SSAS
TARIKH : Sepanjang ramadhan
MASA : Waktu Sahur
MOOD : Malas giler
mase puase nie, aq dah memang totally tido dalam markas dah. so,kalau dah ramai ahli markas bangun, memang malas aq akan kalah lah. memang akan semangat nak pergi dewan makan lah. tapi perasaan excited tu boleh bertukar kepada sumpah seranah bile masuk dewan makan dan kitorang tengok ade ikan yang memang kitorang tau kucing pon takkan boleh makan ikan tu. korang paham tak maknenyer tu?? maknenyer ikan tu keras nak mampos. memang tak lepas nak gigit lah. cam shiall jer. ikan tu pakai jaket kalis peluru ke ape. kadang-kadang,dengan perasaan hampa kitorang balik dorm. cari megi, pastu suruh lah mane-mane junior buatkan. yang kitorang tau, nak makan yang dah siap jer.
TARIKH : Sepanjang ramadhan
MASA : Waktu berbuka
MOOD : Excited
mase bukak pose agak bez r. berbuke ramai-ramai kat dewan makan. layan giler. meja kitorang memang dah tetap. konfem GB5 semeja lah. macam takleh berpisah lah aq cakap. chemistry memang kuat giler lah. kalau mase lauk tak sedap, pergi kantin beli lauk tambahan.ikor lah ikan ke ayam ke ape ke. asalkan boleh makan dengan tenang. mase nie, junior jadi mangse lah kalau bab-bab isi air. kadang-kadang, curi ayam kat meja sebelah. dapatlah ayam sorang dua ketul. jahat kan kitorang. haha.yang penting, kitorang kenyang. tu objektif utama. form 5 kan king kat sekolah.
2010
UNIMAS
TARIKH : Sepanjang ramadhan
MASA : Waktu Sahur
MOOD : Malas giler nak mampos
Kat unimas nie aq giler sikit. kalau rajin, memang senang jer nak bangun. tapi datang jer malas aq, orang gegar lah kuat mane pun pintu aq, aq takkan sedar pun. sian kat jang sebab penat ketuk pintu bilik aq. kat sini baru aq rase betape bestnyer ade dewan makan. kat sini makan sendiri. paling berat pon makan megi je lah. selalunyer, 3 in 1 ngan biskut atau roti je lah. sadis weyh. nasib baeklah sahur ramai-ramai.tak lah rase sadis sangat. mase sahur boleh lagi melawak dan ber'gosip'.kahkahkah~
TARIKH : Sepanjang ramadhan
MASA : Waktu berbuka
MOOD : Excited nak mampos
Tapi berbuka kat sini memang best. berbuke awal dan bebas. boleh keluar nak beli makanan. seberang kolej kitorang ade bazar. okaylah walaupun tak besar mane. tapi yang tak best nyer bile nak cari makanan yang pedas. aq nak feel semenanjung. susah giler kot nak cari makanan pedas kat sarawak nie. yang nie lah masalah yang tak tersetel-setel lagi dari mule-mule aq sampai kat sarawak sampai sekarang. tapi ade lah 2 3 kali aq jumpe makanan yang pedas. tak caye, klik sini. aq suke berbuke dengan zizan,zuhri dan mutaq. tak lupe juge wan nordin. the best!! zuhri paling power bab-bab makan nie.
* p/s : semut tu dah takde dalam hidup aq sekarang kayh..
No comments:
Post a Comment