dah nak cuti~

waaaaa....dah hampir dua minggu aku cuti blogging. maklumlah, kat rumah susah nak online. sekarang aku nak cerite benda yang dah berlaku. bace elok-elok, DAH BERLAKU paham. dan dah lame berlaku. kire nie macam imbas kembali lah kononnyer. haha..

kite start dari hari jumaat seminggu sebelum rayer. hari tu last kelas aku sebelum break cuti rayer. awal-awal lagi naquib dah sewa kereta sebab die naek flight malam tu, dalam pukul 7. sebelum tu, kitorang jalan-jalan dulu kat satok. wan cari songkok sarawak die. yang laen-laen nak pergi bank. aq ikot wan. mahal jugak songkok kat sarawak nie. maybe berkualiti kot. yang penting puas hati kan. lepas lepak dalam sejam kat situ,kitorang pon chow pergi dayang salhah. pergi cari kek lapis. lame jugak lah kak situ. sampai asar lah jugak. yang aku ingat, kitorang kelam kabut sebab takot tak sempat nak antar naquib. kang tak balik pulak member aku yang sorang nie. nasib baek lah sempat. kitorang sampai airport dalam pukul 5 lebih pastu drop je die kat airport.

kitorang sebenarnyer ade satu trip lagi. budak-budak yang balik pukul 10 lah lebih kurang. ade due kereta. kalau sebuah jer, konfem lah tak muat. sebab 6 orang nak kene angkut. kerete yang aku naik gerak lewat, so buke puase dalam kereta je lah. bedal slurpee, kuih-miuh sikit ngan kek lapis yang disponsor oleh am. memang macam musafir habis dah aku rase. feeling giler beb!! sampai airport, cari toilet ngan surau. lepas dah setel-setel semua, barulah kitorang pergi McD. kitorang buat macam McD bapak kitorang mase tu. memang suare kitoranglah yang paling kuat kat situ. peduli ape, yang penting kitorang epi. lepas dah check-in semua, kitorang pon chow dari airport ke the spring. yang tinggal aku, zizan dengan kimi jer.

tunggu lah sambungan die..

1 comment: