family baru lagi

sebelum aq huraikan tajuk kat atas, aq nak imbas balik hal semalam dulu. kelas IT yang memang 'BEST' giler!! dah lah mule-mule pergi tak tau kat mane FIT tu. penat siot, dah macam road relay pon ade. dekat setengah jam jugak lah kitorang cari tempat tu. haishhh,npe lah takde makmal komputer untuk budak asasi kat kampus timur jer. aq memang dah menyumpah seranah dah dalam hati. *takleh cakap, sebab tengah puase. kang kurang lak pahale puase aq. padahal same je kan. sila katakan sengal!! tyme nak balik lagi lah mantap. bas banyak tapi sumer dah macam sardin dalam tin. aq rase sardin dalam tin pon tak padat camtu. kitorang yang muslim nak balik cepat sebab nak ready pergi solat pulak. lame gilerlah baru dapat naek bas. sampai-sampai kat surau, orang dah nak solat dah. fuhhh, naseb baek sempat.

malam semalam takde yang biase, aq meneruskan rutin seperti biase. pergi cais dengan apeng, am dan zuhri. sempat lah aq habiskan satu bab kimia. kire berbaloilah aq pergi cais semalam. tapi bile cais da start hingaq, apeng ajak blah. dan kitorang sambung plan kitorang pulak. nak tengok movie pulak. kitorang buat bilik tu jadi macam GSC dah hah. memang gelap habis. citer memang best, 'Jangan Pandang Belakang Congkak'. best kan?? tapi aq syahid sebelum citer tu habis lah. last sekali aq rase am kot.

nasib baek bangon pagi, pastu tido balik. lepas tu bangon sebab nak pergi join sukaneka. bak kate apeng 'kite jadi VIP je lah'. tapi alih-alih, kitorang join main sekali. fun giler kot. ad 3 acara. telematch, talam ape ntah dengan bola beracun(*ala-ala dodgeball gitu~). ahli kumpulan aq terdiri daripada 5 putera dan 4 puteri. cewahh!! cam sukaneka anak-anak raje lah pulak. sam, as, din, zai, muni, dijah, sofea, nadiah dan aq. tulah ahli kumpulan RETRO!! kalau dah teammate semua sekepale, memang best lah. semua sporting. lawan dengan kumpulan lain yang memang masyuk. dah macam nak lawan breakdance da tadi. overall kitorang menang tempat ke-2 dan dapat 3 kotak hadiah. kalau macam nie, buat tiap-tiap minggu pon takpe. aq rela pergi. haha.. tq yang tak terhingga kepada PPPU especially ciktiq yang perli aq dengan sepenuh hati (*touching nie)

yuk usya gambar!!


makin kecik aq!!





jangan pegang belon!!





mane aku??




kite boleh nampak kesungguhan di situ




kami RETRO!!


aq berasa amat puas hari nie. dah lame tak rase fun macam nie. lantaklah macam budak-budak pon. aq kesah aper. tq kepada sumer teammate aq.

note : isnin nie ade test kimia!!

pemikiran tahap kritikal!!

esok nak kene present untuk critical thinking. mule-mule kitorang pakai pelekat lalat yang dah sedia ade jer. tapi bile pikir-pikir balik, kitorang mungkin akan dikenakan penalti dan markah kitorang akan teruk giler sebab menciplak idea atau lebih dikenali dengan plagiat. so, kitorang tukar bahan tersebut. susah betul lah nak selesaikan tugas nie sebab lalat-lalat kat unimas nie pandai sangat. tapi tadi memang berhempas-pulas lah nak siapkan tugasan nie. tak percaya?? tengok nie...



1st try 
*completely fail!!




evolusi ( model kedua )
*tak lengkap lagi lah




tadaaa!!
*berjaya weyh!!




boleh nampak kesungguhan kitorang tak??




yang nie dah abes dah


kesimpulannya, aq tak berapa suke dengan tugasan nie sebab aq memang tak sukelah!! bahan dah lah terhad. arghhhh, tension the power of infinity aq. naseb baek teammate aq ok jer sumer.

*p/s : buat slide takleh tension-tension..ingat tu irfan~



takde tajuk

aq tak rase ngantoq lagi nie. sape yang bomohkan aq tak ngantoq nie. siot betol lah. nie mesti kerja mr.nes tadi. nyesal betol! malam nie rase hambar giler lah. aq pon tak tau kenape. nak kate sunyi, tak jugak. ade r makhluk yang tengah bising-bising. esok kelas bahase inggeris. setakat nie, tak pernah lagi lah aq tido mase kelas bahase inggeris nie. mungkin sebab kelas nie menarik. bagi aq lah. tak taulah bagi orang laen macam mane kan. dengar-dengar esok kene practice untuk muet. malas betul. haaaa, aq dah dapat tempat untuk writing test muet (korang dah dapat belom??ke nak muet kat unimas jer??). ayah aq soh amik kat SEKOLAH DATO' MAHMUD PADUKA RAJA. nie antara sekolah elit kat kelantan nie. jangan maen-maen.



nilah hasil daripada keboringan aq
*klik untuk lebih jelas


sekarang aq tengah pikir macam mane nak setelkan masalah critical thinking tu. lalat unimas nie pandai-pandai lah. mane nak masuk dalam perangkap kitorang tu. agaknyer diorang pon join segala kelas yang ade kat unimas tu. lalat oh lalat, kenape lah kau nie bijak sangat. slide pon satu ape aq tak mule lagi. nampaknyer esok aq kene bersengkang mate lah jawabnyer. mampos, tyme orang present nanti, aq qada' balik tidor aq. dah habis nekad dah nie. ape nak jadi, jadilah~

aq dah memang bosan the power of infinity dah nie. anyone, please help me!! nasib baik lah ade teman pagi-pagi nie (*muzik!!). takde lah rase bosan sangat. aq ngan zuhri memang dah nekad nak marathon puasa. setakat nie,dah dua hari berturut-turut. harap-harap lah aq sedar at least pukul 4.30 japg. sape-sape yang baek hati, tolong kejut aq kayh.

*p/s : tido-tido lah kepade sape-sape yang tak tido lagi..kang korang sujud kat meja esok baru tau..hakhak..kalau tido tyme exam lagilah parah!!

kenangan pahit

tadi kelas fizik, aq belajar pasal gravity. macam-macam equation yang keluar hah. naek pening kepala aq tadi. tibe-tibe terkeluar lah soalan siape pernah jatuh dari tempat yang tinggi. dengan tidak semena-mena aq teringat kisah waktu aq darjah lime dulu. memang aq tak percaya jugak benda tu jadi. tapi memang realistik lah weyh. irfan,sedar lah!! ini betul-betul, bukan cobaan!!

benda nie terjadi waktu aq ikut lawatan ke Hospital Selayang. program nie bawah klinik kesihatan daerah aq. aq  ngan 19 orang kawan aq terpilih, jadi free-free lah dapat melawat hospital tu. kalau tunggu nak lawat sendiri, kirim salam je lah. tapi aq kagum giler lah dengan hospital selayang nie. memang hospital paling canggih r tyme tu. diorang dah banyak gunakan teknologi untuk banyak benda. sistem pun memang nampak teratur dan sistematik lah. dah separuh hari kitorang meneroka hospital yang besar nak mampos tu, kitorang gerak ke destinasi seterusnyer sebelum bergerak balik ke rumah. destinasi tersebut ialah planeterium. eksaited lah jugak. sebab first tyme pergi kan.

tapi malang tak berbau. hajat aq nak pergi planetarium tak kesampaian. dalam bas, aq duduk belakang sekali. memang betul-betul tepi pintu kecemasan. aq peduli ape kat pintu tu. aq tido je lah tanpe pikir ape-ape. bile aq sedar, aq dah ade kat atas jalan. mule-mule aq ingat mimpi, tapi dah rase sakit giler takkan lah mimpi pulak. agak-agak lah mimpi sampai sakit camtu. sakit-sakit pon, aq still boleh bangun dan jalan ke tepi jalan. nasib baek lah driver kancil tu pandai stop on time. kalau tak, dah arwah dah lah aq nie. cikgu aq punye lah kelam kabut datang kat aq, pastu terus tahan kereta dan bawak aq pergi hospital.

tyme tu, aq pikir-pikir balik, memang lawak giler lah. mule-mule aq pergi lawat hospital, alih-alih, aq pulak yang masuk hospital balik. cume kali ni HUKL lah pulak, tadi selayang. dalam perjalanan ke hospital, cikgu aq ajak borak-borak sebab tak nak bagi mate aq pejam. aq tak rase ngantok, tapi mate aq rase nak pejam jer. sampai kat hospital, memang jadi kes emergency lah. lepas dah check-check, takde lah serius sangat. paling serius pon 1 jer. tak perlulah aq mention. yang lain cumer luke-luke jer. parent aq tak payah cakap lah, memang risau giler. mase aq dah siap dan nak gerak pergi genting sempah (*orang lain tunggu kitorang kat sane) parent aq dah siap-siap nak datang kl sebab ingat aq kena tahan kat wad.

sampai kat genting sempah, aq solat pastu makan. mase tu dah pukul 6 lebih dah. dah siap, aq naek bas balik. kawan-kawan aq sumer tengok pelik kat aq. yang paling sial bile ad yang cakap, ingat aq dah arwah. siot punyer kawan. sampai kat rumah, memang parent aq dah tunggu walaupun dah tengah malam. sejak dari tu, aq fobia nak naik bas hampir setahun kot. lupe nak cakap, rombongan tu dalam pertengahan julai. mesti korang cakap aq poyo kan. haha..tak percaya, tanyelah :


*p/s : aq sentiase ingat kau..(macam lah die boleh bace)




monday plak

bangun lewat!! memang agak kelam kabut lah pagi tadi. dah lah dua-dua bangun lambat. nasib baik lah aq rase nak angkat kepale, kalau tak, memang burn kelas lah jawabnyer. dengan pantas aq bersiap-siap untuk pergi ke kelas. takde lah lewat sangat aq rase. first class ari nie chemistry. memang misteri habis lah. nasib baik lah pelajaran hari nie senang aq nak serap masuk dalam kepale otak aq nie. tak rase ngantoq lah hari nie. aq berjaya lagi. hebat kan aq.

lepas kelas, keluar rehat. aq tak makan pun sebab puase. so,aq jln je lah ngan am sebab die pon puse jugak. puase-puase pon jalan pergi pak dol jugak. pak dol nie kire famous lah kat kampus timur nie. ala-ala otai jugak lah. pagi-pagi, mesti ramai kat gerai die. die jual macam-macam, dari makanan ringan sampailah makanan yang berat. lepas tu gerak masuk balik dalam kelas.

starting kelas math memang menakutkan. boleh lak die psiko cakap 22 daripada 78 orang gagal. siap tulis dengan marker merah lagi 2. memang cuak habis lah. die panggil ikot markah. paling tinggi farouq (51/53). aq rase die nie otak robot yang boleh masuk cd nie. upload jer sumer benda. tapi ape pon,aq memang respect r!! am pon power gak (49/53). aq da cuak giler lah. nasib baek lah result aq okay. aq dapat 42/53. aq frust jugak sebab salah benda-benda bodoh. 15 darab 15 dapat 25. tak ke cuai the power of infinity tu. ape pon, tetap bersyukur~

petang takde kelas, tapi ad photoshoot untuk leadership. bunyi cam gempak habis jer. padahal takde lah gempak mane. tapi niat tu yang paling penting. kalau kite niat, dah dapat pahale walaupun kite tak laksanekan niat kite tu. itulah keindahan ISLAM. aq dah berjaya mencari si 'dia'. hebat kan aq?? bende paling tak best, mase amik gambar ramai-ramai lah. tapi aq malas lah nak mention kat sini. balik dari photoshoot, aq tumbang. sedar-sedar dah pukul lima lebih dah. nak turun riadah, hujan lah pulak. bile dah stop hujan, rase malas lah pulak. senang citer,aq malaslah!!

*p/s : awak,janganlah serabut sangat..rilek kay..janganlah nak buat kerje-bodoh..takde faedahnyer..ramai yang ade untuk awk k..

tak aku sangka

hari ni kafe tutup awal. so, makan pun kenelah awal. kalau tak, menapak sampai Desa Ilmu lah jawabnyer. kitorang malas nak keluar, jadi kitorang pergilah kafe awal. ramai jugak lah orang yang ade kat kafe tu. nak tak nak kene tunggu lah. sempat jugak lah fight-fight ngan asri. suke betul cari pasal ngan orang.
hahahahaha..lepas ambik makanan, chow balik makan kat bilik ihsan. lepas makan, borak-borak lah bende-bende yang menarik. macam-macam lah yang kuar.

lepas dah puas, kitorang sepakat nak pergi surau pastu pergi cucuk duit. tyme nie lah aq rase paling happy sebab hampir full. bak kate irwan, cukupkan korum. korang paham-paham sendiri lah yea. tyme jalan, memang rase memori awal-awal masuk dulu berulang kembali lah. memang on the top of the world lah aq rase.
sampai surau, sempat lagi maen sorok-sorok selipar ngan ihsan. niat nak balas dendam, tapi kantoi lah pulak. 

selesai solat, kitorang gerak pergi atm sebab nak cucuk duit. sorang jer yang nak keuarkan duit. yang lain jadi bodyguard lah sebab takut kene rompak pulak kang. tak pasal-pasal duit melayang. sampai-sampai, ramailah pulak yang beratur nak cucuk duit. aq jadi pelik. dalam otak aq, 'aiii,budak u ni macam orang kerja lah pulak. baru masuk gaji ke ape.' ade sorang akak lah kot, kuar sampi rm 1700 hah. budak u ke orang dah kerja 2??
haish,mesti anak orang kaye nie.

da siap cucuk duit, kitorang gerak lah balik kolej kesayangan kitorang yang lebih kurang macam penjara tu. tapi not bad at all lah. selesa lah jugak aq duduk. juz kurang luas je lah. so, aq nak teruskan perjalanan aq yang masih jauh~. see again....

*p/s : blaja elok-elok sebab exam chem ngan bio dah dekat..


physic??chem??

hari nie dah cukup dua bulan aq duduk kat bumi kenyalang nie. atau lebih spesifik lagi, kat bilik M33, Blok M, Kolej Seroja, Universiti Malaysia Sarawak. aq sendiri macam tak percaya yang aq sambung belajar kat sini. kadang-kadang bile aq bangun pagi, aq ingat aq duduk kat semenanjung lagi. tapi,kenyataannya ialah aq betul-betul kat UNIMAS sekarang(*sedarlah irfan oiiii~)

kalau dua bulan, mesti lah korang boleh tau yang aq dah belajar banyak benda. walaupun subjek yang aq kene ambik takde lah banyak sangat, tapi beban tu tetap terasa. almaklumlah, kat universiti nie bukan macam kat sekolah menengah dulu. makan suap jer kejer aq. cikgu bagi,aq ambik. tak bagi, tak tau lah macam maner. tapi sekarang, memang kene fokus dalam kelas. memang aq boleh perform lah kot dalam bab tu. adoyai~. benda yang aq mmg tak pernah lulus sejak masuk tingkatan satu. 

subjek yang paling kuat aq pengsan kat sini kimia r. tak tau lah kenape. sebab memang aq kurang minat kimia kot. tapi kalau boleh,aq nak teruskan pengajian dalam bidang nie. hopefully aq boleh bawak lah subjek nie dengan jayanya. amin~. tyme aq betol-betol rase segar mase kelas kimia nie, memang laju jer aq serap ape yang diterangkan kat depan. kalau tyme ngantok, memang takleh lawan dah. aq memang angkat bendera putih terus. antara tido sekejap atau tido sampai habis kelas. haha( *perangai macam?? )

subjek matematik nie aq minat. tapi kalau dah ade tambahan, memang lemah longlai lah lutut aq. bak kata orang utara 'ketaq lutut'. power tak aq cakap utara. jangan tak nak akui kehebatan aq lak. pensyarah matematik aq memang bes giler. kalau ade pertandingan teka singkatan, aq konfem 200% die akan menang. korang tak percaya?? lawat lah laman web www.shortformcontest.com , tengok lah ade tak name die dalam tu. tak percaya sangat kan.

subjek paling lepak ialah IT, teknik berfikir dan kepimpinan. subjek yang boleh buat release tension walaupun kadang-kadang subjek nie tambah tension. tapi memang fun lah subjek-subjek nie. cume perlukan penglibatan  dan dah boleh lulus. aq selalu terlebih hormon gelak mase subjek teknik berfikir dan kepimpinan. lawak memang berterusan macam air sungai yang tak henti-henti mengalir. dah memang lagi hebat dari  raja lawak dah diorang nie.

last sekali subjek yang memang sempoi iaitu fizik. nak kate shinkansen, aq rase bukan kot. tapi korang bayangkan lah kalau satu bab boleh habis dalam mase setengah jam. tak ke laju tu. fuh,tercungap-cungap aq nak kejar. parah-parah. tapi kelas fizik tak pernah tension sebab pensyarah kitorang pandai maenkan perasaan dan suka melawak. memang memahami jiwa remaja-remaja seperti kitorang nie. tabik spring lah kat    en.hisyam. aq memang suke care die mengajar.

okay lah, cukup setakat nie dulu. nanti aq sambung len naaaa~

*jumpe tak laman web tu..aq reka sajer-sajer tu..haha..jangan marahhhhhhh~


CRITICAL thinking!!

tugasan yang agak berat..(*maybe r..)

buat perangkap lalat gune botol,selotep,gunting,benang@tali n plastik sampah (*yg nie jer aq xtau nak gune mcm mane). kitorang boleh tambah 1 lagi bahan untuk melengkapkan perangkap lalat kitorang nie. buat jugak lah research sikit-sikit. salah satu hasil nyer ialah..



nie just panduan je lah..takdelah tiru bulat-bulat..karang tak pasal-pasal kene penalti sebab plagiat..

caiyok!!




khas untuk budak sains HAYAT


gudluck untuk OSPE korang esok

do the best!!


p/s : awak yang ade gemok kat kad matrik,buat elok-elok..peace~ ;)



isnin datang lagi~

post kedua pasal hari isnin. biase lah aq,sangap hari isnin lah katekan. hari nie bermula dengan teramat sangat baik sekali (*bersepah bahase aq). aq makan dalam dengan kata-kata sindiran oleh insan yang bergelar 'abah'. aq nekad nak berubah walaupon aq nie bukan baek sangat pon. tapi,tak salah nak berubah kan. salah satu daripada maksud hijrah tu tau tak. 

lepas solat,aq tak tido. sebab fikirkan ujian matematik kot. macam-macam rase ade. takut,gementar dan sebagainyer. nasib baek tak ade rase masam manis je lagi. kalau tak,memang dah kurang lah tu. aq pon bukak buku matematik dan cube untuk jadi rajin (*igt senang ker). tapi tak sampai 5 minit aq dah rase bosan. aq rase macam dah boleh buat semua dah (*koya). sebenarnyer aq rase otak aq dah tepu giler-giler dah nie. 

kelas bermula dengan subjek kimia. aq harap dapat lah bertahan sampai habis kelas. tapi apakan daya. tapi sekejap je lah. faham jugak lah ape yang diajar hari nie. cume yang last-last je aq pening sikit. budak depan aq rilek jer aq tengok. konfem faham lah tu. dengki siot dengan die. aq cube paham,tapi tak faham-faham jugak. akhir kata,aq redha je lah. balik nanti belajar balik lah jawabnyer. 

lepas tu gerak pergi dewan pulak. nak test weyh. dah berape lame tak berdepan dengan situasi segetir macam nie. power tak ayat aq. gramatis giler kan. haha. masuk bakul,sendiri angkat lah. sampai-sampai,dewan tak bukak lagi. ape lagi,join yang laen melepak lah. mase nie,memang buat macam takde test dah. duduk santai macam lepak kat pantai hah. borak-borak,melawak dan sebagainyer.

pintu dewan dibuka dan kakiku melangkah masuk ke dewan. terkenang mase aq ambik spm dulu. rase rindu lak kat kawan-kawan FIGHTERS 0509. masuk-masuk,cari tempat duduk. dah duduk tu,aq toleh lah kiri kanan. dekat dengan budak tu. die wish gudluck and aq pon same. kemudian,bermulah satu jam setengah yang penuh dengan cabaran. aq jawab je lah ape yang aq boleh jawab. markah penuh 48 markah. aq target 30 markah je. tu pon tak tahu lah boleh dapat ke tidak. cuak.cuak~. dah lah banyak giler cuai. rase cam nak masuk tadika balik jer. tambah pon boleh salah. adoyai~. nasib baik semak balik. kalau tak,free-free jer segan nanti.

tu jelah kot untuk hari nie. baru test matematik. tak kire fizik ngan kimia lagi. mau short otak aq nak belajar nanti. tak tau lah macam mane nanti. harap-harap dipermudahkanlah. amin~


*ari nie model iklan coca-cola (brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~) tak buat photoshoot. so takde lah brrrrrr ari nie.haha..=)






untuk perhatian semua!!

ape yang kita selalu dengar adalah orang perempuan yang mengalami masalah gangguan seksual atau dalam bahasa orang putihnyer kite panggil 'sexual harrasment' . hal ini telah menjejaskan imej kaum adam. lebih-lebih lagi yang tidak terlibat. pernah tak korang dengar pasal lelaki yang mengalami masalah 'sexual harrasment' nie?? mesti korang fikir mane lah ade perempuan yang nak tibe-tibe buat bende tu. lain lah bagi lelaki. tu lah aggapan umum masyarakat sekarang. sekerang,aq nak bagitau kat korang yang paling banyak menerima masalah 'sexual harrasment' nie ialah kaum adam. korang tak percaya?? tengok gambar kat bawah nie...


