physic??chem??

hari nie dah cukup dua bulan aq duduk kat bumi kenyalang nie. atau lebih spesifik lagi, kat bilik M33, Blok M, Kolej Seroja, Universiti Malaysia Sarawak. aq sendiri macam tak percaya yang aq sambung belajar kat sini. kadang-kadang bile aq bangun pagi, aq ingat aq duduk kat semenanjung lagi. tapi,kenyataannya ialah aq betul-betul kat UNIMAS sekarang(*sedarlah irfan oiiii~)

kalau dua bulan, mesti lah korang boleh tau yang aq dah belajar banyak benda. walaupun subjek yang aq kene ambik takde lah banyak sangat, tapi beban tu tetap terasa. almaklumlah, kat universiti nie bukan macam kat sekolah menengah dulu. makan suap jer kejer aq. cikgu bagi,aq ambik. tak bagi, tak tau lah macam maner. tapi sekarang, memang kene fokus dalam kelas. memang aq boleh perform lah kot dalam bab tu. adoyai~. benda yang aq mmg tak pernah lulus sejak masuk tingkatan satu. 

subjek yang paling kuat aq pengsan kat sini kimia r. tak tau lah kenape. sebab memang aq kurang minat kimia kot. tapi kalau boleh,aq nak teruskan pengajian dalam bidang nie. hopefully aq boleh bawak lah subjek nie dengan jayanya. amin~. tyme aq betol-betol rase segar mase kelas kimia nie, memang laju jer aq serap ape yang diterangkan kat depan. kalau tyme ngantok, memang takleh lawan dah. aq memang angkat bendera putih terus. antara tido sekejap atau tido sampai habis kelas. haha( *perangai macam?? )

subjek matematik nie aq minat. tapi kalau dah ade tambahan, memang lemah longlai lah lutut aq. bak kata orang utara 'ketaq lutut'. power tak aq cakap utara. jangan tak nak akui kehebatan aq lak. pensyarah matematik aq memang bes giler. kalau ade pertandingan teka singkatan, aq konfem 200% die akan menang. korang tak percaya?? lawat lah laman web www.shortformcontest.com , tengok lah ade tak name die dalam tu. tak percaya sangat kan.

subjek paling lepak ialah IT, teknik berfikir dan kepimpinan. subjek yang boleh buat release tension walaupun kadang-kadang subjek nie tambah tension. tapi memang fun lah subjek-subjek nie. cume perlukan penglibatan  dan dah boleh lulus. aq selalu terlebih hormon gelak mase subjek teknik berfikir dan kepimpinan. lawak memang berterusan macam air sungai yang tak henti-henti mengalir. dah memang lagi hebat dari  raja lawak dah diorang nie.

last sekali subjek yang memang sempoi iaitu fizik. nak kate shinkansen, aq rase bukan kot. tapi korang bayangkan lah kalau satu bab boleh habis dalam mase setengah jam. tak ke laju tu. fuh,tercungap-cungap aq nak kejar. parah-parah. tapi kelas fizik tak pernah tension sebab pensyarah kitorang pandai maenkan perasaan dan suka melawak. memang memahami jiwa remaja-remaja seperti kitorang nie. tabik spring lah kat    en.hisyam. aq memang suke care die mengajar.

okay lah, cukup setakat nie dulu. nanti aq sambung len naaaa~

*jumpe tak laman web tu..aq reka sajer-sajer tu..haha..jangan marahhhhhhh~


No comments:

Post a Comment