dah lebih 48 jam dah nie nie. ape yang jadi aku pon tak tau. *sighh. harap-harap lah tak ade ape-ape yang serius. berdebar-debar giler rase. wahai telefon, berderinglah engkau segera. bawakanlah khabaran baik buat aku. nampak macam aku dah tak waras kan. mungkin lah jugak.
KHAMIS
21102010
paparan jam di skrin komputer riba menunjukkan jam 9.00 malam. shiall!! aku terlupa final exam makin dekat. aku terus capai beg dan sweater aku dan terus bergerak menuju ke cais. memang kat cais je lah tempat yang aku senang nak study. kalau kat bilik, syahid lah jawabnyer. banyak sangat dugaan kalau kat bilik nie. dengan panggilan katil nyer, laptop nyer dan yang sewaktu dengannyer.so, cais senang sikit nak study.
malam tu cais ramai orang sikit dari malam-malam sebelumnyer. mungkin bahang final exam makin kuat aku rase. kat cais, tak tau boleh tanye orang. kalau kat bilik, tak tau terus aku tutup buku. macam tu lah permainan nyer. macam biase, aku akan duduk dengan nan. aku tau mulut orang tak boleh tutup. biarlah orang nak fikir ape pon. yang penting, kitorang tau perkara yang sebenarnyer. lagipun dah banyak kali aku cakap yang mulut manusia nie susah nak tutup. sebab aku pon salah seorang yang kuat celoteh. tambah-tambah lagi bab membahan orang. sampai kene cop 'devil' kat asasi nie. study macam biase sampai pukul 12. lepas tu balik lah bilik.
JUMAAT
22102010
bangon lambat. tapi tu lepas aku sambung tidur lepas subuh lah. tak ade ape-ape yang menarik pada waktu pagi. aku cume bukak handout kimia dan bace sikit-sikit. puas ouh!! tak tau nak buat ape lagi. nak online rase malas. so aku buat-buat lah rajin bace kimia. persediaan untuk final exam lah tu.
petang tu ade taklimat periksa oleh pppu. nak tak nak kene pergi lah jugak. dah lah borang clearance asrama kene ambik petang tu jugak. kalau lambat, kene pergi hep lagilah jawabnyer. buang duit jer!! baek gune untuk makan, lagi masyuk. mase taklimat tu ade pulak yang buat 'hot scene'. aku selaku pengumpul bukti atau nama laen jurnalis untuk 'bahan-membahan asasi unimas' buatlah kerja aku. kumpul kan bukti yang secukupnyer. tu kalau kantoi, malu beb. tutup muke mintak keluar asasi lah aku rase. so, beware of me kayh!! tak lupe juge dengan geng-geng aku. kami adalah observer yang cekap dan amat terlatih serta diakui.
balik dari taklimat, nak pergi pejabat seroja pulak. nak amik borang yang aku cakap tadi lah. singgah blok jap sebab ade yang nak ambik kad matrik. haaa, ni satu lagi hal. tak pakai kad matrik pon kene denda. ade masuk surau@masjid kene pakai tanda pengenalan?? aku usya-usya lah kat papan kenyataan. perghh, rase menyirap jer. aku nampak notis pasal taklimat tu maen selit-selit jer kat celah cermin. sah baru letak jer tu. nasib baek ade yang sampaikan gune facebook ngan lisan. nak harap kertas notis tu, kirim salam lah wahai taklimat oi. aku dengan rase bengang nyer, ambik kertas tu dan letak kat lantai. kemudian, bermulalah proses meng'aqiqah' kertas notis tersebut sehingga lunyai dan bercerai-berai.
follow je la..
ReplyDeleteno hal..