kite enjoy!!

semalam memang aq, am, apeng ngan asri enjoy giler-gilerlah. tapi sebelum tu, kenelah start dr awal pagi sebab padi-pagi lagi ade insiden yang menarik. memang lawak giler lah, rase nak gelak guling-guling jer. cerite nie bermula mase miss yusralina bukak topik pasal '強い女の子' iaitu strong girl. ade lah sebutan die ' onna '. biase lah remaja kan, ade je lah idea die kan. tibe-tibe doman sebut perkataan ona**. pastu ade lah budak perempuan  ulang perkataan sebab kawan sebelah die tanye ape yang doman sebut. mase tu kelas memang sepi, kebetulan pulak suare die ter'kuat'. jadi memang jelaslah kedengaran die sebut perkataan tu. habis satu kelas gelak. merah kot muke die. kesian kat die, free-free jer segan. laen kali, kontrol sikit suare tu. jangan lah buat 'loudspeaker'. kan dah kantoi. haha~

kelas IT macam biase, boring ya amat. budak-budak laen online jer aq tengok. aq pulak tak dapat komputer, so tengok je lah diorang online. lagipun tak mati pon kalau aq tak online. ade yang maen mafia war, bace blog lah dan macam-macam lagilah. haish, baik aq tak payah datang jer terus. baik duduk kat bilik, tido. lagilah nikmat. puas pon puas. kahkahkah. habis jer IT, kitorang chow. sebelum tu, pergi isi minyak kereta dulu. aq dah tak sanggup dh jadi macam minggu lepas, siot jer. dalam pukul 12, kitorang gerak ke kuching. kitorang plan nak solat kat masjid besar kuching. lepas solat, barulah kitorang mulakan pengembaraan kitorang. cewahh, bunyi macam gempak habis pulak kan?? sila hawing laju-laju!!



tengah tunggu kunci kereta



pengembara-pengembara handal


kitorang lunch kat 'planet sambal'. pelik tak bunyi name restoran nie?? bagi aq, agak pelik jugak lah. tapi pelik-pelik pon, kat dalam memang mantap giler lah. harga makanan kat sini pon berpatutan, lebih kurang macam kat kafe seroja je pun. mahal seposen dua takkan nak berkire jugak kot. haha. yang paling aq suke dengan tempat nie mestilah makanan die. name pon planet sambal, mestilah masakan sambal bersepah kan. pedas pon pedas. memang superb r!! budak-budak semenanjung yang dah lame cari makanan yang pedas kaw-kaw, tempat nie memang paling sesuai untuk korang. tempat die pon senang nak cari. ingat!! 'PLANET SAMBAL'



lawa kan tempat nie



asri bedal sampai  gelas air



kenyang~


lepas tu kitorang pusing-pusing bandar kuching untuk cari kasut. dekat sepuluh buah kedai jugaklah kitorang masuk. last-last, beli kat sarawak plaza jer. tu pon bukan orang laen yang beli. orang laen yang ajak pergi beli kasut, orang laen yang beli. die angkut design latest punyer. terbang 230. tapi takpe, berbaloi-baloi. lepas tu, kitorang gerak pergi the spring. aq ngan am nak cari sweater. aritu dah tengok sweater padini. lawa gak lah design die. tapi aq nak cari design yang macam giordano. am cakap dah ade orang pakai sweater tu dalam kelas kitorang. so, kitorang cancel dan pakat nak beli nanti. lepas-lepas penat shopping barang asri, kitorang pergilah solat. hampa giler sebab tak boleh tengok wayang. cerita tak best ade lah. cerita yang best pukul 7, habis pukul 8.15. kalau kitorang ambik yang 2, gerenti lah 'tuang' maghrib. tak sanggup weyh. kantoi dengan mak aq, ade lah parang terbang nanti. kat surau, adelah satu insiden yang memalukan. thankz kat brader yang ade kat dalam tu lah. nasib baek lah takde orang laen mase tu. bile fikir-fikir balik, lawak giler kot.



model quiksilver



model padini sekali



spek-spek untuk digayakan


dah siap solat, kitorang gerak pergi waterfront. mase tu dah pukul 6 lebih dah. pemandangan die memang lawa. kitorang nie buat muke tembok jelah. bergambar tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang. kitorang kan baru '1st tyme' datang waterfront. haha.. tapi memang layan giler lah lepak kat situ. rase tenang jer. kitorang lepak sampailah azan maghrib berkumandang. kebetulan masjid sebrang jalan jer, so kitorang terus solat. senang sikit, takde lah rase tak sedap nak sambung plan kitorang nanti. lepas solat, gerak pergi ke tempat yang memang asri tunggu-tunggu. Mc DONALD!! kesian kat die, dari the spring lagi merungut lapar. tapi muklut die tak stop-stop mengata apeng. sian apeng. kitorang burger baru, burger GCB. ingat besar sangat, rupenyer standard besar roti hotdog jer. tapi rase die memang sedap giler. puas hati lah dengan rase die walaupun tak besar mane pon. asri siap boleh tapau 2 burger lagi buat balik. nafsu kude ke ape asri nie.



asri hero utama kayh



muke gay siot



bukan senang nak tengok mamat kat tengah dalam gambar



no komen



matahari terbenam



aq suke pic nie!!



burger GCB



lazat kan??


kitorang gerak balik dan berhenti jap dekat desa ilmu sebab nak beli barang-barang sikit. ade lah dalam sejam kat desa ilmu tu. shopping mengalahkan perempuan pulak kan. lepas dah cukup semua barang yang kitorang nak beli, kitorang gerak balik kolej. tapi bile tengok jam, baru pukul 9. awal lagi nie. so kitorang ingat nak karaoke kat barat (*kalau bukak lah). tapi tak bukak lah pulak. jadi, kitorang just pergi kat 'jambatan cinta'. pemandangan kat situ boleh tahan lah. lawa kot. lepas kaji jambatan tu dan ber'posing', kitorang gerak pergi warung 2000 kat samarahan.


merenung nasib



macam adik ngan abang



style dowh!!


sampai kat situ, orang memang penuh lah. nak cari tempat duduk pon susah. tibe-tibe terpandang seorang perempuan yang aq rase macam kenal. bile die pandang kat aq, aq memang kenal lah muke cute die tu. senyum-senyum dan tegur-tegur sikit. die ajak join makan dengan die sekali. tapi aq tolak sebab aq kan dengan geng-geng aq. tak sangke pulak boleh jumpe die kat situ. kitorang minum teh tarik dan makan roti canai. dalam pukul sebelas lebih, kitorang gerak balik kolej.


last pic semalam


balik-balik, aq cari movie best. jumpe lah cerite tekken. gambar pon lawa. aq pon download lah. ngam-ngam lepas aq mandi, solat dan sewaktu dengannyer, dah siap download. memang buat panggung kat M 42 lah. memang layan cerite tu. rugi tak tengok wa cakap lu. kesimpulannya, aq memang enjoy giler semalam!!

*p/s : cadbury dairy milk aq hilang!!



No comments:

Post a Comment