121208

tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. sape-sape yang lahir pada tarikh nie mesti lah die ingat tarikh nie. dan tarikh nie amat bermakna pada diorang. tapi bagi aku, tarikh nie bukan tentang hari jadi aku. hari jadi aku dah lame lepas. tunggu tahun depan lah kalau nak bagi hadiah hari jadi pon. ingat, 120892 ialah tarikh lahir aku. okay, kembali ke cerita 121208. tarikh nie merupakan tarikh di mana aku hilang kawan baik aku buat selama-lamanya. bile sebut kawan, dah tentu bukan ahli keluarga kan. tapi bagi aku, die dah macam seorang abang. banyak benda yang kitorang buat sama-sama. tapi tuhan lebih sayangkan dia.

dia kene kanser otak. die rahsiakan benda tu lame giler. bile dia dah kat tahap kritikal, baru aku tau die ade penyakit tu. mase aku tau tu, memang aku marah giler. aku tak paham kenapa die nak berahsia dengan aku. die sendiri pernah cakap die dah anggap aku macam adik die. die memang takde adik sebab die anak tunggal. tapi die lagi matang aku dan tak manja. dalam hal nie, memang kitorang agak kontra.

aku ingat lagi seminggu sebelum die pergi. die saje cari pasal dan sakitkan hati aku. aku memang terasa hati. tapi aku tak faham nape die macam tu. sebab aku tau die bukan jenis yang akan buat macam tu. aku merajuk sehari dengan die. bile aku pergi jumpe die lepas tu, die cube cari pasal lagi. aku tengok mak die nangis. aku tak paham situasi mase tu. tapi kali nie aku tahan dan aku melawan. aku dah tak tahan, aku menjerit terus kat die. bile aku dah puas jerit, aku peluk die. aku mintak maaf dan cakap tak berniat nak buat sampai macam tu.

saat tu, aku tau air mata die menitik. die bagitau kenapa die buat macam tu. die nak suruh aku benci die. sebab die tak nak aku sedih bile die tinggalkan aku nanti. ya Allah, kenapa die boleh fikir pasal aku lagi di saat-saat macam nie. die cakap die tau aku tak boleh jaga diri sendiri dan suke bertindak ikut suke aku. memang betul, tapi die tak perlu nak risau. bile die cakap macam tu, aku memang dah tak boleh nak tahan dah. aku ketepikan rasa malu aku, aku nangis puas-puas. aku dah tak peduli orang nak tengok ke nak kata ape ke. kalau boleh, aku nak peluk die setiap hari. dan aku berjaya buat macam tu. tapi hanya bertahan untuk beberapa hari je. aku sedih tapi tetap bersyukur. aku ade mase die pergi buat selama-lamanya. sangat menyakitkan tapi aku perlu merelakannya. setiap yang hidup, akan pergi. aku juga tidak terkecuali. cuma masa yang akan menentukan bila ianya akan terjadi. 










1 comment:

  1. Al-fatihah buat arwah.. sbar bnyk2..
    kmu sorg yg kuat!!

    ReplyDelete