isnin datang lagi~

post kedua pasal hari isnin. biase lah aq,sangap hari isnin lah katekan. hari nie bermula dengan teramat sangat baik sekali (*bersepah bahase aq). aq makan dalam dengan kata-kata sindiran oleh insan yang bergelar 'abah'. aq nekad nak berubah walaupon aq nie bukan baek sangat pon. tapi,tak salah nak berubah kan. salah satu daripada maksud hijrah tu tau tak. 

lepas solat,aq tak tido. sebab fikirkan ujian matematik kot. macam-macam rase ade. takut,gementar dan sebagainyer. nasib baek tak ade rase masam manis je lagi. kalau tak,memang dah kurang lah tu. aq pon bukak buku matematik dan cube untuk jadi rajin (*igt senang ker). tapi tak sampai 5 minit aq dah rase bosan. aq rase macam dah boleh buat semua dah (*koya). sebenarnyer aq rase otak aq dah tepu giler-giler dah nie. 

kelas bermula dengan subjek kimia. aq harap dapat lah bertahan sampai habis kelas. tapi apakan daya. tapi sekejap je lah. faham jugak lah ape yang diajar hari nie. cume yang last-last je aq pening sikit. budak depan aq rilek jer aq tengok. konfem faham lah tu. dengki siot dengan die. aq cube paham,tapi tak faham-faham jugak. akhir kata,aq redha je lah. balik nanti belajar balik lah jawabnyer. 

lepas tu gerak pergi dewan pulak. nak test weyh. dah berape lame tak berdepan dengan situasi segetir macam nie. power tak ayat aq. gramatis giler kan. haha. masuk bakul,sendiri angkat lah. sampai-sampai,dewan tak bukak lagi. ape lagi,join yang laen melepak lah. mase nie,memang buat macam takde test dah. duduk santai macam lepak kat pantai hah. borak-borak,melawak dan sebagainyer.

pintu dewan dibuka dan kakiku melangkah masuk ke dewan. terkenang mase aq ambik spm dulu. rase rindu lak kat kawan-kawan FIGHTERS 0509. masuk-masuk,cari tempat duduk. dah duduk tu,aq toleh lah kiri kanan. dekat dengan budak tu. die wish gudluck and aq pon same. kemudian,bermulah satu jam setengah yang penuh dengan cabaran. aq jawab je lah ape yang aq boleh jawab. markah penuh 48 markah. aq target 30 markah je. tu pon tak tahu lah boleh dapat ke tidak. cuak.cuak~. dah lah banyak giler cuai. rase cam nak masuk tadika balik jer. tambah pon boleh salah. adoyai~. nasib baik semak balik. kalau tak,free-free jer segan nanti.

tu jelah kot untuk hari nie. baru test matematik. tak kire fizik ngan kimia lagi. mau short otak aq nak belajar nanti. tak tau lah macam mane nanti. harap-harap dipermudahkanlah. amin~


*ari nie model iklan coca-cola (brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~) tak buat photoshoot. so takde lah brrrrrr ari nie.haha..=)






No comments:

Post a Comment