kenangan pahit

tadi kelas fizik, aq belajar pasal gravity. macam-macam equation yang keluar hah. naek pening kepala aq tadi. tibe-tibe terkeluar lah soalan siape pernah jatuh dari tempat yang tinggi. dengan tidak semena-mena aq teringat kisah waktu aq darjah lime dulu. memang aq tak percaya jugak benda tu jadi. tapi memang realistik lah weyh. irfan,sedar lah!! ini betul-betul, bukan cobaan!!

benda nie terjadi waktu aq ikut lawatan ke Hospital Selayang. program nie bawah klinik kesihatan daerah aq. aq  ngan 19 orang kawan aq terpilih, jadi free-free lah dapat melawat hospital tu. kalau tunggu nak lawat sendiri, kirim salam je lah. tapi aq kagum giler lah dengan hospital selayang nie. memang hospital paling canggih r tyme tu. diorang dah banyak gunakan teknologi untuk banyak benda. sistem pun memang nampak teratur dan sistematik lah. dah separuh hari kitorang meneroka hospital yang besar nak mampos tu, kitorang gerak ke destinasi seterusnyer sebelum bergerak balik ke rumah. destinasi tersebut ialah planeterium. eksaited lah jugak. sebab first tyme pergi kan.

tapi malang tak berbau. hajat aq nak pergi planetarium tak kesampaian. dalam bas, aq duduk belakang sekali. memang betul-betul tepi pintu kecemasan. aq peduli ape kat pintu tu. aq tido je lah tanpe pikir ape-ape. bile aq sedar, aq dah ade kat atas jalan. mule-mule aq ingat mimpi, tapi dah rase sakit giler takkan lah mimpi pulak. agak-agak lah mimpi sampai sakit camtu. sakit-sakit pon, aq still boleh bangun dan jalan ke tepi jalan. nasib baek lah driver kancil tu pandai stop on time. kalau tak, dah arwah dah lah aq nie. cikgu aq punye lah kelam kabut datang kat aq, pastu terus tahan kereta dan bawak aq pergi hospital.

tyme tu, aq pikir-pikir balik, memang lawak giler lah. mule-mule aq pergi lawat hospital, alih-alih, aq pulak yang masuk hospital balik. cume kali ni HUKL lah pulak, tadi selayang. dalam perjalanan ke hospital, cikgu aq ajak borak-borak sebab tak nak bagi mate aq pejam. aq tak rase ngantok, tapi mate aq rase nak pejam jer. sampai kat hospital, memang jadi kes emergency lah. lepas dah check-check, takde lah serius sangat. paling serius pon 1 jer. tak perlulah aq mention. yang lain cumer luke-luke jer. parent aq tak payah cakap lah, memang risau giler. mase aq dah siap dan nak gerak pergi genting sempah (*orang lain tunggu kitorang kat sane) parent aq dah siap-siap nak datang kl sebab ingat aq kena tahan kat wad.

sampai kat genting sempah, aq solat pastu makan. mase tu dah pukul 6 lebih dah. dah siap, aq naek bas balik. kawan-kawan aq sumer tengok pelik kat aq. yang paling sial bile ad yang cakap, ingat aq dah arwah. siot punyer kawan. sampai kat rumah, memang parent aq dah tunggu walaupun dah tengah malam. sejak dari tu, aq fobia nak naik bas hampir setahun kot. lupe nak cakap, rombongan tu dalam pertengahan julai. mesti korang cakap aq poyo kan. haha..tak percaya, tanyelah :


*p/s : aq sentiase ingat kau..(macam lah die boleh bace)




No comments:

Post a Comment