rindu,

bangun pagi?? haih, susah nak cakap. tp kat rumah susah nak subuh gajah. maklumlah, kerja driver professional sekarang. kene on time. kalau tak ade lah radio buruk bunyi nanti. kalau driver orang tua, die berleter kalau lambat. tapi yang harunye kalau jadi driver budak-budak kecik. lambat sikit, mesti nak nangis. aku pon tak paham motif die nak pergi awal-awal. aku dulu seboleh-boleh nak pergi dekat-dekat time gate nak tutup. lagi pun dulu sekolah atas bukit sebelah rumah je.

cakap pasal sekolah, aku rindu zaman sekolah-sekolah dulu. yang aku tak terkenang sangat waktu tadika je. mungkin mase tu tak reti ape-ape lagi kut. tapi mase kat sekolah rendah paling heaven. tak payah susah nak belajar. kau pergi sekolah, ikut je ape yang cikgu ajar. balik rumah buat kerja sekolah je. nak periksa pon tak gelabah ape. masuk kelas, jawab je. senang kata, kacang goreng je. tapi kat sekolah rendah je lah.

masuk sekolah menengah, sbp ouh. perghh, orang cakap sekolah hebat. area aku, sape masuk sbp kire hebat lah. maklumlah area felda. tambah pulak pedalaman. tapi lepas sebulan aku kat sbp tu, aku belajar satu benda yang penting. sekolah hebat, tak semestinye kau hebat. start daripada tu, aku tak suka orang cakap aku hebat based on sekolah aku dulu. aku bukan produk yang berjaya dari segi akademik apatah lagi sahsiah. mulut aku macam-macam boleh keluar kalau aku dah tak boleh kawal.

masuk universiti, macam sekolah menengah jugak lah. cume bebas je lah.macam-macam jugak aku belajar kat sini. setahun, da cukup nak eratkan kami. seperti kata-kata seorang tokoh, aku labelkan die sebagai 'Q' je k. Q pernah cakap, lagi sekejap waktu belajar tu, lagi kuat rasa sayang kau kat kawan-kawan kau. aku pun rase ade betulnye ape yang die cakap.

soalan : kenapa aku tak pernah nak tido dalam kelas mase sk tapi aku tido mase sm dan u??
sampai sekarang aku fikir ape faktornye.


*rindukan someone..hope she is fine..=)


ketara betul tinggi 



 

3 comments: