25122010 -part 1-

pada tanggal 25 disember 2010, sekumpulan remaja telah berkelana ke sebuah tempat di sarawak. semua bermula dengan cadangan seorang sahabat yang ingin pegi merehatkan minda. jujur aku cakap, aku tak berapa suke pusat membeli-belah. semua nyer nampak same jer.

pada mulanya, rancangan kami ialah air terjun ranchan. tapi terpaksa diubah ke pantai damai atas sebab-sebab yang tertentu.

plan             : 08300 gerak
pelaksanaan : 0900 gerak

nampak gaye, lain kali kene menipu sikit. kalau nak gerak pukul 8.30, kene cakap nak gerak pukul 8.00. baru lah plan jadi lancar. 10 orang remaja telah terlibat dalam trip kali ni. lima lelaki dan lima perempuan. pembahagian dibuat dengan betul sebab takut sebuah kereta tak boleh nak follow kereta depan. paham-paham je lah bile satu laki bawak dan satu lagi perempuan bawak. konfem lah jarak nyer jauh giler.



10 remaja

kitorang sampai pantai damai dalam pukul sepuluh. masyuk giler ouh!! tempat die cantik dan bersih. sampai-sampai, kitorang round dulu pantai tu. aku dengan sam try tangkap ikan belacak. tapi ikan-ikan tu licik giler. sekor pon kitorang tak dapat tangkap. kitorang cume dapat tangkap ketam je sekor. besar giler. tapi gambar masih kat dalam kamera lagi. nanti aku tunjuk k.


tunggu part 2 pulak k.

sudah seminggu lebih

psiko tak tajuk post aku? saje je buat gempak. jangan nak buat andaian sendiri. dah tiga minggu kat sarawak. cepat ouh mase berlalu. tapi aku tau ramai insan yang kecewa disebabkan satu hal yang aku sendiri pon rase penting giler. mungkin bagi orang yang duduk di atas rasa benda nie biase je. belajar kat mane-mane pon same. die tak sedar ke die dalam perkiraan untuk menghancurkan harapan berjuta orang. aku tau budak asasi unimas ade 206 orang je. tapi tambah lah dengan parent dan sesiapa sahaja yang sandarkan harapan kat kau. contohnya ade yang nak ambik farmasi. kalau dah memang die nak farmasi macam mane?

aku tak tahulah die nie gune pemikiran ape. futuristik ke logistik? ke pemikiran plastik? entah lah, aku pon tak tau nak cakap ape. kalau suarakan nanti, die cakap kitorang nie melampau lah ape lah. lepas tu mule lah nak kuar segala buku-buku yang ade name die. start lah ungkit jalan cerita hidup die. aku dah hafal ouh cerita die. dah die terseksa, lepas tu nak bagi kitorang terseksa jugak ke. what the!! sepatutnyer kau faham. kau dah tau macam mane rase, jadi jangan lah kau buat kat orang lain. ke memang agenda kau nak tengok kitoragn terseksa? macam kawan aku cakap, mungkin nie lah akan jadi penyebab kadar bunuh diri kat malaysia nie meningkat.

sekarang target aku maybe pindah ke swasta untuk sambung degree. ramai yang kau dengar nak buat macam tu. mungkin aku nak ambik software engineering. bidang nie tengah naik sekarang. ok lah kan memandangkan malaysia pon dah semakin maju. kire peluang kerja dalam negara pon semakin bertambah sekarang. aku dah survey dah pasal nie. so, macam peluang cerah je ke arah benda nie.




( ^_^ )

minggu kedua di sarawak untuk semester 2. semua macam biase. tapi memandangkan minggu nie minggu sukan asasi unimas, aku penatlah sikit. tapi semua tu tak seberapa jika dibandingkan dengan kegembiraan yang aku peroleh. tapi aku taknak elaborate pasal tu panjang-panjang. cukuplah orang tau kau happy dan aku sentiasa ceria.

sekian,terima kasih.

malas nak tulis panjang-panjang.

121208

tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. sape-sape yang lahir pada tarikh nie mesti lah die ingat tarikh nie. dan tarikh nie amat bermakna pada diorang. tapi bagi aku, tarikh nie bukan tentang hari jadi aku. hari jadi aku dah lame lepas. tunggu tahun depan lah kalau nak bagi hadiah hari jadi pon. ingat, 120892 ialah tarikh lahir aku. okay, kembali ke cerita 121208. tarikh nie merupakan tarikh di mana aku hilang kawan baik aku buat selama-lamanya. bile sebut kawan, dah tentu bukan ahli keluarga kan. tapi bagi aku, die dah macam seorang abang. banyak benda yang kitorang buat sama-sama. tapi tuhan lebih sayangkan dia.

dia kene kanser otak. die rahsiakan benda tu lame giler. bile dia dah kat tahap kritikal, baru aku tau die ade penyakit tu. mase aku tau tu, memang aku marah giler. aku tak paham kenapa die nak berahsia dengan aku. die sendiri pernah cakap die dah anggap aku macam adik die. die memang takde adik sebab die anak tunggal. tapi die lagi matang aku dan tak manja. dalam hal nie, memang kitorang agak kontra.

aku ingat lagi seminggu sebelum die pergi. die saje cari pasal dan sakitkan hati aku. aku memang terasa hati. tapi aku tak faham nape die macam tu. sebab aku tau die bukan jenis yang akan buat macam tu. aku merajuk sehari dengan die. bile aku pergi jumpe die lepas tu, die cube cari pasal lagi. aku tengok mak die nangis. aku tak paham situasi mase tu. tapi kali nie aku tahan dan aku melawan. aku dah tak tahan, aku menjerit terus kat die. bile aku dah puas jerit, aku peluk die. aku mintak maaf dan cakap tak berniat nak buat sampai macam tu.

saat tu, aku tau air mata die menitik. die bagitau kenapa die buat macam tu. die nak suruh aku benci die. sebab die tak nak aku sedih bile die tinggalkan aku nanti. ya Allah, kenapa die boleh fikir pasal aku lagi di saat-saat macam nie. die cakap die tau aku tak boleh jaga diri sendiri dan suke bertindak ikut suke aku. memang betul, tapi die tak perlu nak risau. bile die cakap macam tu, aku memang dah tak boleh nak tahan dah. aku ketepikan rasa malu aku, aku nangis puas-puas. aku dah tak peduli orang nak tengok ke nak kata ape ke. kalau boleh, aku nak peluk die setiap hari. dan aku berjaya buat macam tu. tapi hanya bertahan untuk beberapa hari je. aku sedih tapi tetap bersyukur. aku ade mase die pergi buat selama-lamanya. sangat menyakitkan tapi aku perlu merelakannya. setiap yang hidup, akan pergi. aku juga tidak terkecuali. cuma masa yang akan menentukan bila ianya akan terjadi. 










terjah!!


klik untuk paparan yang lebih jelas


abaikan selain dari yang dibujurkan. nie yang menarik pasal unimas. die bukan pasal laptop ataupon henfon kene curi. setakat nie, alhamdulillah lah. tak de barang hilang lagi. yang mantap kat sini ialah TERJAH ( aku bagi name sendiri je ). pantang tak tutup laptop, memang macam-macam boleh jadi. lagi-lagi facebook. kejap lagi, adelah status yang mantap lagi masyuk tercipta. kalau dah status masyuk macam tu, konfem sumer pakat dok komen. tapi kan, benda nie dah macam satu benda yang buat kitorang lagi rapat. sebab kebanyakan yang buat kat orang, akan buat balik. benda nie macam berkitar dan tak pernah nak habis. mesti aku rindu pasal nie bile dah abis asasi unimas nanti. paling sedap bahan zizan lah. die lah yang member bahan membahan aku. jangan marah yer zizan. kang te*** lari kang baru tau. kahkahkah!!

weyh, nape kau tinggal aku?? aku sepak laju-laju nak?? aku sorang-sorang malam nie tau tak. 




# blank 1

*asasi unimas ade rumah sukan ouh

aku ingat dah masuk unimas nie dah xde rumah-rumah sukan nie. mungkin sebab kitorang nie baru je asasi dan takde fakulti lagi. sebab kalau dah betul-betul masuk universiti nanti, mesti bertanding iku fakulti. tapi kat unimas nie, pelajar asasi yang macam duduk kat tempat teratas. ape-ape yang kitorang masuk, mesti berjaya dengan cemerlan nyer. memang budak-budak asasi unimas nie terbaiklah ( pasnie sumer kene belanja aku sebab dah puji korang semua). aku dalam kumpulan tiga. warna rumah aku merah. setelah 5 tahun dalam rumah kuning, sekarang tukar warne lah pulak kan.

dah nak cukup seminggu aku kat unimas. setakat nie okay lah jugak. tak ade masalah lagi. petang tadi je masalah. tak habis-habis makhluk sorang tu ulang benda yang sama. aku rase lah kan, aku lagi hafal kisah hidup die dari kisah hidup aku. tak reti dah aku nak wat macam mane. nak tak nak, kene lah tadah telinga jugak. kesian kat telinga aku. perit pedih die dok menadah cerita makhluk tu. nasib baek mulut tu boleh lepas slow-slow. kalau tak, mesti dah lame aku kene kick out.

dengan tempoh mase di atas jugak lah aku tak setel-setel lagi masalah. selalu jugak lah nak mengamuk, tapi nasib baek ade insan-insan yang paham situasi aku. diorang lah yang selalu bagi nasihat kat aku. aku syukur sangat ade diorang. 12 disember semakin dekat. aku harap aku dapat survive pada tarikh tu.

*awak,saya sayang awak..



panaskan enjin

macam mane rase kalau ade kuasa istimewa. contoh nyer macam boleh terbang atau halimunan. kalau lah korang diberi pilihan, kuasa ape yang korang nak?? kalau aku, aku nak kuase untuk sembuhkan penyakit ape je yang ade kat atas muka bumi nie. sebab aku tak boleh tengok orang menangis bile kehilangan seseorang disebabkan sesuatu penyakit. aku pun tak boleh hadapi benda nie. tapi kalau ade benda tu, dah tentu dunia nie tak seimbang. dari segi ape, aku tak tahu lah.

minggu pertama di sarawak. setakat nie tak ade ape-ape yang menarik lagi. tapi epi lah sebab dapat lepak dengan kawa-kawan. kat rumah, sape je yang ade. dah macam ape entah aku kat rumah. boring nak mampus. sepanjang cuti, aktiviti aku same je. kat unimas, macam-macam boleh buat. cuti sebulan memang lame. kalau kat sini, macam-macam benda yang aku dah boleh buat. dah lah kat rumah tak boleh online. huhu. seksa ouh. macam-macam yang terbengkalai.

aku harap aku dapat belajar elok-elok untuk semester dua nie. mule-mule aku ingat nak dismiss je terus. tapi aku bukan seorang yang mungkir janji. lagi pon takkan aku nak menyesal sekarang lepas aku dah tolak tawaran tu. tak jantan lah kalau macam tu. aku tetap akan habiskan asasi aku kat unimas. lepas habis baru fikir nak sambung mane pulak. harap-harap dapatlah ape yang kau nak selama nie.

dahlah, mood menulis masih belum datang.

*saya sayang dia