ego,

diam tak bererti mati. cuma berhenti buat sementara waktu. jangan salah kan aku blog tak ber'update'. aku tak tau apa masalah laptop aku. line wireless macam gampang. susah betul nak bagi stabil die nyer connection. tapi tak kisah sangat sebab aku dah kurang online sekarang. sebab kalau aku online pon tak tau nak buat ape. so, lebih baik tak payah online. duduk depan laptop, main game lagi bagus.



kebelakangan nie banyak dengar bencana. macam-macam benda keluar, yang baik dan yang tak baik. tapi aku sokong orang-orang yang marah surat khabar berita harian. ade ke gi buat lawak ultraman kene kejar dengan tsunami ke ape entah. tapi bencana alam lah. sampai ade yang cakap biar bangunan berita harian kene bencana alam tu, pastu ramai-ramai buat lawak pulak. baru diorang rase sikit. tapi tu lah, mungkin tu cara diorang nak lariskan produk diorang. aku pon tak boleh nak salahkan diorang sangat. tapi memang agak melampaulah ape yang diorang dah buat tu.



minggu yang kelam-kabut dah berakhir. minggu nie takdelah kelam-kabut sangat. cume kene siapkan website je lah. tapi penat jugak lah nak perah otak nak penuhkan website tu. kalau setakat tulis dua tiga baris takpe. aku boleh bagi adik aku buatkan je. mule-mule tengok macam senang, tapi nak buat macam mane budak buta it. memang macam pelanduk masuk kampung lah ( pelanduk ke rusa?? ). so, same-samelah doakan aku dan semua kawan-kawan aku semoga dapat hasilkan website yang terbaik. manelah tau nanti pihak atasan ambik buat main website ke. kalau terpilih, konfem ah F.I.T cari kumpulan tu.

sekarang aku tengah menggila dengan apeng dan tengku. cari idea nak lawakan webpage. dapat lah sikit info. tapi nak buat, susah gampang. mau pecah kepala. tapi minggu nie tak de ape-ape yang berat, so boleh lah spend masa tengah-tengah malam buat kerja nie. harap-harap lah sempat siap. mule-mule dapat dulu cakap nak start buat awal-awal,. tapi macam biase, cakap je lebat, buat tetap lambat. harapan lah nak buat awal. tamabah-tambah lagi aku memang malas dan suke buat kerja last minute.


*jangan emosi..doa banyak-banyak..insyaALLAH semua ok..


jangan stop kat sini..

maaf,

aku mintak maaf awal-awal kalau aku buat salah dengan siape-siape. aku memang nakal, kuat bahan orang, ejek dan macam-macam lagi. tapi sumpah aku akan try jage hati orang walaupun aku bahan orang pon. kadang-kadang tu ade lah aku terlebih. dulu aku memang tak suke bahan dan dibahan. tapi bile aku masuk sekolah menengah, aku belajar benda baru. bahan-bahan nie boleh buat orang jadi rapat. tapi mungkin budak perempuan nampak benda nie kurang sopan atau dengan jujurnyer melampau. tapi aku rase benda ni lagi bagus dari kau mengumpat, mengata, buruk-buruk kan kawan kau. depan cakap bukan main manis. dah macam air gula hypersaturated dah. tapi bile belakang, mengata tak henti-henti. sedarlah diri tu sikit.

pasal bahan-bahan tadi, aku nak ungkit satu cerita yang jadi mase batch aku. ade budak pindah masuk sekolah kitorang. mule-mule kitorang macam anti giler. memang adat sekolah benci budak baru. budak tu ade masalah mulut.lelangit die berlubang. dan die sumbing. kalau korang pernah dengar budak sumbing pergi kedai beli milo. die sebut nak 'meho'. dengan gelaran tu lah kitorang panggil die. bile die tanye kenapa panggil  macam tu, kitorang semua jawab muke macam senior kitorang dulu. tapi last-last die tau jugak nape die digelar macam tu. die sampai nangis mule-mule die tau. tapi lepas tu die cakap die tak kisah sebab die perasan yang gelar-gelar tu boleh buat kitorang semua rapat. korang dapat tak ape yang aku nak bagitau kat sini?

see, memang hidup aku penuh dengan bahan, kutuk, ejek dan segala. kalau tak boleh tahan dengan perangai aku, hindari aku. aku takde lah bahan sampai orang tu rase rendah diri lepas tu bunuh diri. aku ade hati perut limpa semua lagi lah. so, jangan suke-suke nak label aku macam-macam. kalau tak puas hati, bagitau depan-depan lah. setel baik-baik sudah. bukan aku nak pukul kau pun kalau kau cakap terus. ramai dah yang tegur aku buat salah. tapi takde pun yang cedera. aku nie waras lagi lah. orang nasihat, aku dengar lah.

aku tak peduli ape orang kate. aku cube kurangkan sifat baran aku. tapi kurang-kurang pun, tetap ade batas. main-main dengan betul-betul ade beza. kau tuduh aku macam-macam, kau buat name aku buruk. takpe,aku tak kisah. sebab kau tunggu je masa kau sampai. baru kau tau langit tinggi ke rendah. kau jangan ingat kau baik di mata orang, kau boleh selamat. kau lagi teruk lah. kau tak tau ape-ape, kau jangan nak tuduh melulu. memang buat aku panas lah. kau tunggu lah sikit lagi. sampai limit aku, memang semua aku bongkar. aku akan pastikan kau jatuh sampai tak boleh nak bangun balik.


kalau ade yang terasa, betullah orang tu yang aku maksudkan. last word dari aku, 'kalau taknak kene cuit, jangan cuit aku dulu'.