Questionaire =)

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: Nescafe Ice..Masyuk~
2. Last phone call: AMSYAR
3. Last text message: NAN HAILMY
4. Song stuck in your head: cerita semasa kecil..
5. Last time you cried: last night..


HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: i think yes..
7. Been cheated on: i hope i can say no
8. Kissed someone and regretted it: definitely no!!
9. Lost someone special: yes, but i can accept it now..
10. Been depressed: jarang lah..
11. drunk and threw up:haha..


LIST TWO FAVORITE COLOURS:
12. black
13. blue


THIS YEAR HAVE YOU: (2010)
14. Made a new friend: uncountable!!
15. Fallen in love: perhaps,  >_<
16. Laughed until you cried: i think no.. 
17. Met someone who changed you: absolutely!
18. Found out who your true friends were: yes!!
19. Found out someone was talking about you: yes,maybe..
20. Kissed anyone on your friend's list accidentally: never!! 
21. How many people on your friends list do you know in real life: i can't remember all of them..
22. How many kids do you want to have: not thinking about it now yet
23. Do you have any pets: yes..
24. Do you wanna change your name: no, but if nickname i don't mind
25. What did you do for your last birthday: celebrating it with frenz
26. What time did you wake up today: 6.45 a.m
27. What were you doing at midnight last night: hanging with rukun ' tetangga'
28. Name something you CANNOT wait for: result!!
29. Last time you saw your Mother: about a week ago..
30. What is one thing you wish you could change about your life: a lot of changes needed..
32. What are you listening to right now: kerna ku sayang kamu - dygta
33. Have you ever talked to a person named Tom: no..
34. What's getting on your nerves right now: calling the sd..
35. Most visited webpage: travian of course!!n also my blog..
36. What's your real name: tengok lah kat profile tu~
37. What's your nickname: kecik n toy..
38. Relationship Status: no komen~
39. Zodiac sign: Leo
40. Male or female: male
41. Elementary school: tadika kemas desa juara
42. Middle school: sk lktp tementi
43. High school/college: sultan alam shah
44. Hair colour: of course black..
45. Long or short: short..
46. Height: dah lame tak ukur..
47. Do you have a crush on someone: ade lah jugak
48: What do you like about yourself: everything..
49. Piercings : nope!!
50. Tattoos: mane boleh..
51. Righty or lefty: righty..


FIRSTS:
52. First surgery: never..
53. First piercing: never..
54. First best friend: ayie n he is gone forever~
55. First sport you joined in: merentas desa..
56. First vacation: tak ingat lah..
58. First pair of trainers: huh!?
59. Eating: entah lah..
60. Drinking: susu ibu
61. I'm about to: ??
62. Listening to: kalimah suci..
63. Waiting for: don't have idea..

YOUR FUTURE :
64. Want kids: of course!
65. Get Married: tak tau nak cakap..
66.Career: still blurr with this..

WHICH IS BETTER:
67. Lips or eyes: eyes is more beautiful..
68. Hugs or kisses: hug..
69. Shorter or taller: tak kisah!
70. Older or Younger: juga tak kisah..
71. Romantic or spontaneous: dua-dua lah!!
72. Nice stomach or nice arms: both have to look nice..
73. Sensitive or loud: average..
74. Hook-up or relationship: urmmm, tah lah..
75. Trouble maker or hesitant: both!!!


HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: no!!never!!
77. Drank hard liquor: disgusting!!
78. Lost your glasses/ contact: yes, lost as a souvenier..
79. Sex on first date: totally no!!
80. Broken someone's heart: aku budak jahat..
81. flirted with a hot girl : no idea..
82. Been arrested: yes!!
83. Turned someone down: yes!!
84. Cried when someone died: or course
85. Fallen for a friend: maybe..

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: of course!!
87. Miracles: sometimes..
88. Love at first sight: not so sure..
89. Heaven: definitely!!
90. Santa Claus: nonsense!!
91. Kiss on the first date: no!!
92. Angels: if it's malaikat, then yes!


ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: NO!!
95. Did you sing today: i sing everyday :)
96. Ever cheated on somebody: yes..
97. If you could go back in time, how far would you go: berada di sisi ayie..
98. If you could pick a day from last year and relive it, what could it be? : i don't think so..hidup mesti di teruskan..
99. Are you afraid of falling in love: yes!
100. Have you ever got sexually aroused before?? : noooooo!!

siap pon..takde keje namenyer nie..







such a bad day

hari nie hari sabtu pertama aku dekat sarawak sejak aku balik dari semenanjung ari tu. makne nyer cukuplah seminggu aku duduk dekat sini. tercapai jugak hasrat aku. tapi mari kite pergi sekejap ke malam sebelumnyer kayh. malam yang penuh dengan kesunyian dan kehambaran. mule-mule aku pergi jalan-jalan dengan tengku. tapi tetap rase boring jugak. dah lame lepas tu, ayap dengan zuhri ajak aku pergi buat kecoh dekat cais.

sampai-sampai dekat cais, tengok tak ramai orang. tak best lah nak buat kecoh. tak jadi lah kecoh betul!! asri dengan naquib pon dah nak balik mase tu. tapi ayap dengan zuhri pergi tahan diorang. dah macam gangster datang kutip hutang pulak aku tengok gaya dua orang tu. tapi gangster lawak lah. haha. buat-buat macam nak soal siasat si asri tu. aku tengok muke die dah cuak dah. maase tu aku teringat waktu sekolah dulu. mase kumpul, mase pukul, mase soal siasat budak dan mase-mase yang sewaktu dengannya. memang syok habeslah zaman persekolahan dulu. rindu ouh!!

dah dekat setengah jam lepak dekat cais tu, kitorang pon gerak lah balik bilik. memang macam suasana nak balik rayer hari tu lah. sunyi lagi sepi. aku lepak dengan zuhri, ayap dan asri kat bilik aku. mule-mule kitorang bukak pes dulu. dah dalam 2 3 game, kitorang stop lah dulu. kitorang bukak cerita step up pulak. dalam setengah jam, aku dengan asri dah lalok dah. tapi asri tumbang dulu lah. lepas asri tumbang, baru aku tumbang. tapi aku tak tau lah si zuhri tido pukul berapa.

aku bangun pagi agak lewat dan hampir-hampir terlepas subuh. naseb baek lah sempat. ade lah yang terlepas subuh. kan?? kan?? kan?? siapa makan gula, dia terasa manisnyer. tapi kalau banyak sangat, boleh kene kencing manis. aku ade kem motivasi pagi tu. aku, ijat, zizan ngan asri pakai baju kemeje. nampak smart sikit. aku panas lah jugak bile fon kitorang kene kutip. aku dah lah tengah tunggu benda yang penting. redha je lah. dalam pukul 2, habis program tu.

aku bukak fon dan tengok ade berita buruk. aku balik-balik bilik, pastu mandi. then, aku chow pergi satu tempat. aku cume bagitau kawan-kawan aku pasal berita dengan mesej jer. sedih giler kot mase tu. tapi ape boleh buat, nasib badan. aku rase macam tak betul lah. sebab aku target aku tak tercapai langsung. something goes wrong somewhere. aku lepak kat tempat tu sampai maghrib. pastu baru balik bilik.

zizan ajak aku pergi makan kat warung. mule-mule aku tak nak pergi, tapi last-last aku pergi jugak. best jugak lah dapat lepak ramai-ramai. aku order air sprite besar. makan pulak nasi goreng kampung. balik-balik aku teringat yang aku minum air gas. konfem dah kene marah malam nanti. ade orang nak jumpe aku kat cais malam nanti. dah balik, aku pergi cais. zuhri risau pasal aku sebab aku kurang senyum. kesian dekat die. aku pergi cais, tapi tak masuk sangat lah aku belajar.

dah lame kay cais, baru aku pergi jumpe orang tu. die stare jer aku. mungkin aku tak macam malam-malam yang sebelum nyer kot. zuhri pulak dok suruh aku senyum jer. bile budak-budak nie chow, aku stay kejap dengan orang yang nak jumpe aku tu. diorang cube buat aku senang hati. keluar lah macam-macam cerita. diorang buat macam-macam kat aku. habis tangan aku jadi mangse kekreatifan diorang. aku dah macam nak kahwin dah pakai-pakai inai nie. dalam pukul satu setengah baru kitorang gerak balik. thankz to nan, farrah, wiyah, muni dan nadiah. gelak jugak aku malam nie. last but not least, tq for the note. lega sikit bile dengar kau ok. thank you sangat-sangat kayh..



kanan


kiri


p/s : aku tak ready lagi!!





mood : tak tau

hari nie tak sebaik dan selancar yang aku sangkakan. benda buruk datang terus-menerus kat aku. tapi ape aku boleh buat. aku cume merancang untuk mendapatkan hari yang baik dan indah jer. tapi ade yang lebih berkuasa untuk melaksanakannnya.mungkin ni balasan untuk dosa-dosa silam aku.

hari aku bermule dengan pagi yang sejuk. sebab hujan, mestilah sejuk kan. takkan lah tibe-tibe boleh panas pulak. mule-mule rase malas jer nak pergi kelas fizik sebab cume sejam jer. tapi, last-last aku pergi jugak. sebab kene tegur plus ugut. bagus jugak aku pergi kelas tadi. belajar takde lah berat sangat. santai jer. kelas fizik habis pukul 9 sebab lecturer ade kelas laen. aku rase dekat bara kot. secara automatiknyer, budak-budak fizik ade dekat sejam setengah waktu rehat. memang hati tu hepi lah.

lepas tu kelas matematik. dan ini merupakan sejarah kelas matematik sebab lecturer masuk lambat 10 minit. selalunyer die akan masuk awal 10 minit. hari nie terbalik pulak. tapi tak kisah lah sebab die pon bukan sengaja. die ade hal penting yang perlu die buat. aku tak berapa selesa waktu pagi tu sebab tekak aku perit giler. nak telan air liur sendiri pon seksa. nasib baiklah tengah hari tu aku dah rase ok sikit.

dah habis kelas matematik, aku dengan yang laen-laen pergi makan  kat kafe seroja. first time aku lucnh dekat kafe lepas hampir sebulan setengah tak lunch kat kafe. start dari bulan puase lah. lepas makan, naek bilik. aku kene tukar baju sebab petang ade debat. cuak jugak aku. aku dah lah tak biase cakap depan orang. mampos aku. memang konfem masak. dekat pukul 2, aku gerak ramai-ramai pergi BSA. sampai-sampai, bilik tak bukak lagi. haishh, panas hati betol aku. tambah pulak bile tau aku kene kursus motivasi ape entah. bangang lah, treat macam budak sekolah pulak!!

aku sesi keempat, so dapat lah rilek dulu. bile tengok budak sesi ketiga debat, rase cuak ouh. tak tau lah kenape. darah gemuruh dah mengalir agaknyer. tapi buat rilek je lah. sampai turn kitorang, buat je lah yang termampu. point yang aku utarakan sama sekali tidak berkaitan dengan diri aku. aku tak buat benda macam tu. bile dah habis debat, kitorang semua gerak pergi ET, ade presentation pasal community service. kumpulan aku tak pergi-pergi lagi. bile lah nak pergi. dan mase tu jugak lah aku dapat tau sesuatu yang memang buat aku tak sedap hati. aku tak jangka benda macam tu boleh berlaku. parah-parah. aku rase bersalah giler.

khas buat si baju putih. aku mintak maaf atas semua benda. aku tau kau dah tau kau tu si baju putih. aku takde niat buruk langsung pasal kau. aku betul-betul mintak maaf. aku tak tau lah kau bace ke tak blog aku. tapi aku rase kau baca kot. aku tak nak berlaku salah faham. aku betul-betul mintak maaf. dan tolonglah jangan fikir yang bukan-bukan. aku memang takde intention buruk pon terhadap kau. tolong paham betul-betul ape yang aku tulis kat post sebelum nie.





* 2@3 days to go!! wish me luck k..

a new life

*tiada kaitan dengan tajuk

hari ketiga aku di unimas setelah dua minggu aku balik ke semenanjung untuk beraya. cuti aku takdelah fun sangat dan takdelah bosan sangat. kire ade mase fun, ade mase bosan. balance lah kan. takkan lah tiap-tiap mase nak fun. boleh giler jadi nyer. aku balik sini hari ahad lepas, 19 september 2010.

aku sampai kolej dalam pukul 12 macam tu lah. aku dah agak yang aku akan kene perli dengan budak-budak nie. redha je lah. tapi aku harap sangat minggu nie bukan minggu last aku kat unimas. jom ramai-ramai doakan aku dapat stay lame kat unimas nie. aku dah syok ouh duduk kat unimas. dah malas nak pindah-pindah lagi. buat serabut kepala otak jer. aku sayang kawan-kawan aku. haha.. pada kawan-kawan aku yang bace nie, sila lah terharu kayh. 

aku makin blur sekarang. sori lah kalau post-post aku macam sampah. aku pon tak tau kenape. mungkin fikiran aku dah melayang jauh entah ke mana. haisssshhhhh, aku pon pening dengan diri aku sendiri. ade sape-sape idea nape aku jadi macam nie? 

dan kat korang-korang yang berkenaan, simpan rahsia elok-elok. yang paling penting, aku tak nak 'dia' tau dia tu 'dia'. aku tak nak benda yang laen pulak jadi.

p/s : tutup cerita!!





part 2

AHAD
05092010


dah dua hari aku hantar orang. so hari nie, aku lah pulak yang dihantar. nie bermakna tiga hari direct muke aku pergi airport. pagi tu aku bangon awal giler kot. lepas tu tak tido balik pulak tu. memang pelik bin ajaib betol. malam sebelumnyer, aku dag blurr dah nak cari transport pergi airport. kalau tak sempat, mau aku beraya kat sarawak je lah jawabnyer. nasib baeklah geng-geng budak perempuan yang keluar dengan kitorang hari sebelumnyer sudi hantar kitorang. thanks a lot kat diorang lah. korang memang best lah. pagi tu tengok zizan chow dengan van. sayu jer aku tengok. haha.

aku gerak dari kolej dalam pukul 2.30 dengan tengku n geng-geng tu. tapi yang sorang tu tak ikot. mungkin ade hal yang tak dapat dielakkan. redha je lah. awal pagi tu pon memadai lah kan. haha. aku sampai airport dalam pukul 3.30 lah lebih kurang. sekali lagi thank you kayh. sayang korang!! agak lame lah jugak aku lepak airport. nasib baek ramai budak asasi yang same flight dengan aku. takde lah aku rase bosan tahap infinity. lepak, online pastu solat. then, check-in ramai-ramai.

dalam kelibat orang ramai, aku nampak si dia yang memakai baju putih. jodoh beb. nak dijadikan cerita pulak, flight kitorang same. haha, ape maknenyer nie?? haha, just kidding. aku lepak dengan ihsan dan beberape budak laen kat mb. dah lame sikit baru pergi dekat pintu nak masuk. aku sempat lah lepak dengan si dia. aku bajet die nie jenis yang pendiam dan kurang bergaul dengan orang. tapi mase aku lepak dengan die, rilek ajer die bantai gelak dengan lawak-lawak bodoh. aku suke tengok die bile die senyum. haha. perhatian, suke tengok die, bukan suke kat die. dah lah flight delay, makanan pulak takde. nasib baek tengku bawak naek burger pastu dapat kurma dari si dia. flight sampai dalam pukul 9 macam tu lah. memang lari timing lah. sampai-sampai, aku terus cari pak cik aku. gerak pergi uptown cari barang-barang untuk rayer. penat giler lah malam tu. sampai rumah dekat pukul 1 jugak lah. tapi tak tau kenape aku kurang feel nak rayer mase tu. mungkin sebab dah besar kot.



pilih lah jalan keluar korang


aku lepak ampang sehari. malam esok nyer, aku naek bas balik ke redland tercinta. rindu ouh kat rumah, bilik, parent dan adik-adik aku. haha. aku tak sedar pon sepanjang perjalanan tu. sedar-sedar, dah nak sampai tempat aku. lagi 4 kali nafas dah sampai. haha. adelah dalam pukul 6.15 aku sampai, so secara automatik nyer aku tak sahur hari tu. sape suruh tak bangun mase stop kat merapoh. salah bas tu lah, aircond macam sial jer. aku dah lah kurang serasi dengan aircond kuat-kuat nie. mau lemah aku. dah lah sampai-sampai, aku sempat rilek kejap jer. pastu gerak pergi rantau panjang teman adik aku pergi cari baju rayer die. adik jer, abang takde ke?? cari sekali lah. dekat dua jam pusing kawasan tu, baru jumpe baju adik aku tu. sape suruh memilih sangat. haha. nasib baek best maen tawar-menawar kat sini. dapat lah murah sikit. kalau tak, mau nipis wallet ayah aku. malangnyer, baju aku pulak yang tak jumpe, redha je lah. haha, sekarang dah nampak macam aku pulak yang memilih.

cukup lah dulu. nanti aku sambung lagi. kene lah saspen sikit, baru masyuk. haha. padahal biase je kan.


p/s : tahniah kepada yang dah succes tu!! sebelum nie dok maen a step toward succes je kan~ kah3..

dah nak cuti~

waaaaa....dah hampir dua minggu aku cuti blogging. maklumlah, kat rumah susah nak online. sekarang aku nak cerite benda yang dah berlaku. bace elok-elok, DAH BERLAKU paham. dan dah lame berlaku. kire nie macam imbas kembali lah kononnyer. haha..

kite start dari hari jumaat seminggu sebelum rayer. hari tu last kelas aku sebelum break cuti rayer. awal-awal lagi naquib dah sewa kereta sebab die naek flight malam tu, dalam pukul 7. sebelum tu, kitorang jalan-jalan dulu kat satok. wan cari songkok sarawak die. yang laen-laen nak pergi bank. aq ikot wan. mahal jugak songkok kat sarawak nie. maybe berkualiti kot. yang penting puas hati kan. lepas lepak dalam sejam kat situ,kitorang pon chow pergi dayang salhah. pergi cari kek lapis. lame jugak lah kak situ. sampai asar lah jugak. yang aku ingat, kitorang kelam kabut sebab takot tak sempat nak antar naquib. kang tak balik pulak member aku yang sorang nie. nasib baek lah sempat. kitorang sampai airport dalam pukul 5 lebih pastu drop je die kat airport.

kitorang sebenarnyer ade satu trip lagi. budak-budak yang balik pukul 10 lah lebih kurang. ade due kereta. kalau sebuah jer, konfem lah tak muat. sebab 6 orang nak kene angkut. kerete yang aku naik gerak lewat, so buke puase dalam kereta je lah. bedal slurpee, kuih-miuh sikit ngan kek lapis yang disponsor oleh am. memang macam musafir habis dah aku rase. feeling giler beb!! sampai airport, cari toilet ngan surau. lepas dah setel-setel semua, barulah kitorang pergi McD. kitorang buat macam McD bapak kitorang mase tu. memang suare kitoranglah yang paling kuat kat situ. peduli ape, yang penting kitorang epi. lepas dah check-in semua, kitorang pon chow dari airport ke the spring. yang tinggal aku, zizan dengan kimi jer.

tunggu lah sambungan die..

kombo!!

tau tak hari nie 5 haribulan september. giler weyh, pukul 6.30 nanti aku naik flight balik semenanjung ouh. dah 3 bulan lebih aku tak balik semenanjung ouh. minggu ni ajer dah 2 kali aku pergi airport. tak campur sekali yang hari nie lagi tu. korang bace lah sampai lebam.


JUMAAT
03092010

aku keluar dengan kawan-kawan aku. tujuan utama nak hantar naquib kat airport. tapi keluar awal lah. lepas solat jumaat, kitorang gerak pergi satok. memborong di sane dulu. ade lah dalam sejam kat sane. lepas dah puas memborong kat satok, kitorang gerak pergi petrajaya. budak-budak nie nak cari kek lapis. memang borong tak ingat dunie lah diorang. aku dengan zizan kongsi. beli sekotak jer. kimi bantai berape belas entah. die nak bawak balik kat orang. bonet kereta penuh dengan kek lapis je lah. macam nak buat stok sebulan hah kitorang semua borong.

lepas dah setel kat petrajaya, kitorang gerak pergi airport. mase tu kitorang tengok naquib dah macam lain. tengok, kuat nyer friendship kitorang walaupon baru jer 3 bulan kat sini. kitorang terpakse drop jer naquib sebab nak cepat. nak kene balik unimas balik sebab nak antar wan ahaha pulak. sampai-sampai kolej, wan terus rushing kemas-kemas barang pastu siap-siap nak pergi airport. kimi bawak kereta macam hari esok dah takde. semua gara-gara takot tak sempat. padahal sempat jer. banyak mase lagi. kitorang lepak McD ramai-ramai sebelum pergi check-in. memang McD tu kitorang punyer lah.bising giler kat situ. suare kitorang lah yang paling kuat. gelak macam ape entah. sempat lagi bahan-bahan orang. haha. lepas tu pergi check-in. memang panjang nak mampos line, mau tercabut lutut budak-budak nie beratur lame-lame.

dalam pukul 9, aku, kimi ngan zizan chow dari airport. kitorang lepak the spring sebelum balik kolej.sampai kolej dalam pukul sebelas lebih. aku pergi kafe dulu sebab nan cakap die nak bagitau something. curious giler nak tau. lepak-lepak jap, pastu zizan datang sebab nak bagii big apple kat kawan die. lepas tu, nan bagitau r ape yang die cakap tu. memang memeranjatkan giler lah. tak sangke aku. haha. dah lame lepak, aku chow balik blok aku. aku bersihkan diri pastu download lagu raye. tau-tau aku tertido depan laptop. letih sangat kot.

