diam tak bererti mati. cuma berhenti buat sementara waktu. jangan salah kan aku blog tak ber'update'. aku tak tau apa masalah laptop aku. line wireless macam gampang. susah betul nak bagi stabil die nyer connection. tapi tak kisah sangat sebab aku dah kurang online sekarang. sebab kalau aku online pon tak tau nak buat ape. so, lebih baik tak payah online. duduk depan laptop, main game lagi bagus.
kebelakangan nie banyak dengar bencana. macam-macam benda keluar, yang baik dan yang tak baik. tapi aku sokong orang-orang yang marah surat khabar berita harian. ade ke gi buat lawak ultraman kene kejar dengan tsunami ke ape entah. tapi bencana alam lah. sampai ade yang cakap biar bangunan berita harian kene bencana alam tu, pastu ramai-ramai buat lawak pulak. baru diorang rase sikit. tapi tu lah, mungkin tu cara diorang nak lariskan produk diorang. aku pon tak boleh nak salahkan diorang sangat. tapi memang agak melampaulah ape yang diorang dah buat tu.
minggu yang kelam-kabut dah berakhir. minggu nie takdelah kelam-kabut sangat. cume kene siapkan website je lah. tapi penat jugak lah nak perah otak nak penuhkan website tu. kalau setakat tulis dua tiga baris takpe. aku boleh bagi adik aku buatkan je. mule-mule tengok macam senang, tapi nak buat macam mane budak buta it. memang macam pelanduk masuk kampung lah ( pelanduk ke rusa?? ). so, same-samelah doakan aku dan semua kawan-kawan aku semoga dapat hasilkan website yang terbaik. manelah tau nanti pihak atasan ambik buat main website ke. kalau terpilih, konfem ah F.I.T cari kumpulan tu.
sekarang aku tengah menggila dengan apeng dan tengku. cari idea nak lawakan webpage. dapat lah sikit info. tapi nak buat, susah gampang. mau pecah kepala. tapi minggu nie tak de ape-ape yang berat, so boleh lah spend masa tengah-tengah malam buat kerja nie. harap-harap lah sempat siap. mule-mule dapat dulu cakap nak start buat awal-awal,. tapi macam biase, cakap je lebat, buat tetap lambat. harapan lah nak buat awal. tamabah-tambah lagi aku memang malas dan suke buat kerja last minute.
*jangan emosi..doa banyak-banyak..insyaALLAH semua ok..
jangan stop kat sini..
No comments:
Post a Comment