ilusi versus realiti!!

hari ni kelas aq habis awal iaitu pada pukul 11.30. faham-faham je lah kenape kan. selepas selesai melaksanakan tugas sebagai seorang muslim,aq meneruskan hidup seperti biasa. punye lah boring sampai aq tak tau nak buat ape. last-last aq layan cerite iron man 2. cerite 2 dah agak lame dah lah keluar kat panggung wayang. tapi disebabkan tahap kebosanan aq tu da sampai the power of infinity,maka aq dengan selambernyer melayan cerita tersebut. habis jer cerite tu,aq pon tido lah. dah lah hujan,memang katil ngan bantal serta selimut memanggil aq lah kan.

aq bangun dan berjalan ke arah loker aq. aq ambik fon aq dan cuba on fon tu. punye lah hepi sebab fon 2 menyala dan tulis 'insert sim card'. perghh,epi giler lah kot. so,aq masukkan lah sim card dalam fon tu. tapi kegembiraan tak lame bile aq rase ade orang tepuk aq n dengar die cakap 'ko dah sembahyang asar belum'. dengan rase malas,aq pon bukak mate dan tengok jam. siot,da pukul 6.40 petang. aq bergegas ke bilik air dan ambik wudhu'.nasib baek sempat solat. kalau tak,memang 'burn' dah lah asar aq. trimas kepada mustaqim sebab tolong kejutkan aq. lepas solat,aq cari lah supernova aq. try lah on,tapi ternyata mimpi itu mimpi!

tapi hidup mesti diteruskan. pukul 7.30 karang nak gerak pergi 'GOLDENHAWK' pulak. aq bersiap-siap lah ape yang patut. lepas solat,aq turun lah bawah. kitorang gerak dari sini dengan 2 buah motor dan 4 buah kereta. memang puas hati jugak lah main tadi. dah lame kot tak maen kat gelanggang. dapat lah lepaskan gian nak masuk dalam jaring. ada 5 team kesemuanyer. ahli kumpulan aq ialah naquib,izzudin,nasrul,amsyar dan sudah tentulah aq. dah name pon team aq kan. 2 jam memang agak lame tapi rase masih tak cukup. harap-harap lepas nie dapat maen lagi. dan aq ade dengar-dengar yang diorang nak buat macam nie at least sekali sebulan. harap-harap tak lebat lah.

yuk kita usya-usya gambar dulu!!



amsyar (penyelamat 1st game)




defender yang hot lagi power



yang nie no komen..
haha~




man of the day
hatrik nie



doman.am.naquib





messi malaysia



candid!!


kitorang abes maen futsal dalam pukul sepuluh. aq bukan rase lapar dah,tapi dah kebulur tahap cipan dah. nasib baek yang laen pon same dengan aq jer. kitorang singgah lah kat J&J untuk melantak. memang lega lah lepas perut dah diisi nie. nikmat yang teramat sangat (*betul ke BM aq nie?). 


khusyuk layan King Kong




menu malam ini





gelas besar??



two is better than one


dah kenyang,chow balik kolej lah. settle-settle hal kereta,kitorang gerak lah balik kolej. memang hari yang memuaskan hati serta nafsu. jangan fikir negatof kayh. okay lah,cukup lah setakat nie okayh. kesimpulannya,majulan futsal untuk pelajar asasi unimas!!

*p/s : choc aq da abes..nak lagi!!





No comments:

Post a Comment