SABTU
04092010

aku keluar lagi. tapi kali nie 2 kereta. 1 kereta budak perempuan bawak. macam sardin lah jugak aku tengok kereta diorang. mule-mule nak stick je 2 2 kereta. tapi bile diorang dah hilang, diorang decide diorang nak pergi waterfront jer. kitorang pergi petrajaya sebab ade lagi yang nak beli kek lapis. kejap je kat situ. lepas dah habis beli-beli semua, kitorang gerak pergi waterfront. masuk parkson cari budak-budak perempuan. sebab ade barang yang dok dalam bonet kereta yang diorang bawak tu. lepas habis shopping, kitorang gerak pergi airport. tunggu sumer masuk, baru kitorang chow. lupe nak bagitau, yang naek flight ialah fakrul ngan kimi.

lepas chow dari airport, kitorang gerak pergi boulevard. sebab budak-budak perempuan nak shopping. start dari airport, kitorang pecah-pecah. nak bagi lengang sikit kereta. sian lah budak-budak perempuan kene sumbat 6 org dalam 1 kereta. budak laki ade aku, tengku ngan zizan je. nampak macam tak adil sangat lah kan. kitorang pecah 4 5. tengku dengan aku drive. siot nyer tengku, die bawak lari zizan dengan die, aku lah jadi mangse kene duduk sorang. yang perempuan pulak setting baik punyer. saje je nak nyakat aku. di baginyer die dok sebelah aku. memang segan lah aku.

penunjuk arah memang macam ape entah. pening aku di buatnyer. dok maen 'sini!!sini!!'. macam lah ade signboard tulis 'sini'. alhamdulillah sampai jugak boulevard. yang paling unik pasal boulevard nie ialah surau die. terletak dalam taman permainan, memang pelik giler lah. kitorang memang takde benda nak beli pon. jadi lepak je lah. memang kitorang 3 susah nak shopping. memang sekepala lah. tapi laen pulak dengan budak-budak perempuan. shopping tak ingat dunia. memang sakan giler. kaye betol lah diorang semua. kitorang 3 turun tunggu kat foodcourt je lah. ade lah dalam sejam lebih tunggu diorang kat bawah tu. aku dengan zizan siap boleh tido lagi. nak tunjukkan berape lamenyer diorang tu shopping. nasib baik muni dah tolong bookingkan tempat kat planet sambal 2. takde lah rushing sangat.

lepas habis kat boulevard, kitorang terus gerak pergi planet sambal. aku dapat mesej cakap ade lah dalam 19 orang kat situ. dalam otak aku, konfem planet sambal tu jadi milik kitorang lah. lepas cari parking semua, kitorang masuk planet sambal. ambik-ambik makanan, pastu naek atas. seperti yang aku jangka, memang bising nak mampos lah. dah macam property asasi dah aku tengok. siap maen ambik-ambik gambar lagi. banyak pulak tu. lepas dah kenyang, pergi McD pulak. tapi nak cari dessert je r. kitorang bedal mcflurry oreo. masyuk beb. dan sekali lagi kitorang jadi tugu. diorang berpecah dan per shopping lagi sekali. dalam pukul 9.40 baru gerak balik.

penat tu memang lah penat. tapi puas hati giler lah. bukan selalu dapat keluar macam nie. selalunyer all boyz jer. kali nie laen sikit lah. memang tak senyap lah kereta. thank to the nan, farrah, wiyah, chekah, mira dan ita. korang memang bez lah. *thumbs up. haha..

note : aku takde pape lah dengan nan..

masyuk giler

macam yang aku cakap tadi, kitorang nak buke ramai-ramai kat warung 2000. aku ingat dalam 20 orang jer yang pergi. tapi ade lah dalam suku budak asasi kat situ. memang bising giler lah. aku gerak dengan zizan pergi desa ilmu dulu. konon nak cari benda yang memang kitorang perlukan. tapi apakan daya, nasib tak menyebelahi kitorang. dah habis dah, carilah yang lain. haaaa, kenal tak dialog nie?? kat mane eyk?? cube ingat balik..

lepas settle kat desa ilmu, aku dengan zizan pergi samarahan. mase tu adelah dalam pukul enam lebih-lebih sikit. hasil yang kitorang dapat kat desa ilmu cume benda yang berharga rm 2.80. tapi bukan barang aku ah. orang suruh belikan. sampai-sampai warung 2000, ade dua laki dan dua pompuan jer. yang lain dalam perjalanan lagi kot. dok situ, ngumpat lah sikit orang kesayangan kitorang. budak tu pulak perasan benda tu dalam poket aku. tengok die macam marah jer. cuak jugak aku. nasib baik die nak dengar explaination aku. muke budak tu dah memang macam nak telan aku jer aku tengok. aku pegang pada janji aku lah~




tengah-tengah makan, hujan mula turun dan akhirnyer memang lebat giler lah. tapi makan memang masyuk. zizan belanja sate 20 ringgit ouh. die memang tak berkire dengan kawan-kawan. memang sempoi giler. bantai sate sampai kembong perot. dah abes sumer, nak gerak balik. mule-mule pikir nak redah jer, tapi patah balik pergi cari payung. tapi last-last, redah ujan jugak jawabnyer. ramai-ramai ouh. memang bez giler lah. bukan selalu macam tu. ade jugak gurlz yang follow. kitorang siap boleh maen pas-pas baton lagi gune casing earphone yang zizan baru je beli tadi. dah macam orang tak betol pon ade kitorang tadi. tu lah perangai kitorang yang memang tak reti nak serius. tapi sumpah masyuk giler~



sampai-sampai kolej, kitorang teros pergi mandi. takut demam lah pulak. dah siap-siap sumer, aku layan PES dulu dengan apeng n asri. tapi sumpah aku rase tak larat. rase nak demam weyh!! huhu. tapi lantak je lah, abaikan sudah. aku kan kuat. haha.


note : tak payah lah cari..tak penting pon..





kene lagi

aku ingat dah stop hari isnin lepas jer. tadi lepas kelas ade perjumpaan dengan pihak PPPU. tak lupe juge kepada D dan TD tersayang. satu slide cukup untuk memanaskan hati aku. dah lah hari tu kene screenshot, hari nie kene letak dalam slide show lah pulak. lepas tu ugut-ugut nak bawak perkara tu naek atas. bawak je lah kalau kau rase kau betul. kitorang cume nak tegakkan kebenaran jer. mungkin cara kami agak keterlaluan. tapi bende nie bukan first time jadi. dah banyak kali mesej tak sampai dengan betul. kitorang lah yang jadi mangsa.

aku respek yang sorang lagi sebab die memang dengar ape yang kitorang nak cakapkan. takde lah maen potong macam tu jer. nie baru namenyer demokrasi dan kebebasan bersuara. kurang sikit lah rase panas lepas jumpe dengan die tadi. die pandai lah jugak kawal keadaan. dan die cakap die tak salahkan kitorang. die cakap nak siasat macam mane boleh ade maklumat ' pakai kemeja pon boleh'. aku harap benda nie setel care elok.

yang bez bile aku masuk-masuk ET tadi r. aku cube detect die. sumpah aku suke tengok die senyum ouh. die pakai baju kurung bunge biru tadi. aku harap dapat tengok die tanpa cermin mate die. mesti lagi sweet.
haha~


dahlah, aku nak ready-ready nak keluar buke puase ramai-ramai pulak. esok last lecture before kitorang sumer balik ke kampung halaman. mesti rindu ouh nanti. tapi takpe, due minggu je pon. jom ramai-ramai warung 2000 jom!!

* note : aku sendiri tak pernah cakap dengan budak tu.

hari yang tak best~

ISNIN
30.08.2010

hari nie tak berape bagus bagi aku dan jugak beberapa kawan-kawan aku. nak tau sebab ape?? tunggu dan bacelah sampai habis. takkan nak suruh aku potong-potong pulak. hari nie aku bangun sahur. bangun-bangun tengok ramai jugaklah budak asasi online. sumpah semangat haram diorang. sahur-sahur pon nak maen komen-komen. lantak lah diorang.

hari nie aku ade test 2 matematik. waaaa, cuak giler kot. tapi sebelum tu ade kelas kimia. nasib baik lah aku boleh fokus elok mase belajar. selalunyer aku mesti tido. tapi sebab ade handout, tak rase sangat lah ngantok aku tu. test matematik, cuak seyh. tapi nak tak nak kene lah jugak jawab. markah penuh 52. aku rase ade lah dalam 40 je yang aku dapat. kalau capai target tu, memang syukur lah. ade lah jugak yang aku boleh blank. sape suruh pikir advance sangat. sengal betol aku nie.




