seram,

macam mana rupa saka?? persoalan yang makin lama yang makin menghantui aku. satu lagi, turun kat aku ke nanti?? kalau boleh tak nak lah. risau aku ape-ape jadi weyh. sumpah seram weyh.

kalau dulu-dulu, benda-benda macam saka ke bomoh ke memang femes lah kan. tapi zaman sekarang orang tak berapa nak percaya. maklumlah zaman dah moden. semua yang berlaku dikaitkan dengan sains. contohnya kalau sakit. orang kampung akan lebih menjurus kepada bomoh atau pawang. bagi yang memang betul-betul kampung lah. sebab kebanyakan kampung dah moden dah. kalau kat tempat-tempat moden, orang akan terus bagi ubat atau bawa pergi klinik. ada benda yang tersirat di sebalik 2 tindakan yang berbeza nie. kadang-kala betul, kadang-kala tak kena tempat dan waktu.

masih berkaitan contoh di atas. ada waktu, bomoh lebih bagus dan ada waktu, klinik dan sains yang memainkan peranan. seperti yang dikatakan pada awal tadi, kebanyakan orang tidak percaya akan benda-benda sebegini. tapi pada faktanya, semua benda nie masih wujud kat atas muka bumi ni. cuma kita yang tak dapat melihat benda-benda tu. yang kita lihat pada zahirnya seseorang tu macam demam, ada kemungkinan ianya perbuatan makhluk halus. tiada yang mustahil.

ok, berbalik kepada hal saka. dulu aku tak pernah takut bile pak cik mak cik aku cakap-cakap pasal saka. sebab aku ingat saka nie harta pusaka. sebutan memang hampir-hampir sama. cuma satu tu macam bersabdu. kalau orang tak biasa, memang tak boleh bezakan. tapi bila aku dah makin besar, barulah aku paham apa itu saka. warisan dari satu generasi ke satu generasi.

selalunya yang sulung akan warisi benda tu. aku tak tau apa benda tu. rupa macam mana, apa sifatnya. aku tak pernah tengok. tapi dalam keluarga, mak aku anak keempat. yang atas-atas semua tak berani. nenek aku pernah cakap mal aku nie lain dari adik-beradik yang lain. dalam kandungan lama. masa beranak, bidan ade cakap mak aku ada darah bomoh. memang ade keturunan nenek moyang aku dulu yang jadi bomoh. aku sendiri tak percaya mulanya. sampailah ada satu kejadian. tu nanti aku cerita.

yang tambah menakutkan bila aku dapat tau dua-dua belah keluarga ada benda tu. memang meremang bulu roma aku dibuatnya. tapi paling menakutkan belah mak aku. aku cucu sulung lelaki. setakat nie satu benda warisan keluarga je yang aku tak tengok lagi. keris yang hujung die dah patah sikit. keris tu arwah moyang aku yang punya. keris tu digunakan untuk bunuh orang masa zaman dulu-dulu. tu lah sebab mata keris tu dah hilang sikit. pakcik aku ada cakap yang keris tu salah satu benda yang ada penjaga. sebab tu tak boleh buang merata. jadi pakcik aku yang paling tua simpan.

aku tak tau lah apa yang akan jadi lepas nie. cuma satu je yang aku tak nak. benda tu turun kat aku. aku jenis yang cuai. tak boleh handle. aku doa aku dijauhkan dari benda-benda macam tu.


*make it 3

1 comment: