25122010 -part 1-

pada tanggal 25 disember 2010, sekumpulan remaja telah berkelana ke sebuah tempat di sarawak. semua bermula dengan cadangan seorang sahabat yang ingin pegi merehatkan minda. jujur aku cakap, aku tak berapa suke pusat membeli-belah. semua nyer nampak same jer.

pada mulanya, rancangan kami ialah air terjun ranchan. tapi terpaksa diubah ke pantai damai atas sebab-sebab yang tertentu.

plan             : 08300 gerak
pelaksanaan : 0900 gerak

nampak gaye, lain kali kene menipu sikit. kalau nak gerak pukul 8.30, kene cakap nak gerak pukul 8.00. baru lah plan jadi lancar. 10 orang remaja telah terlibat dalam trip kali ni. lima lelaki dan lima perempuan. pembahagian dibuat dengan betul sebab takut sebuah kereta tak boleh nak follow kereta depan. paham-paham je lah bile satu laki bawak dan satu lagi perempuan bawak. konfem lah jarak nyer jauh giler.



10 remaja

kitorang sampai pantai damai dalam pukul sepuluh. masyuk giler ouh!! tempat die cantik dan bersih. sampai-sampai, kitorang round dulu pantai tu. aku dengan sam try tangkap ikan belacak. tapi ikan-ikan tu licik giler. sekor pon kitorang tak dapat tangkap. kitorang cume dapat tangkap ketam je sekor. besar giler. tapi gambar masih kat dalam kamera lagi. nanti aku tunjuk k.


tunggu part 2 pulak k.

sudah seminggu lebih

psiko tak tajuk post aku? saje je buat gempak. jangan nak buat andaian sendiri. dah tiga minggu kat sarawak. cepat ouh mase berlalu. tapi aku tau ramai insan yang kecewa disebabkan satu hal yang aku sendiri pon rase penting giler. mungkin bagi orang yang duduk di atas rasa benda nie biase je. belajar kat mane-mane pon same. die tak sedar ke die dalam perkiraan untuk menghancurkan harapan berjuta orang. aku tau budak asasi unimas ade 206 orang je. tapi tambah lah dengan parent dan sesiapa sahaja yang sandarkan harapan kat kau. contohnya ade yang nak ambik farmasi. kalau dah memang die nak farmasi macam mane?

aku tak tahulah die nie gune pemikiran ape. futuristik ke logistik? ke pemikiran plastik? entah lah, aku pon tak tau nak cakap ape. kalau suarakan nanti, die cakap kitorang nie melampau lah ape lah. lepas tu mule lah nak kuar segala buku-buku yang ade name die. start lah ungkit jalan cerita hidup die. aku dah hafal ouh cerita die. dah die terseksa, lepas tu nak bagi kitorang terseksa jugak ke. what the!! sepatutnyer kau faham. kau dah tau macam mane rase, jadi jangan lah kau buat kat orang lain. ke memang agenda kau nak tengok kitoragn terseksa? macam kawan aku cakap, mungkin nie lah akan jadi penyebab kadar bunuh diri kat malaysia nie meningkat.

sekarang target aku maybe pindah ke swasta untuk sambung degree. ramai yang kau dengar nak buat macam tu. mungkin aku nak ambik software engineering. bidang nie tengah naik sekarang. ok lah kan memandangkan malaysia pon dah semakin maju. kire peluang kerja dalam negara pon semakin bertambah sekarang. aku dah survey dah pasal nie. so, macam peluang cerah je ke arah benda nie.




( ^_^ )

minggu kedua di sarawak untuk semester 2. semua macam biase. tapi memandangkan minggu nie minggu sukan asasi unimas, aku penatlah sikit. tapi semua tu tak seberapa jika dibandingkan dengan kegembiraan yang aku peroleh. tapi aku taknak elaborate pasal tu panjang-panjang. cukuplah orang tau kau happy dan aku sentiasa ceria.

sekian,terima kasih.

malas nak tulis panjang-panjang.

121208

tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. sape-sape yang lahir pada tarikh nie mesti lah die ingat tarikh nie. dan tarikh nie amat bermakna pada diorang. tapi bagi aku, tarikh nie bukan tentang hari jadi aku. hari jadi aku dah lame lepas. tunggu tahun depan lah kalau nak bagi hadiah hari jadi pon. ingat, 120892 ialah tarikh lahir aku. okay, kembali ke cerita 121208. tarikh nie merupakan tarikh di mana aku hilang kawan baik aku buat selama-lamanya. bile sebut kawan, dah tentu bukan ahli keluarga kan. tapi bagi aku, die dah macam seorang abang. banyak benda yang kitorang buat sama-sama. tapi tuhan lebih sayangkan dia.

dia kene kanser otak. die rahsiakan benda tu lame giler. bile dia dah kat tahap kritikal, baru aku tau die ade penyakit tu. mase aku tau tu, memang aku marah giler. aku tak paham kenapa die nak berahsia dengan aku. die sendiri pernah cakap die dah anggap aku macam adik die. die memang takde adik sebab die anak tunggal. tapi die lagi matang aku dan tak manja. dalam hal nie, memang kitorang agak kontra.

aku ingat lagi seminggu sebelum die pergi. die saje cari pasal dan sakitkan hati aku. aku memang terasa hati. tapi aku tak faham nape die macam tu. sebab aku tau die bukan jenis yang akan buat macam tu. aku merajuk sehari dengan die. bile aku pergi jumpe die lepas tu, die cube cari pasal lagi. aku tengok mak die nangis. aku tak paham situasi mase tu. tapi kali nie aku tahan dan aku melawan. aku dah tak tahan, aku menjerit terus kat die. bile aku dah puas jerit, aku peluk die. aku mintak maaf dan cakap tak berniat nak buat sampai macam tu.

saat tu, aku tau air mata die menitik. die bagitau kenapa die buat macam tu. die nak suruh aku benci die. sebab die tak nak aku sedih bile die tinggalkan aku nanti. ya Allah, kenapa die boleh fikir pasal aku lagi di saat-saat macam nie. die cakap die tau aku tak boleh jaga diri sendiri dan suke bertindak ikut suke aku. memang betul, tapi die tak perlu nak risau. bile die cakap macam tu, aku memang dah tak boleh nak tahan dah. aku ketepikan rasa malu aku, aku nangis puas-puas. aku dah tak peduli orang nak tengok ke nak kata ape ke. kalau boleh, aku nak peluk die setiap hari. dan aku berjaya buat macam tu. tapi hanya bertahan untuk beberapa hari je. aku sedih tapi tetap bersyukur. aku ade mase die pergi buat selama-lamanya. sangat menyakitkan tapi aku perlu merelakannya. setiap yang hidup, akan pergi. aku juga tidak terkecuali. cuma masa yang akan menentukan bila ianya akan terjadi. 










terjah!!


klik untuk paparan yang lebih jelas


abaikan selain dari yang dibujurkan. nie yang menarik pasal unimas. die bukan pasal laptop ataupon henfon kene curi. setakat nie, alhamdulillah lah. tak de barang hilang lagi. yang mantap kat sini ialah TERJAH ( aku bagi name sendiri je ). pantang tak tutup laptop, memang macam-macam boleh jadi. lagi-lagi facebook. kejap lagi, adelah status yang mantap lagi masyuk tercipta. kalau dah status masyuk macam tu, konfem sumer pakat dok komen. tapi kan, benda nie dah macam satu benda yang buat kitorang lagi rapat. sebab kebanyakan yang buat kat orang, akan buat balik. benda nie macam berkitar dan tak pernah nak habis. mesti aku rindu pasal nie bile dah abis asasi unimas nanti. paling sedap bahan zizan lah. die lah yang member bahan membahan aku. jangan marah yer zizan. kang te*** lari kang baru tau. kahkahkah!!

weyh, nape kau tinggal aku?? aku sepak laju-laju nak?? aku sorang-sorang malam nie tau tak. 




# blank 1

*asasi unimas ade rumah sukan ouh

aku ingat dah masuk unimas nie dah xde rumah-rumah sukan nie. mungkin sebab kitorang nie baru je asasi dan takde fakulti lagi. sebab kalau dah betul-betul masuk universiti nanti, mesti bertanding iku fakulti. tapi kat unimas nie, pelajar asasi yang macam duduk kat tempat teratas. ape-ape yang kitorang masuk, mesti berjaya dengan cemerlan nyer. memang budak-budak asasi unimas nie terbaiklah ( pasnie sumer kene belanja aku sebab dah puji korang semua). aku dalam kumpulan tiga. warna rumah aku merah. setelah 5 tahun dalam rumah kuning, sekarang tukar warne lah pulak kan.

dah nak cukup seminggu aku kat unimas. setakat nie okay lah jugak. tak ade masalah lagi. petang tadi je masalah. tak habis-habis makhluk sorang tu ulang benda yang sama. aku rase lah kan, aku lagi hafal kisah hidup die dari kisah hidup aku. tak reti dah aku nak wat macam mane. nak tak nak, kene lah tadah telinga jugak. kesian kat telinga aku. perit pedih die dok menadah cerita makhluk tu. nasib baek mulut tu boleh lepas slow-slow. kalau tak, mesti dah lame aku kene kick out.

dengan tempoh mase di atas jugak lah aku tak setel-setel lagi masalah. selalu jugak lah nak mengamuk, tapi nasib baek ade insan-insan yang paham situasi aku. diorang lah yang selalu bagi nasihat kat aku. aku syukur sangat ade diorang. 12 disember semakin dekat. aku harap aku dapat survive pada tarikh tu.

*awak,saya sayang awak..



panaskan enjin

macam mane rase kalau ade kuasa istimewa. contoh nyer macam boleh terbang atau halimunan. kalau lah korang diberi pilihan, kuasa ape yang korang nak?? kalau aku, aku nak kuase untuk sembuhkan penyakit ape je yang ade kat atas muka bumi nie. sebab aku tak boleh tengok orang menangis bile kehilangan seseorang disebabkan sesuatu penyakit. aku pun tak boleh hadapi benda nie. tapi kalau ade benda tu, dah tentu dunia nie tak seimbang. dari segi ape, aku tak tahu lah.

minggu pertama di sarawak. setakat nie tak ade ape-ape yang menarik lagi. tapi epi lah sebab dapat lepak dengan kawa-kawan. kat rumah, sape je yang ade. dah macam ape entah aku kat rumah. boring nak mampus. sepanjang cuti, aktiviti aku same je. kat unimas, macam-macam boleh buat. cuti sebulan memang lame. kalau kat sini, macam-macam benda yang aku dah boleh buat. dah lah kat rumah tak boleh online. huhu. seksa ouh. macam-macam yang terbengkalai.

aku harap aku dapat belajar elok-elok untuk semester dua nie. mule-mule aku ingat nak dismiss je terus. tapi aku bukan seorang yang mungkir janji. lagi pon takkan aku nak menyesal sekarang lepas aku dah tolak tawaran tu. tak jantan lah kalau macam tu. aku tetap akan habiskan asasi aku kat unimas. lepas habis baru fikir nak sambung mane pulak. harap-harap dapatlah ape yang kau nak selama nie.

dahlah, mood menulis masih belum datang.

*saya sayang dia

burning hill!!

aku rase blog aku nie bukan setakat dah penuh dengan sawang je. entah-entah tikus cengkerik pon dah bermastautin kat blog aku nie. tapi nak buat macam mane, aku tak boleh nak online. laptop aku meragam kaw-kaw punye. on tak sampai 10 saat, tido balik. hangin satu badan aku dibuatnyer. tapi ape pon, dah takdir laptop aku die nak rosak, redha je lah.

aku malas nak summary ape yang aku dah buat dan ape yang dah jadi sepanjang aku menyepi ni. nanti kalau aku  rajin, aku buat lah. tapi macam mustahil lah jugak aku nak buat macam tu. tapi yang penting cuti aku nie mild je. ade mase best, ade mase boring. tapi yang paling best mase aktiviti keluarga besar. yang agak grand nyer berkaitan dengan tajuk kat atas tu. tajuk tu psiko ko. sebenarnyer kitorang pergi hutan lipur bukit bakar. haa, dah faham kan tajuk kat atas tu. mesti korang ingat ade berita terkini pasal bukit terbakar kan. jangan marah aku pulak. salah korang jugak. " don't judge a book by its cover ".

perjalanan bermula selepas solat jumaat. kali nie tak lah grand sangat sebab cume tiga family je yang join. yang laen sibuk dengan hal masing-masing. aku harap sangat dapat semua kumpul dan pergi sama-sama. sebelum pergi, aku ajak echah pergi sekali dengan aku. tapi die tak dapat ikot sebab die kurang sihat. alih-alih die suruh aku ajak orang perlis pulak join. aku cakap lah kat orang tu. tapi konfem lah tak dapat join sebab jauh giler kot. kalau nak pakai kuase golek pon tak boleh sampai dalam mase sejam.

tempat nie boleh tahan lah jugak cantiknyer. tapi maintainance je yang kurang bagus. tapi tak salah diorang jugak. orang ang datang pun kenelah jage kebersihan. sampah tu janganlah buang merate. kalau dah name pon budak-budak, memang tak paham maksud sabar. sampai-sampai terus amik beg masing-masing partu terus terjun dalam air. at least aku baek sikit, lepas kunci kereta baru terjun. haha!! kepada si gumok, jangan jelez yer!!


akim



tok bomoh cap rimau!!



model mane entah


uncle sulung


adik bongsu aku


kanak-kanak riang


part of family


yuk main air!!


sori lah ye, gambar direct je. takde mood nak edit-edit lagi. nanti aku tulis lagi.

kisah di malam hari

tajuk yang kurang bersangkut-paut dengan post. harap maklum. blog aku nie dah mule bersawang. maklum lah, semua orang sibuk dengan exam. final tuh. sape tak cuak. aku dengan tak fokus nyer lepas balik dari cuti raye tu. memang agak kelam kabut lah. tapi kite kene cool. haha, kepoyoan terserlah di situ. seminggu yang dikatakan 'study week' tak berapa cukup bagi aku. nak kene bagi sebulan baru cukup. tapi tak semestinyer semua yang kite belajar tu ade waktu exam kan.



minggu exam adalah minggu yang memenatkan, menyakitkan dan segala me-an lah. sumer paper payah tahap gampang hah. kitorang nie otak manusia, bukan otak robot lah. macam lah kitorang boleh ingat semua benda. kalau tak lulus, mulelah keluar ucapan dari ayanhanda tersayang. parah ouh macam nie. aku just harap pointer aku atas tiga jer untuk sem satu nie.

exam dah habes, maknenyer sem satu dah habis. semua orang akan balik ke kampung halaman masing-masing. rase macam baru jer masuk asasi nie. sedar-sedar dah habes dah satu sem. cepat giler mase berlalu. sungguh tidak ku sangka. cuti sebulan tu agak lame bagi aku sebab tak tau nak buat ape. cuti kawan-kawan aku bukan sama pon. kalau ade pon, 2 3 orang jer. tak bestlah nak pergi 'derak'. tapi sape-sape yang ade, jom je lah pergi jalan-jalan. follow plan je lah weyh. klau tak ramai, nak buat macam mane. nanti laen kali boleh buat lagi.

shial!! aku dah blank. haha. stay up bersama tengku dan ditemani 2 controller yang sememangnyer mengiurkan. haha!!






minggu akhir

dah lebih 48 jam dah nie nie. ape yang jadi aku pon tak tau. *sighh. harap-harap lah tak ade ape-ape yang serius. berdebar-debar giler rase. wahai telefon, berderinglah engkau segera. bawakanlah khabaran baik buat aku. nampak macam aku dah tak waras kan. mungkin lah jugak.

KHAMIS
21102010
paparan jam di skrin komputer riba menunjukkan jam 9.00 malam. shiall!! aku terlupa final exam makin dekat. aku terus capai beg dan sweater aku dan terus bergerak menuju ke cais. memang kat cais je lah tempat yang aku senang nak study. kalau kat bilik, syahid lah jawabnyer. banyak sangat dugaan kalau kat bilik nie. dengan panggilan katil nyer, laptop nyer dan yang sewaktu dengannyer.so, cais senang sikit nak study.

malam tu cais ramai orang sikit dari malam-malam sebelumnyer. mungkin bahang final exam makin kuat aku rase. kat cais, tak tau boleh tanye orang. kalau kat bilik, tak tau terus aku tutup buku. macam tu lah permainan nyer. macam biase, aku akan duduk dengan nan. aku tau mulut orang tak boleh tutup. biarlah orang nak fikir ape pon. yang penting, kitorang tau perkara yang sebenarnyer. lagipun dah banyak kali aku cakap yang mulut manusia nie susah nak tutup. sebab aku pon salah seorang yang kuat celoteh. tambah-tambah lagi bab membahan orang. sampai kene cop 'devil' kat asasi nie. study macam biase sampai pukul 12. lepas tu balik lah bilik.

JUMAAT
22102010

bangon lambat. tapi tu lepas aku sambung tidur lepas subuh lah. tak ade ape-ape yang menarik pada waktu pagi. aku cume bukak handout kimia dan bace sikit-sikit. puas ouh!! tak tau nak buat ape lagi. nak online rase malas. so aku buat-buat lah rajin bace kimia. persediaan untuk final exam lah tu.

petang tu ade taklimat periksa oleh pppu. nak tak nak kene pergi lah jugak. dah lah borang clearance asrama kene ambik petang tu jugak. kalau lambat, kene pergi hep lagilah jawabnyer. buang duit jer!! baek gune untuk makan, lagi masyuk. mase taklimat tu ade pulak yang buat 'hot scene'. aku selaku pengumpul bukti atau nama laen jurnalis untuk 'bahan-membahan asasi unimas' buatlah kerja aku. kumpul kan bukti yang secukupnyer. tu kalau kantoi, malu beb. tutup muke mintak keluar asasi lah aku rase. so, beware of me kayh!! tak lupe juge dengan geng-geng aku. kami adalah observer yang cekap dan amat terlatih serta diakui.

balik dari taklimat, nak pergi pejabat seroja pulak. nak amik borang yang aku cakap tadi lah. singgah blok jap sebab ade yang nak ambik kad matrik. haaa, ni satu lagi hal. tak pakai kad matrik pon  kene denda. ade masuk surau@masjid kene pakai tanda pengenalan?? aku usya-usya lah kat papan kenyataan. perghh, rase menyirap jer. aku nampak notis pasal taklimat tu maen selit-selit  jer kat celah cermin. sah baru letak jer tu. nasib baek ade yang sampaikan gune facebook ngan lisan. nak harap kertas notis tu, kirim salam lah wahai taklimat oi. aku dengan rase bengang nyer, ambik kertas tu dan letak kat lantai. kemudian, bermulalah proses meng'aqiqah' kertas notis tersebut sehingga lunyai dan bercerai-berai.

bacakan sahaja

cerite nyer bermula pada awal pagi iaitu ketika kebanyakan makhluk masih lagi lena diulit mimpi. aku tersedar tanpa dikejutkan oleh penggera yang dah aku tetapkan. aku bangun dan pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk. kemudian aku menunaikan kewajipan yang sudah sememangnyer wajib aku laksanakan. selepas selesai kesemuanya, aku segera capai fon aku dan dail satu nombor yang sememangnyer sinonim dengan subuh. faham-faham kan je lah. aku dail nombor tersebut sehingga ada yang menekan butang jawab panggilan. selesai sudah tugas aku. tibe-tibe, fon aku bergetar dan aku aku lihat nama yang cukup aku kenali terpapar di skrin fon aku. aku tertanya-tanya kenapa die menelefon aku pada waktu sebegini. bukankah sepatutnya die berehat. ternyata bukan dia yang melakukan panggilan itu, tapi ibunya. ada khabaran yang tidak gembira dan cukup untuk membuatkan aku gelisah.

-tamat-

ayie, aku cube jadi budak yang kuat macam yang kau selalu ajar dulu. kau cakap anak jantan tak boleh mengadu. tapi aku selalu mengadu bile aku ade masalah. aku pelik kenape aku tak boleh jadi independent macam kau. tapi sebetulnyer, kau selalu jugak ngadu kat aku. kadang-kadang hal remeh-temeh pon kau ngadu kat aku. macam ketam suruh anak die berjalan lurus. padahal die jalan pun tak betul. kau tau kan macam mane aku rase bile kau tak sedarkan diri. kau tau ape akan jadi kat aku. tapi tadi first time aku senyap bile tau 'awek' kau tak sedarkan diri.


macam makan diri sendiri tau bile aku buat macam tu. tapi macam yang kau selalu cakap, biar kene marah atau ape jer asalkan kite tak susahkan orang lain. aku mulekan langkah pertama. memang bende yang kau cakap tu jadi. ayie, aku tak kuat. aku perlukan kau. ayie, support aku pliz. aku nak jadi kuat macam kau. kalau lah aku boleh bagitau yang 'awek' kau tu pon rase benda yang same, mesti kau epi.

don't be shock!!

warkhh!! one more week left before final exam start. damnn!! i'm lost in every subject. luckily critical thinking does not have writing test. if not, i will feel hell. i do not know how to start revising because this thing is the most major problem in me. irfan=lazy=playing a lot. i wonder when i will changed and become a good boy. i hope so. but i think that is impossible because i am what i am. i do not want to be a hypocrite person like others act. for me, it is so annoying. so fucking damn!!

okay, i have stray from my real intention. i just want to make some reflection about myself for this week. overall, i only focus about 20% in all class for the whole week. don't you think that is so wasting. it is better if i don't even go to the classes. but, there is something that keep encouraging me to go to class. it is some sort of threatening actually but i don't even mind about it. i know that threat is for my own goodness. thank you so much!!

i think people would notice that i am very active and talkative sometimes. teasing people is my current hobby. and zizan is the person that i tease the most for the time being. pity on him. but sometimes when he revenge back on me, it is so painful because his words are like swords and pierced straight to my heart. suits him as he is a best debater. but, we are close to each others like brothers. are you moved?? think carefully. don't let evil take over your soul. evil and naughty is differ from each other.


*this is my first post that is fully english. am i great?? haha!! just joking. looking forward to write again. waiting   for her to wake up and running like others.

luahan perasaan

tak siapa tahu perasaan aku sewaktu post nie dikarang. dan aku tak nak jugak menyusahkan orang. biar lah aku sorang je yang layan perasaan aku nie. aku memang seorang yang penuh dengan gelak tawa. gelak tawa dan aku memang susah untuk dipisahkan. tapi bile ade berite yang sedih nak mampos, memang aku tak boleh tahan sedih aku. mase nie aku akan nampak lemah.

cube kau bayangkan kalau kau ade kawan yang terlantar kat hospital dan peluang hidup die cume sikit jer. kalau kau nak cakap aku lembik ke pondan ke ape ke, lantak kau lah. pergi mampos sama kau. aku memang tak boleh ambik mudah kalau hal-hal macam nie. cukuplah kehilangan kali pertama dulu. aku tak nak hilang sorang lagi atas sebab yang same. ingat senang ke nak hadapi situasi tu. aku dah lah tak kuat,lemah. ikot hati, nak jer aku pergi airport, balik semenanjung. tapi ade sesuatu yang menghalang aku daripada aku laksanakan niat aku tu.

walau ape pon jadi, kau kene kuat. kau selalu tegur aku sebab aku tak kuat. kau cakap aku lembik macam budak perempuan bile aku sedih. kau selalu risau bile hazri dah takde, aku tak boleh jage diri. kau bimbang giler aku sorang-sorang kat unimas. kau selalu suruh aku cari orang untuk jage aku. aku tak ready lagi lah. tapi, kau tak perlu risau pasal aku langsung. sebab ade orang yang jage aku macam hazri jage aku dulu. kau tak payah lah risau pasal kau kayh. yang penting, kau kene kurangkan berfikir dan sentiase relaks. aku sayang kau.

post ringkas sahaja #1


macam mane rase hilang orang yang kite sayang?? for sure lah sedih kan. macam mane nak hadapi benda tu dengan tabah?? at first, mesti susan giler kan. aku banyak bace cerita pasal kawan-kawan aku dan aku sangat sedih bile ade part-part kehilangan. aku memang mudah tersentuh kalau bab-bab macam tu. lantak lah nak cakap aku lembik ke ape ke. dah memang tahap sensivity aku kat benda-benda macam tu tinggi. kepada semua yang pernah hadapi benda nie, please be strong. dah ketentuan dan kite tak boleh lawan benda nie. kite kene sambung hidup kite. moge-moge bile kite dah tak de nanti, orang akan ingat kite. seperti mana kite ingat orang yang dah tak de sekarang.

*jangan cari pasal dengan aku boleh tak?? dah tau demam, duduk diam-diam je lah.

tiring 25~

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.




aku dah di tagged oleh beberapa orang. jadi aku terpanggil untuk buat sekali benda nie. ape pon, korang bace je lah rapuan aku yang sememangnyer cukup merapu. kalau korang mampu bace sampai habis, tahniah yer. aku nak tulis dalam bahase melayu je lah sebab english aku macam shiall jer aku rase. berterabur kot. haha

*point aku tak susun dan berterabur. nak bace,bace. kalau tak nak, jangan nak banyak bunyi!!




1)nama yang parent aku bagi cukup ringkas dan simple. just 'IRFAN'. ringkas kan?? hanya nama aku dan angah aku yang takde tambah ape-ape macam nur ke, muhammad ke atau yang sewaktu dengannyer.




2)nickname aku cukup banyak dan selalu bertukar-tukar di setiap tempat. tapi bile dah lame kat certain tempat tu, nickname aku akan jadi fixed. antara nickname yang aku ade : kecik,toy,yol. dan yang sekarang adalah toy dan cik. so, korang boleh panggil dengan name tu kayh.




3)tarikh lahir aku 12 ogos 1992. aku dah lupe pukul berape aku lahir. nanti aku check surat beranak aku. yang penting, aku selamat lahir. thankz to my beloved mum. luv u so much!! pasal hari jadi nie aku tak nak komen banyak. mase kat sas, macam-macam aku dah kena mase hari jadi aku. teruk3~ tapi tu lah saat paling indah. aku rindu sangat saat tu.




4)aku adalah anak sulung dari tujuh adik beradik. ramai kan adik aku. aku ade 2 adik laki dan 4 adik perempuan. rumah aku tak pernah senyap dengan suare diorang. diorang lah yang memeriahkan kehidupan aku. dan yang bongsu sangat rapat dengan aku. rapat-rapat pon makan kaki aku jugak tiap-tiap hari. gurau-gurau manje lah katekan. haha!! :p




5)aku seorang yang tak tetap pendirian. kalau aku dah buat keputusan, aku akan boleh tukar keputusan tu secara tiba-tiba. aku cube jadi seorang yang tetap pendirian, tapi tak pernah berjaya sampai sekarang. mungkin nie lah sifat negatif aku.


6) aku start mengeja umur 3 tahun. perkataan popular aku ialah lipan walaupun ejaan nyer bukan lipan. care aku ejan lipan ialah l.i.li.p.a.n.pan,lipas!! aku tak tau kenapa eja pakai n, tapi keluar s. 




7)aku seorang yang sangat susah nak shopping. nak beli barang keperluan pon susah giler. tapi watch out bile aku dah rase nak shopping. memang semua benda aku rase nak beli.




8)seorang yang aktif dalam bidang sukan. tapi aku tak power dalam satu-satu sukan tu. dan aku maen untuk kepuasan diri aku sendiri jer. aku dengan riadah sangat susah untuk dipisahkan. rase tak puas ouh sehari tak riadah.




9)mempunyai masalah penglihatan tahap rendah. tahap rendah okay. tak kritikal pon dan tak sampai bawa ke maut pon. so, jangan risau bersama aku. penyakit nie takkan berjangkit kat korang. tapi aku tak nak pakai spek atau pun lens.




10)kalau aku memandu di waktu malam, lampu kereta kat depan dengan garisan putih adalah panduan aku. nie semua sebab masalah kat atas lah. ramai yang risau bile aku bawak kereta waktu malam. haha!!




11)sangat malas belajar tak kire subjek ape pon. kat kelas aku tak pernah lagi bagi perhatian 100% mase pembelajaran. konfem ade tidur. tak pun maen-maen dengan budak laen. otak aku tak bagi semua benda masuk mase pembelajaran. yelah, kalau dah tau semua, tak nak study pulak nanti.




12)aku sekarang dalam asasi unimas. aku akan habiskan asasi aku kat unimas tak kire ape pon jadi. ape nak jadi, jadi lah!! aku dah sayang giler kat unimas.




13)dalam sejarah hidup aku, tak pernah lagi kene 'mark' sebab 'SONGKOK'. tapi tu lah unik asasi unimas tu. takde songkok, kene mark. haaa, macam tu sekali permainan die. sebab tu aku sayang sangat kat unimas. lagi-lagi kat hamba itu.




14)aku cepat meletup bile ade benda yang aku tak suke terjadi, sengaja dijadikan atau ape-ape lah asalkan benda tu jadi. dan aku akan tarik muke serta mengeluarkan sumpah seranah yang tidak enak didengar apatah lagi ditelan.




15)mempunyai tahap humor yang hampir ke tahap infinity. zizan adalah orang yang selalu bagi point untuk aku gelak giler-giler punyer. die selalu buat aku tersenyum. kau memang terbaik!! sory lah pasal ramah-tamah tu kayh. kahkahkah!!




16)seorang yang degil. dan amat suke menjawab bile di tegur atau dengan name sopan sikit, melawan. sopanlah sikit kan macam tu. haha!! sape yang tak kuat iman, mesti cepat bengang, fed up dan yang sewaktu dengannyer ngan aku.




17)aku suke makanan yang pedas. walaupun orang kelantan selalunyer dikatekan sinonim dengan kemanisan, tapi aku tidak sama sekali. aku amat menyukai kepedasan. lagi pedas, lagi masyuk!! kat sarawak, tempat yang best untuk makanan pedas nie ialah Planet Sambal. sila lah pergi yea..




18)suke tengok perempuan yang pakai tudung simple. nampak sweet giler. tapi tak bermaksud aku benci yang pakai shawl kayh. tudung biase memang tudung paling lawa lah!! haha.. sebab tu aku suke tengok die.




19)tahap keinginan untuk mencube benda-benda yang tak sepatutnyer makin tinggi sekarang. dan aku amat risau pasal benda nie. risau takut tak dapat kawal diri. kalau boleh, aku tak nak terjebak langsung dalam benda tu. tapi paham-paham je lah jiwe remaja. lelaki pulak tu. iman aku pon bukan kuat sangat. rapuh macam plywood je.




20)aku sayang semua kawan-kawan aku. tak kire lah laki ke perempuan. aku sayang jugak geng-geng aku. gb5, geng tangga dan geng sumbax. haha!! aku tak boleh hidup tanpa korang.




21)aku takde awek. tapi aku rapat dengan seorang budak kat asasi nie. dan semua orang cakap kitorang ade pape. it's not more than a friend. sampai ade yang tanye bile nak propose die. ngeng betul!! name budak tu nur hanani hailmy.




22)member lepak aku kat bilik selalunyer zizan, zuhri dan geng-geng tangga. rase rilek jer dengan diorang. yang paling penting, gelak tawa yang non-stop. memang kene dengan perangai aku lah kan. haha!!




23)sangat merindui ayie. die lah yang banyak bagi inspirasi kat aku. dia dah macam abang aku walaupun umur kitorang same. tapi tuhan lebih sayangkan die, so aku kene redha. aku sayang die sangat-sangat. ayie, hasrat kau tak kesampaian. tapi jangan risau kayh.




24)aku tak pasti ape cita-cita aku. tapi sekarang lebih ke arah chemical engineer. baru adventure sikit kan. haha. boleh ke?? aku dah lah malas belajar. tapi takpe, aku nak fikir positif. bagus kan aku nie. haha!!




25)aku keletihan dari segi mental dan fizikal!! perah otak beb. haha!! siap jugak akhirnyer. bacelah korang sampai lebam.


siap dah. sape-sape yang nak tau sangat pasal kau, bace lah. tapi tak banyak info pon. aku merapu je lebih. padan muke korang penat bace rapuan bodoh aku nie. haha!!

aku nak stay!!

warghhh, dah lame aku tak blogging. semua disebabkan laptop aku yang meragam dan tak reti-reti nak elok lagi. tambah pulak dengan keadaan aku yang tak berapa nak stabil minggu nie. haishh, redha je lah kan. nasib baek lah ramai yang bagi semangat kat aku. takde lah rase 'hilang' sangat.

minggu nie agak banyak benda yang terjadi. pagi ahad, aku, zizan, tengku dengan ijat keluar pergi jalan-jalan. mule-mule pergi airport sebab nak pergi bayar tiket flight tengku. lepas dah setel semua, kitorang gerak pergi stadium kuching. tau tak ape yang ade kat sana?? ade jomheboh ouh!! excited giler lah. haha!! saje nak tengok macam mane jomheboh kat sarawak nie jer. tujuan utama kitorang adalah makan buffet kat plaza sarawak. part tu memang masyuk giler lah. makan sampai kenyang!! mase keluar dari kedai tu, memang bloated giler lah. nasib baeklah boleh berjalan lagi. kalau tak, tidur kat situ lah jawabnyer. kitorang gerak balik dalam pukul 5 lebih.

malam tu pulak kitorang pergi majlis sambutan hari raye dekat kampus barat. agak grand lah jugak aku tengok. tapi kitorang bukan pergi nak makan pon. sebab makanan petang tadi pon belom habis hadam lagi. kalau makan jugak, memang nak suruh obes lah jawabnyer. aku pakai baju melayu hijau. kebetulan, same dengan budak-budak tu. memang masyuk lah aku kene bahan. tambah-tambah lagi dengan budak yang aku rapat tu. haishh, redha je lah. aku tak makan sangat pon kat situ. makan dessert dengan buah je sikit.  kenyang lagi ouh makan petang tadi. kebetulan ade budak datang naek motor. ape lagi, pinjam moto buat trip lah antar budak. last sekali, aku balik last dengan wan. sementara menunggu, lepak lah kejap dan sempat lah amik gambar sikit. mase tu, aku harap sangat malam tu bukan malam last aku boleh lepak macam tu lagi.



wiyah.wan.farah


farah.aku.nan.wiyah


kontinjen asasi

hari isnin kelas macam biase. cume petang tu jer tibe-tibe dapat kol ade orang ajak keluar. aku follow je lah. bukan rugi ape pon kan. sebenarnyer aku cuak nak drive malam je. sebab malam je, aku mesti cari line putih nak buat guide. haha!! so, hati-hati dengan aku bile aku memandu di waktu malam kayh. lepas balik tu, aku pergi cari am. lepak dekat cais jap. pastu bile aku rase down, aku keluar duduk kat luar. nampak budak nie chow dari cais ramai-ramai. aku ingat nak balik lewat dari cais tu. tapi ade yang datang nasihat aku suruh balik cepat dan jumpe budak-budak nie. aku ikut cakap diorang tu. aku balik dan lepak kat tangga. ade berita yang tak best. topek kene chow dalam mase 2 3 hari nie jugak. memang malam tu rase tak best lah. masing-masing tido lewat. lepak sane, lepak sini, asap sane, asap sini dan tak ketinggalan pes. haha!! aku tido lewat lah jugak malam tu. mase tu aku tengah fikir kan lagi keputusan aku. hope aku wat keputusan yang betul!!


p/s : tolonglah stop tanye soalan nonsense plizz!! betul tak *tah??

Questionaire =)

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: Nescafe Ice..Masyuk~
2. Last phone call: AMSYAR
3. Last text message: NAN HAILMY
4. Song stuck in your head: cerita semasa kecil..
5. Last time you cried: last night..


HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: i think yes..
7. Been cheated on: i hope i can say no
8. Kissed someone and regretted it: definitely no!!
9. Lost someone special: yes, but i can accept it now..
10. Been depressed: jarang lah..
11. drunk and threw up:haha..


LIST TWO FAVORITE COLOURS:
12. black
13. blue


THIS YEAR HAVE YOU: (2010)
14. Made a new friend: uncountable!!
15. Fallen in love: perhaps,  >_<
16. Laughed until you cried: i think no.. 
17. Met someone who changed you: absolutely!
18. Found out who your true friends were: yes!!
19. Found out someone was talking about you: yes,maybe..
20. Kissed anyone on your friend's list accidentally: never!! 
21. How many people on your friends list do you know in real life: i can't remember all of them..
22. How many kids do you want to have: not thinking about it now yet
23. Do you have any pets: yes..
24. Do you wanna change your name: no, but if nickname i don't mind
25. What did you do for your last birthday: celebrating it with frenz
26. What time did you wake up today: 6.45 a.m
27. What were you doing at midnight last night: hanging with rukun ' tetangga'
28. Name something you CANNOT wait for: result!!
29. Last time you saw your Mother: about a week ago..
30. What is one thing you wish you could change about your life: a lot of changes needed..
32. What are you listening to right now: kerna ku sayang kamu - dygta
33. Have you ever talked to a person named Tom: no..
34. What's getting on your nerves right now: calling the sd..
35. Most visited webpage: travian of course!!n also my blog..
36. What's your real name: tengok lah kat profile tu~
37. What's your nickname: kecik n toy..
38. Relationship Status: no komen~
39. Zodiac sign: Leo
40. Male or female: male
41. Elementary school: tadika kemas desa juara
42. Middle school: sk lktp tementi
43. High school/college: sultan alam shah
44. Hair colour: of course black..
45. Long or short: short..
46. Height: dah lame tak ukur..
47. Do you have a crush on someone: ade lah jugak
48: What do you like about yourself: everything..
49. Piercings : nope!!
50. Tattoos: mane boleh..
51. Righty or lefty: righty..


FIRSTS:
52. First surgery: never..
53. First piercing: never..
54. First best friend: ayie n he is gone forever~
55. First sport you joined in: merentas desa..
56. First vacation: tak ingat lah..
58. First pair of trainers: huh!?
59. Eating: entah lah..
60. Drinking: susu ibu
61. I'm about to: ??
62. Listening to: kalimah suci..
63. Waiting for: don't have idea..

YOUR FUTURE :
64. Want kids: of course!
65. Get Married: tak tau nak cakap..
66.Career: still blurr with this..

WHICH IS BETTER:
67. Lips or eyes: eyes is more beautiful..
68. Hugs or kisses: hug..
69. Shorter or taller: tak kisah!
70. Older or Younger: juga tak kisah..
71. Romantic or spontaneous: dua-dua lah!!
72. Nice stomach or nice arms: both have to look nice..
73. Sensitive or loud: average..
74. Hook-up or relationship: urmmm, tah lah..
75. Trouble maker or hesitant: both!!!


HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: no!!never!!
77. Drank hard liquor: disgusting!!
78. Lost your glasses/ contact: yes, lost as a souvenier..
79. Sex on first date: totally no!!
80. Broken someone's heart: aku budak jahat..
81. flirted with a hot girl : no idea..
82. Been arrested: yes!!
83. Turned someone down: yes!!
84. Cried when someone died: or course
85. Fallen for a friend: maybe..

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: of course!!
87. Miracles: sometimes..
88. Love at first sight: not so sure..
89. Heaven: definitely!!
90. Santa Claus: nonsense!!
91. Kiss on the first date: no!!
92. Angels: if it's malaikat, then yes!


ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: NO!!
95. Did you sing today: i sing everyday :)
96. Ever cheated on somebody: yes..
97. If you could go back in time, how far would you go: berada di sisi ayie..
98. If you could pick a day from last year and relive it, what could it be? : i don't think so..hidup mesti di teruskan..
99. Are you afraid of falling in love: yes!
100. Have you ever got sexually aroused before?? : noooooo!!

siap pon..takde keje namenyer nie..







such a bad day

hari nie hari sabtu pertama aku dekat sarawak sejak aku balik dari semenanjung ari tu. makne nyer cukuplah seminggu aku duduk dekat sini. tercapai jugak hasrat aku. tapi mari kite pergi sekejap ke malam sebelumnyer kayh. malam yang penuh dengan kesunyian dan kehambaran. mule-mule aku pergi jalan-jalan dengan tengku. tapi tetap rase boring jugak. dah lame lepas tu, ayap dengan zuhri ajak aku pergi buat kecoh dekat cais.

sampai-sampai dekat cais, tengok tak ramai orang. tak best lah nak buat kecoh. tak jadi lah kecoh betul!! asri dengan naquib pon dah nak balik mase tu. tapi ayap dengan zuhri pergi tahan diorang. dah macam gangster datang kutip hutang pulak aku tengok gaya dua orang tu. tapi gangster lawak lah. haha. buat-buat macam nak soal siasat si asri tu. aku tengok muke die dah cuak dah. maase tu aku teringat waktu sekolah dulu. mase kumpul, mase pukul, mase soal siasat budak dan mase-mase yang sewaktu dengannya. memang syok habeslah zaman persekolahan dulu. rindu ouh!!

dah dekat setengah jam lepak dekat cais tu, kitorang pon gerak lah balik bilik. memang macam suasana nak balik rayer hari tu lah. sunyi lagi sepi. aku lepak dengan zuhri, ayap dan asri kat bilik aku. mule-mule kitorang bukak pes dulu. dah dalam 2 3 game, kitorang stop lah dulu. kitorang bukak cerita step up pulak. dalam setengah jam, aku dengan asri dah lalok dah. tapi asri tumbang dulu lah. lepas asri tumbang, baru aku tumbang. tapi aku tak tau lah si zuhri tido pukul berapa.

aku bangun pagi agak lewat dan hampir-hampir terlepas subuh. naseb baek lah sempat. ade lah yang terlepas subuh. kan?? kan?? kan?? siapa makan gula, dia terasa manisnyer. tapi kalau banyak sangat, boleh kene kencing manis. aku ade kem motivasi pagi tu. aku, ijat, zizan ngan asri pakai baju kemeje. nampak smart sikit. aku panas lah jugak bile fon kitorang kene kutip. aku dah lah tengah tunggu benda yang penting. redha je lah. dalam pukul 2, habis program tu.

aku bukak fon dan tengok ade berita buruk. aku balik-balik bilik, pastu mandi. then, aku chow pergi satu tempat. aku cume bagitau kawan-kawan aku pasal berita dengan mesej jer. sedih giler kot mase tu. tapi ape boleh buat, nasib badan. aku rase macam tak betul lah. sebab aku target aku tak tercapai langsung. something goes wrong somewhere. aku lepak kat tempat tu sampai maghrib. pastu baru balik bilik.

zizan ajak aku pergi makan kat warung. mule-mule aku tak nak pergi, tapi last-last aku pergi jugak. best jugak lah dapat lepak ramai-ramai. aku order air sprite besar. makan pulak nasi goreng kampung. balik-balik aku teringat yang aku minum air gas. konfem dah kene marah malam nanti. ade orang nak jumpe aku kat cais malam nanti. dah balik, aku pergi cais. zuhri risau pasal aku sebab aku kurang senyum. kesian dekat die. aku pergi cais, tapi tak masuk sangat lah aku belajar.

dah lame kay cais, baru aku pergi jumpe orang tu. die stare jer aku. mungkin aku tak macam malam-malam yang sebelum nyer kot. zuhri pulak dok suruh aku senyum jer. bile budak-budak nie chow, aku stay kejap dengan orang yang nak jumpe aku tu. diorang cube buat aku senang hati. keluar lah macam-macam cerita. diorang buat macam-macam kat aku. habis tangan aku jadi mangse kekreatifan diorang. aku dah macam nak kahwin dah pakai-pakai inai nie. dalam pukul satu setengah baru kitorang gerak balik. thankz to nan, farrah, wiyah, muni dan nadiah. gelak jugak aku malam nie. last but not least, tq for the note. lega sikit bile dengar kau ok. thank you sangat-sangat kayh..



kanan


kiri


p/s : aku tak ready lagi!!