tajuk sengaja disalahkan untuk mengusik beday girl. haha!! jangan marah nan. trip ke kubah bermula jam 7.30 pagi. tapi bak kata sam, bukan a.m atau p.m tapi j.m ( janji melayu ). budak perempuan semua on time. budak lelaki bukan tak on time, tapi lewat sikit je. bile dah sampai, ade lak konflik. pejabat tempah bas sampai pukul 3 je. kitorang target habis lewat petang. makan pulak masa nak berdebat dengan brader pemandu tu. haih, kesian sam. pening kepala die nak setelkan benda tu. kitorang ambik inisiatif gerak dulu, dalam bas baru plan elok-elok.
dalam bas kitorang setelkan tentatif dan sediakan duit untuk bayaran masuk. kitorang stick to the plan. harap-harap dapat gerak laju dan sempat pergi matang wildlife. perjalanan makan masa dalam sejam. aku sendiri tak pasti aku tido ke tak sepanjang masa tu. macam tak. kitorang singgah kubah ria untuk ambik makanan yang dah disediakan oleh PPU.
si bongkok tudung kelabu : beday girl
mule-mule kitorang pergi waterfall. waterfall die memang terbaek lah. macam rak woo. stylo lah. memang rugi lah kalau tak pergi waterfall. sape-sape yang belum pergi, korang tengok gambar kat bawah nie k.
bertingkat-tingkat kan
mata kat waterfall je k
supplier gambar untuk post aku
susah jugak nak nek atas an
lepas dah mandi-manda dan makan dekat waterfall, kitorang patah balik untuk selang trail pulak. kitorang lepak waterfall dalam setengah jam lebih jer. kitorang kejar masa, takut tak sempat pergi matang wildlife. bile dah sampai simpang nak naek puncak, konflik muncul. kitorang takut budak-budak yang dah sakit tu tak lepas nak naik puncak. mule-mule macam ramai tak larat nak naik, so kitorang buat conclusion semua turun jer. tapi bile survey balik sape nak naik puncak, ramai lah pulak yang angkat. yang cakap nak guide turun pon nak naik jugak. las-last irwan lead turun bawah. aku target dalam setengah jam je bole sampai . tengok-tengok yang naik puncak sampai lagi awal dari kitorang. nak buat macam mane, dah orang nak sakit kan. kitorang sempat lah buat pit stop dalam 30 minit kat tengah-tengah hutan. dengan leader yang memang caring habis lah mase tu. terkesima aku.
nie scenery dari puncak
pukul 2, kitorang gerak pergi matang wildlife. budak-budak perempuan sumer dah penat dah aku tengok. kesian3. tapi diorang cekal beb. sampai matang wildlife, cari surau. ade yang mandi. nak segarkan badan sikit. aku rembat mandi kat paip belakang surau je. peduli ape, bukan aku mandi let go. lepas mandi tu pergilah melawat haiwan-haiwan yang ada. ada yang dah berkurang dan ade jugak yang bertambah. ade baby monyet ke ape entah dalam sangkar. comel weyh.
lepas dah habis melawat sumer, kitorang gerak balik kolej. penat memang penat, tapi kepuasan yang dapat tu lagi penting. haha. aku tak sempat nak ready prank untuk beday girl. ingat nak lempar lumpur jer. tapi kang tak pasal-pasal aku kene hawing lak. haha. konklusi nyer, aku memang enjoy aktiviti TRACKING nie. looking forward for other activities.
*tq si kasut hijau..=)