kombo!!

tau tak hari nie 5 haribulan september. giler weyh, pukul 6.30 nanti aku naik flight balik semenanjung ouh. dah 3 bulan lebih aku tak balik semenanjung ouh. minggu ni ajer dah 2 kali aku pergi airport. tak campur sekali yang hari nie lagi tu. korang bace lah sampai lebam.


JUMAAT
03092010

aku keluar dengan kawan-kawan aku. tujuan utama nak hantar naquib kat airport. tapi keluar awal lah. lepas solat jumaat, kitorang gerak pergi satok. memborong di sane dulu. ade lah dalam sejam kat sane. lepas dah puas memborong kat satok, kitorang gerak pergi petrajaya. budak-budak nie nak cari kek lapis. memang borong tak ingat dunie lah diorang. aku dengan zizan kongsi. beli sekotak jer. kimi bantai berape belas entah. die nak bawak balik kat orang. bonet kereta penuh dengan kek lapis je lah. macam nak buat stok sebulan hah kitorang semua borong.

lepas dah setel kat petrajaya, kitorang gerak pergi airport. mase tu kitorang tengok naquib dah macam lain. tengok, kuat nyer friendship kitorang walaupon baru jer 3 bulan kat sini. kitorang terpakse drop jer naquib sebab nak cepat. nak kene balik unimas balik sebab nak antar wan ahaha pulak. sampai-sampai kolej, wan terus rushing kemas-kemas barang pastu siap-siap nak pergi airport. kimi bawak kereta macam hari esok dah takde. semua gara-gara takot tak sempat. padahal sempat jer. banyak mase lagi. kitorang lepak McD ramai-ramai sebelum pergi check-in. memang McD tu kitorang punyer lah.bising giler kat situ. suare kitorang lah yang paling kuat. gelak macam ape entah. sempat lagi bahan-bahan orang. haha. lepas tu pergi check-in. memang panjang nak mampos line, mau tercabut lutut budak-budak nie beratur lame-lame.

dalam pukul 9, aku, kimi ngan zizan chow dari airport. kitorang lepak the spring sebelum balik kolej.sampai kolej dalam pukul sebelas lebih. aku pergi kafe dulu sebab nan cakap die nak bagitau something. curious giler nak tau. lepak-lepak jap, pastu zizan datang sebab nak bagii big apple kat kawan die. lepas tu, nan bagitau r ape yang die cakap tu. memang memeranjatkan giler lah. tak sangke aku. haha. dah lame lepak, aku chow balik blok aku. aku bersihkan diri pastu download lagu raye. tau-tau aku tertido depan laptop. letih sangat kot.

SABTU
04092010

aku keluar lagi. tapi kali nie 2 kereta. 1 kereta budak perempuan bawak. macam sardin lah jugak aku tengok kereta diorang. mule-mule nak stick je 2 2 kereta. tapi bile diorang dah hilang, diorang decide diorang nak pergi waterfront jer. kitorang pergi petrajaya sebab ade lagi yang nak beli kek lapis. kejap je kat situ. lepas dah habis beli-beli semua, kitorang gerak pergi waterfront. masuk parkson cari budak-budak perempuan. sebab ade barang yang dok dalam bonet kereta yang diorang bawak tu. lepas habis shopping, kitorang gerak pergi airport. tunggu sumer masuk, baru kitorang chow. lupe nak bagitau, yang naek flight ialah fakrul ngan kimi.

lepas chow dari airport, kitorang gerak pergi boulevard. sebab budak-budak perempuan nak shopping. start dari airport, kitorang pecah-pecah. nak bagi lengang sikit kereta. sian lah budak-budak perempuan kene sumbat 6 org dalam 1 kereta. budak laki ade aku, tengku ngan zizan je. nampak macam tak adil sangat lah kan. kitorang pecah 4 5. tengku dengan aku drive. siot nyer tengku, die bawak lari zizan dengan die, aku lah jadi mangse kene duduk sorang. yang perempuan pulak setting baik punyer. saje je nak nyakat aku. di baginyer die dok sebelah aku. memang segan lah aku.

penunjuk arah memang macam ape entah. pening aku di buatnyer. dok maen 'sini!!sini!!'. macam lah ade signboard tulis 'sini'. alhamdulillah sampai jugak boulevard. yang paling unik pasal boulevard nie ialah surau die. terletak dalam taman permainan, memang pelik giler lah. kitorang memang takde benda nak beli pon. jadi lepak je lah. memang kitorang 3 susah nak shopping. memang sekepala lah. tapi laen pulak dengan budak-budak perempuan. shopping tak ingat dunia. memang sakan giler. kaye betol lah diorang semua. kitorang 3 turun tunggu kat foodcourt je lah. ade lah dalam sejam lebih tunggu diorang kat bawah tu. aku dengan zizan siap boleh tido lagi. nak tunjukkan berape lamenyer diorang tu shopping. nasib baik muni dah tolong bookingkan tempat kat planet sambal 2. takde lah rushing sangat.

lepas habis kat boulevard, kitorang terus gerak pergi planet sambal. aku dapat mesej cakap ade lah dalam 19 orang kat situ. dalam otak aku, konfem planet sambal tu jadi milik kitorang lah. lepas cari parking semua, kitorang masuk planet sambal. ambik-ambik makanan, pastu naek atas. seperti yang aku jangka, memang bising nak mampos lah. dah macam property asasi dah aku tengok. siap maen ambik-ambik gambar lagi. banyak pulak tu. lepas dah kenyang, pergi McD pulak. tapi nak cari dessert je r. kitorang bedal mcflurry oreo. masyuk beb. dan sekali lagi kitorang jadi tugu. diorang berpecah dan per shopping lagi sekali. dalam pukul 9.40 baru gerak balik.

penat tu memang lah penat. tapi puas hati giler lah. bukan selalu dapat keluar macam nie. selalunyer all boyz jer. kali nie laen sikit lah. memang tak senyap lah kereta. thank to the nan, farrah, wiyah, chekah, mira dan ita. korang memang bez lah. *thumbs up. haha..

note : aku takde pape lah dengan nan..

2 comments:

  1. ko ade sunting ngn nan. jgn nk tpu.
    kalo bukan ngn nan pn, ngn pa.........hhahaha!

    ReplyDelete
  2. hekeleh.....bru ak perasaan p/s ko....haha
    poyo ja....kahkahkahkah..
    wlupon dh lma dh mnde tuh berlalu...tp ble igt balik..thanks korunk!korunk pon besh ap....hahaha....

    ReplyDelete