adakah ini pilihan,

okay, nak tulis apa yang aku nak tulis dua tiga hari lepas. kisah berlaku di kawasan kampung yang tak berapa nak sunyi. balik kampung, hati terbuka, hidayah datang. hari tu hari jumaat. solat jumaat konfem lah kat masjids kan. nie cerita asar. kat tempat aku, surau nie lebih dikenali dengan 'balasoh'. diadaptasi dari 'balai saf' yang merujuk kepada tempat solat kita yang mempunyai banyak barisan yang kita panggil 'saf'.

ok, aku bukan nak cerita pasal tu. waktu asar, terdetik hati nak pergi surau. kalau dulu kecik-kecik tak rase ape-ape kalau tak pergi. tapi sekarang, tak tau nak cakap lah. surau depan rumah tok je. surau tu tak ramai orang. maklumlah, surau kampung je. orang kampung pun tak ramai yang datang. mase solat tu, aku terdengar satu bacaan yang pelik, yang asing bagi aku. aku abaikan je la sebab ingat bacaan tambahan ke ape ke. sebab aku cetek lagi dalam bab-bab tu.

lepas dah habis solat,salam kiri kanan, aku toleh kiri. nak cari tuan punya suara tadi. sumpah aku terdiam. tak aku sangka dia rupa-rupanya. orang yang aku maksudkan ialah pak cik aku,adik kepada ayah aku. aku bukan nak aibkan atau apa-apa. tapi bagi aku, dia antara orang yang banyak bagi inpirasi kat aku. dia tak macam orang lain. dia istimewa. die tak berjaya macam orang lain. die duduk pun dengan nenek aku. die tak boleh hidup sorang-sorang.

aku selalu cube korek kenapa die jadi macam tu. tapi sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya lagi. takpe, aku akan usaha sampai aku dapat jawapan die. satu yang aku respek pasal die, die tak pernah merungut nak apa-apa. dia akan kerja untuk dapatkan duit untuk beli barang. tapi selalunya, duit yang die dapat die akan beli kuih untuk nenek aku. walaupun keadaan die tak macam orang laen, tapi hati die lebih dari orang lain. aku tersentuh dengan perangai dia.


perlu 2 muka ke,

satu yang aku cukup marah dari dulu sampai sekarang. ade pakcik makcik aku yang buat die macam orang gaji. kalau setakat mintak tolong sikit-sikit aku takde hal lagi. nie kalau dah melampau, memang aku sendiri pon rase nak sound je. tapi bile fikir-fikir balik, aku kecik lagi. kang tak pasal-pasal makan penampar free kang. tapi sekarang, aku dah tak tahan-tahan dah. aku sound je diorang-diorang yang buat macam tu. lega rasa hati. lantak korang lah nak benci aku ke ape ke. abah ma aku rilek je. aku buat depan diorang. kalau parent aku senyap, maknanya ape yang aku buat tu betul.


*kau kene kuat,banyakkan doa ok.. aku sayang kau..=)

No comments:

Post a Comment