajakan dalam bahasa inggeris. jangan risau, post nie dalam bahasa melayu. so tak perlu korang nak sibuk-sibuk nak pegang kamus mase bace post nie. kot-kot la ade word yang korang tak paham kan. tapi disebalik tajuk bahasa inggeris 2, sebenarnya aku tak tau ethic dalam bahasa melayu. sila jangan cemuh.

kalau cakap pasal sosial, malaysia memang hebat lah bab nie. susah nak jumpa orang yang anti sosial. mungkin 'nerd' antara orang yang anti sosial. tapi jangan salah faham antara nerd dengan orang yang pandai atau suka belajar. aku pun tak reti nak terangkan macam mana. sosial rakyat malaysia meluas. segenap tempat ada cara dan perkara untuk disosialkan. terpulang kat diri sendiri benda baik atau benda buruk.

sebenarnya sosial bukan salah. cuma anak remaja zaman sekarang yang buat sosial tu nampak macam salah. korang boleh baca sendiri kes-kes yang jadi kat surat khabar. aku rase dalam setiap hari jugak lah ade berita pasal kes salah laku. nie semua punca daripada terlebih sosial la nie. ada yang kuat sosial tapi tak jadi teruk, tu atas diri sendiri lah kan. kau yang tetapkan perjalanan hidup kau. bukan kau, bukan sape-sape. lepak sana-sini, merempit. kesian kat budak-budak nak tido. kalau dah tido lambat, nanti ngantok dalam kelas. lepas tu belajar tak ok. result jatuh. jadi lah kutu lepak. proses kitaran yang tak pernah berhenti.

tapi masuk bab ethic, orang malaysia memang kurang. sebab apa aku cakap macam nie?? tunggu bile kau buat perbandingan dengan negara luar dari asia.

*bosan yang teramat..nak pergi utara..=)

#post ringkas 1

cuaca : hujan renyai-renyai
lokasi : bandar tanah merah
masa  : 2000-2100


petang tu adik aku ajak pergi pasar malam. kebetulan pulak hujan boleh tahan lebat. so kire tak jadi lah. dah nak maghrib tu hujan start reda. adik aku ajak pergi pasar malam. aku nak tak nak je ikot sebab aku tak berapa keluar rumah waktu malam kalau kat rumah. aku prefer terperap dalam rumah je.

dalam hujan renyai-renyai, aku gerak lah dengan adik perempuan aku yang 2 orang tu dengan sorang sepupu aku. risau jugak aku bawak sepupu aku yang baru sekolah rendah tu. dah lah buas lebih. same la dengan adik lelaki aku. lama tak datang pasar malam. dulu senang. pasar malam atas bukit kuarters je. jalan kaki tak sampai 5 minit.

yang tak best malam nie, air. jalan dah macam ape dah. aku tak boleh betul dengan orang jalan pijak lopak air laju-laju. tak reti nak hormat orang ke? satu lagi jalan lepas tu tiba-tiba stop. panas betul aku. aku balik dari pasar malam dengan sekeping kertas dan sebungkus gula-gula nano untuk adik bongsu aku. yang laen je shopping kat pasar malam. sekian.

*rindu kamu.