rumah pokok,

     
kartun fevret mase kecik


dulu kecik-kecik, korang pergi mane bile korang sedih atau kene marah dengan mak ayah?? dulu aku duduk dekat pahang. so bile merajuk, aku duduk dalam bilik je lah. paling best bila dekat kampung. kampung aku memang betul-betul kampung dulu. banyak tempat best nak lepak. standard lah kan kalau budak kecik merajuk ka. ke ade orang tak pernah merajuk waktu die kecik dulu. tinggal kesan sikit nak tengok sapa. berani kerana benar.    

antara satu tempat yang aku selalu menyorok kalau gaduh dengan sepupu aku terutamanya ialah kat belakang pokok depan rumah aku. kat seberang rumah tok aku ade satu kolam yang tak berapa nak besar sangat. pokok tu besar dan akar die besar berpulas-pulas. ade satu part yang memang muat aku nak duduk dan bersandar. selesa jugak weyh. aku selalu gaduh dengan sepupu perempuan yang paling tua. beza umur ade la dalam tujuh tahun. selalu gaduh pasal berebut nak tengok tv. kalau dah name budak-budak tu paham-paham je lah nak tengok ape kan. lepas dah gaduh mulut, kaki , tangan semua-semua, aku pergi lah merajuk kat pokok tu. tu je lah taktik aku tiap-tiap kali gaduh. sebab aku tau die mesti datang ajak aku balik. die akan pujuk aku sampai aku naik rumah balik. aku nie cucu sulung lelaki. muda kan?



tapi tempat yang paling aku tak boleh nak lupa sampai sekarang, tasik danau. aku ingat lagi mase mule-mule pergi tempat tu. otak aku dengan dua kawan yang laen same je. sejak dari tu, kitorang akan lepak kat situ kalau ade masalah ape-ape. kitorang siap buat satu pondok lagi. pastu ukir name kitorang satu batang sorang. kitorang ingat lagi kitorang bincang nak rekrut sape sorang lagi. semata-mata nak bagi penuh empat-empat tiang dengan satu nama. kitorang buat pondok dengan parent kitorang. tak larat lah kalau kitorang buat sendiri. secara automatik, parent kitorang tak risau kalau kitorang tak balik. diorang akan cari dekat rumah salah sorang daripada kitorang. kalau takde, dekat tasik lah kitorang lepak. tapi sayang, sorang dah pergi buat selama-lamanya. pondok tu pon dah dirobohkan sebab diorang nak buat macam satu jeti kat situ. sumpah aku takkan lupa setiap saat kitorang bersama.



elemen dalam heading

1 comment: