dalam bas kitorang setelkan tentatif dan sediakan duit untuk bayaran masuk. kitorang stick to the plan. harap-harap dapat gerak laju dan sempat pergi matang wildlife. perjalanan makan masa dalam sejam. aku sendiri tak pasti aku tido ke tak sepanjang masa tu. macam tak. kitorang singgah kubah ria untuk ambik makanan yang dah disediakan oleh PPU.
si bongkok tudung kelabu : beday girl
mule-mule kitorang pergi waterfall. waterfall die memang terbaek lah. macam rak woo. stylo lah. memang rugi lah kalau tak pergi waterfall. sape-sape yang belum pergi, korang tengok gambar kat bawah nie k.
bertingkat-tingkat kan
mata kat waterfall je k
supplier gambar untuk post aku
susah jugak nak nek atas an
nie scenery dari puncak
pukul 2, kitorang gerak pergi matang wildlife. budak-budak perempuan sumer dah penat dah aku tengok. kesian3. tapi diorang cekal beb. sampai matang wildlife, cari surau. ade yang mandi. nak segarkan badan sikit. aku rembat mandi kat paip belakang surau je. peduli ape, bukan aku mandi let go. lepas mandi tu pergilah melawat haiwan-haiwan yang ada. ada yang dah berkurang dan ade jugak yang bertambah. ade baby monyet ke ape entah dalam sangkar. comel weyh.
lepas dah habis melawat sumer, kitorang gerak balik kolej. penat memang penat, tapi kepuasan yang dapat tu lagi penting. haha. aku tak sempat nak ready prank untuk beday girl. ingat nak lempar lumpur jer. tapi kang tak pasal-pasal aku kene hawing lak. haha. konklusi nyer, aku memang enjoy aktiviti TRACKING nie. looking forward for other activities.
No comments:
Post a Comment