Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.
aku dah di tagged oleh beberapa orang. jadi aku terpanggil untuk buat sekali benda nie. ape pon, korang bace je lah rapuan aku yang sememangnyer cukup merapu. kalau korang mampu bace sampai habis, tahniah yer. aku nak tulis dalam bahase melayu je lah sebab english aku macam shiall jer aku rase. berterabur kot. haha
*point aku tak susun dan berterabur. nak bace,bace. kalau tak nak, jangan nak banyak bunyi!!
1)nama yang parent aku bagi cukup ringkas dan simple. just 'IRFAN'. ringkas kan?? hanya nama aku dan angah aku yang takde tambah ape-ape macam nur ke, muhammad ke atau yang sewaktu dengannyer.
2)nickname aku cukup banyak dan selalu bertukar-tukar di setiap tempat. tapi bile dah lame kat certain tempat tu, nickname aku akan jadi fixed. antara nickname yang aku ade : kecik,toy,yol. dan yang sekarang adalah toy dan cik. so, korang boleh panggil dengan name tu kayh.
3)tarikh lahir aku 12 ogos 1992. aku dah lupe pukul berape aku lahir. nanti aku check surat beranak aku. yang penting, aku selamat lahir. thankz to my beloved mum. luv u so much!! pasal hari jadi nie aku tak nak komen banyak. mase kat sas, macam-macam aku dah kena mase hari jadi aku. teruk3~ tapi tu lah saat paling indah. aku rindu sangat saat tu.
4)aku adalah anak sulung dari tujuh adik beradik. ramai kan adik aku. aku ade 2 adik laki dan 4 adik perempuan. rumah aku tak pernah senyap dengan suare diorang. diorang lah yang memeriahkan kehidupan aku. dan yang bongsu sangat rapat dengan aku. rapat-rapat pon makan kaki aku jugak tiap-tiap hari. gurau-gurau manje lah katekan. haha!! :p
5)aku seorang yang tak tetap pendirian. kalau aku dah buat keputusan, aku akan boleh tukar keputusan tu secara tiba-tiba. aku cube jadi seorang yang tetap pendirian, tapi tak pernah berjaya sampai sekarang. mungkin nie lah sifat negatif aku.
6) aku start mengeja umur 3 tahun. perkataan popular aku ialah lipan walaupun ejaan nyer bukan lipan. care aku ejan lipan ialah l.i.li.p.a.n.pan,lipas!! aku tak tau kenapa eja pakai n, tapi keluar s.
7)aku seorang yang sangat susah nak shopping. nak beli barang keperluan pon susah giler. tapi watch out bile aku dah rase nak shopping. memang semua benda aku rase nak beli.
8)seorang yang aktif dalam bidang sukan. tapi aku tak power dalam satu-satu sukan tu. dan aku maen untuk kepuasan diri aku sendiri jer. aku dengan riadah sangat susah untuk dipisahkan. rase tak puas ouh sehari tak riadah.
9)mempunyai masalah penglihatan tahap rendah. tahap rendah okay. tak kritikal pon dan tak sampai bawa ke maut pon. so, jangan risau bersama aku. penyakit nie takkan berjangkit kat korang. tapi aku tak nak pakai spek atau pun lens.
10)kalau aku memandu di waktu malam, lampu kereta kat depan dengan garisan putih adalah panduan aku. nie semua sebab masalah kat atas lah. ramai yang risau bile aku bawak kereta waktu malam. haha!!
11)sangat malas belajar tak kire subjek ape pon. kat kelas aku tak pernah lagi bagi perhatian 100% mase pembelajaran. konfem ade tidur. tak pun maen-maen dengan budak laen. otak aku tak bagi semua benda masuk mase pembelajaran. yelah, kalau dah tau semua, tak nak study pulak nanti.
12)aku sekarang dalam asasi unimas. aku akan habiskan asasi aku kat unimas tak kire ape pon jadi. ape nak jadi, jadi lah!! aku dah sayang giler kat unimas.
13)dalam sejarah hidup aku, tak pernah lagi kene 'mark' sebab 'SONGKOK'. tapi tu lah unik asasi unimas tu. takde songkok, kene mark. haaa, macam tu sekali permainan die. sebab tu aku sayang sangat kat unimas. lagi-lagi kat hamba itu.
14)aku cepat meletup bile ade benda yang aku tak suke terjadi, sengaja dijadikan atau ape-ape lah asalkan benda tu jadi. dan aku akan tarik muke serta mengeluarkan sumpah seranah yang tidak enak didengar apatah lagi ditelan.
15)mempunyai tahap humor yang hampir ke tahap infinity. zizan adalah orang yang selalu bagi point untuk aku gelak giler-giler punyer. die selalu buat aku tersenyum. kau memang terbaik!! sory lah pasal ramah-tamah tu kayh. kahkahkah!!
16)seorang yang degil. dan amat suke menjawab bile di tegur atau dengan name sopan sikit, melawan. sopanlah sikit kan macam tu. haha!! sape yang tak kuat iman, mesti cepat bengang, fed up dan yang sewaktu dengannyer ngan aku.
17)aku suke makanan yang pedas. walaupun orang kelantan selalunyer dikatekan sinonim dengan kemanisan, tapi aku tidak sama sekali. aku amat menyukai kepedasan. lagi pedas, lagi masyuk!! kat sarawak, tempat yang best untuk makanan pedas nie ialah Planet Sambal. sila lah pergi yea..
18)suke tengok perempuan yang pakai tudung simple. nampak sweet giler. tapi tak bermaksud aku benci yang pakai shawl kayh. tudung biase memang tudung paling lawa lah!! haha.. sebab tu aku suke tengok die.
19)tahap keinginan untuk mencube benda-benda yang tak sepatutnyer makin tinggi sekarang. dan aku amat risau pasal benda nie. risau takut tak dapat kawal diri. kalau boleh, aku tak nak terjebak langsung dalam benda tu. tapi paham-paham je lah jiwe remaja. lelaki pulak tu. iman aku pon bukan kuat sangat. rapuh macam plywood je.
20)aku sayang semua kawan-kawan aku. tak kire lah laki ke perempuan. aku sayang jugak geng-geng aku. gb5, geng tangga dan geng sumbax. haha!! aku tak boleh hidup tanpa korang.
21)aku takde awek. tapi aku rapat dengan seorang budak kat asasi nie. dan semua orang cakap kitorang ade pape. it's not more than a friend. sampai ade yang tanye bile nak propose die. ngeng betul!! name budak tu nur hanani hailmy.
22)member lepak aku kat bilik selalunyer zizan, zuhri dan geng-geng tangga. rase rilek jer dengan diorang. yang paling penting, gelak tawa yang non-stop. memang kene dengan perangai aku lah kan. haha!!
23)sangat merindui ayie. die lah yang banyak bagi inspirasi kat aku. dia dah macam abang aku walaupun umur kitorang same. tapi tuhan lebih sayangkan die, so aku kene redha. aku sayang die sangat-sangat. ayie, hasrat kau tak kesampaian. tapi jangan risau kayh.
24)aku tak pasti ape cita-cita aku. tapi sekarang lebih ke arah chemical engineer. baru adventure sikit kan. haha. boleh ke?? aku dah lah malas belajar. tapi takpe, aku nak fikir positif. bagus kan aku nie. haha!!
25)aku keletihan dari segi mental dan fizikal!! perah otak beb. haha!! siap jugak akhirnyer. bacelah korang sampai lebam.
siap dah. sape-sape yang nak tau sangat pasal kau, bace lah. tapi tak banyak info pon. aku merapu je lebih. padan muke korang penat bace rapuan bodoh aku nie. haha!!
No comments:
Post a Comment