dah habis test. mase aku keluar pintu dewan, aku nampak seorang insan yang aku pasti die nak cari geng-geng aku yang dianggarkan sebanyak 40 orang. tu cume anggaran je. jumlah sebenar tidak diketahui. yang aku tau, akan ade lecture yang memang best giler-giler dan akan ade acara menaikkan nama sendiri. aku cari-cari kat mane pem'back up' die yang lebat nak haram tu. maya berani, realiti penakut. bacul seyhh. sejam lebih yang memang panas giler dan keadaan memang begitu tegang. aku dapat rase tiap-tiap orang tahan je marah, bengang, maki hamun dan yang seumpama dengannya. die tak paham situasi yang sebenar, lepas tu maen taram jer. kitorang bukan TAK NAK pakai lah shiall!! ko memang tak paham situasi sebenar. kitorang nak explain, kau potong. mane yang dikatakan kebebasan bersuara dan demokrasi?? ke memang dengan kau, benda tu sumer tak wujud?? macam tu ke?? keluar dewan dengan rase panas dan bengang. rosak mood aku ari tu.

malam tu aku pergi barat dengan zizan, ayap, harith dan wan. memang masyuk jugak lah. first time merasa sambutan merdeka kat universiti. tapi yang aku boleh cakap, sambutan kat sekolah aku lagi meriah dari kat sini. mungkin diorang sambut meriah-meriah mase 16 september kot aku. aku rase lah kan, tapi tak tau lah.
budak-budak asasi buat koir. bak kate muni, koir yang tak macam koir. haha~ agak lah. tapi kesian diorang kene berdiri macam patung kat atas pentas tu. dan yang paling penting malam tu, ade insiden orang memalukan diri sendiri dan jugak kontijen die. kesian-kesian. malu giler kot. dalam pukul 12.30 kitorang chow sebab tak nak sesak-sesak nanti. bas last pukul 1.00. konfem lah macam sardin nanti. aq risau kan orang yang tak berapa nak ok lah mase tu. kang jadi pape kat die, tak tau lah macam mane kan.

epi beday to nami!! kau memang junior yang baik lah. thankz for the beday present~


artistik




SELASA
31.08.2010

aku tak banyak aktiviti hari nie. memang hambar giler hari aku. aku bukak laptop dan cube untuk buat assignmnet IT. aku cari maklumat-maklumat yang boleh aku masukkan dalam report kitorang. bukan aku saje buat sorang-sorang. kitorang janji nak buat tengah hari nanti. aku yang saje mule buat dulu sikit-sikit. nanti kurang lah kerja. lagipon daripada aku sambung tido, baek aku buat benda tu. kalau aku tido, pening kepala lah jawabnyer.

tengah hari tu kitorang buat lah kerja IT. memang tak lame fokus. tak sampai 15 minit, dah bukak movie. haha! citer Kecoh Betul memang best!! lawak jer memanjang. walaupun lawak bodoh, tapi kene lah dengan jiwe aku yang memang tak reti nak serius sangat nie kan. maraton movie jugak lah kitorang mase tu. tapi nasib baek ade laptop laen, so kerje pon jalanlah lah jugak sikit-sikit. pukul 6.15 kitorang dah siapkan 8 page untuk report kitorang. kire masyuk lah tu kan. haha~

malam sambung buat IT dan kitorang dah dapat report dengan 12 pages. fuhhh, puas hati giler. dah bosan, aku pergi jalan-jalan. masuk bilik ihsan, die tengah aqiqah kek lapis. aku pon join sekaki lah. mane boleh tolak rezeki. bukan selalu langkah kanan kan. tibe-tibe ihsan cakap haris sharim cari aku. aq pikir pahal lak die cari aku. nie tak laen tak bukan, mesti pasal astana lah nie. aku lalu bilik zizan dan tengok ade haris. die perasan dan panggil aku. pasal astana tu satu hal. satu hal lagi pasal jawatan. nie mesti kerja budak-budak nie lah yang up kan name aku nie. memang hancur lah jawabnyer. tapi aku try lah wat leklok.kahkahkah~



aku suke maen lego

note : aku rase laen macam ouh..nape eyk??