 


haaa,amacam?? dah percaye ke belum?? aq tahu yang zaman sekarang dah moden dan masing-masing nak ikut arus kemodenan tersebut. semua nak up to date dengan fesyen-fesyen terkini. kalau tertinggal,mesti diejek oleh kawan-kawan. tak perlu nak bergaya sangat lah dengan hiasan duniawi ni. tujuan aq tulis nie bukan nak memerli mane-mane pihak. aq cume nak menyebarkan ape yang patut. korang yang bace pasal nie,renung-renungkanlah. terutamanya kaum hawa. sebab bende nie berkaitan dengan korang. 

*sory kalau ada yang terguris hati..






"i want us to be more than friends"

I got this story from my friends. I was attracted te the story and want others to read it too.

read with passion
As I sat there in English class,I stared at the girl next to me.She was my so-called ’best friend’. I stared at her long, silky hair. I wished she were mine, but she didn’t notice me like that. And I knew it. After class she walked up to me and asked me for the notes she had missed the day before, and I handed them to her.She said ’thanks’ and gave me a kiss on the cheek. I wanted to tell her. I wanted her to know that I don’t want to be just friends. I love her, but I’m just too shy. And I don’t know why.

11th Grade... 
The phone rang. It was her on the other end. She was in tears, mumbling on and on about how her love had broke her heart.
 She asked me to come over because she didn’t want to be alone, so I did. As I sat next to her on the sofa,I stared at her soft eyes,wishing she was mine. After 2 hours, a Drew Barrymore movie,and three bags of chips, she decided to go to sleep. She looked at me,said ’thanks,’ and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her. I want her to know that I don’t want to be just friends. I love her,but I’m just too shy.And I don’t know why.

12th Grade... 
The day before prom she walked to my locker. ’My date is sick,’ she said. He’s not going to go. Well,I didn’t have a date and in 7th grade we made a promise that if neither of us had dates we would go together just as ’best friends,’ so we did.
 Prom night, after everything was over,I was standing at her front doorstep. I stared at her. She smiled at meand stared at me with her crystal eyes. I want her to be mine, but she doesn’t think of me like that,and I know it. Then she said, ’I had the best time,thanks!’ and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her.I want her to know that I don’t want to be just friends. I love her,but I’m just too shy. And I don’t know why...

Graduation Day... 
A day passed. A week passed. A month passed. Before I could blink, it was graduation day. I watched as her perfect body floated like an angel up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine, but she didn’t notice me like that, and I knew it. Before everyone went home, she came to me in her smock and hat, and she cried as I hugged her. Then, she lifted her head from my shoulder and said, ’You’re my best friend,thanks!’ and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her. I want her to know that I don’t want to be just friends. I love her, but I’m just too shy. And I don’t know why...
 

A Few Years Later...
Now, I sit in the pews of the church. She is getting married,now. I watched her say, ’I do’ and drive off to her new life, married to another man. I wanted her to be mine but she didn’t see me like that,and I knew it. But before shedrove away, she came to me andsaid, ’You came!’ She said, ’thanks!’and kissed me on the cheek.I want to tell her. I want her to know that I don’t want to be just friends. I love her, but I’m just too shy. And I don’t know why...

Funeral... 
Years pass, and I looked down at the coffin of the girl who used to be my best friend.’ At the service they read a diary entry she had wrote in her high school years. This is what it read: I stare at him wishing he were mine. But he doesn’t notice me like that, and I know it. I want to tell him. I want him to know that I don’t want to be just friends. I love him, but I’m just too shy, and I don’t know why. I wish he would tell me he loved me...i wish I did too...i thought to myself, and I cried.

end

*aku amik ceriter nie dari blog sam(orang yang byk bagi tunjuk ajar sal blogging). touching weyh~



ilusi versus realiti!!

hari ni kelas aq habis awal iaitu pada pukul 11.30. faham-faham je lah kenape kan. selepas selesai melaksanakan tugas sebagai seorang muslim,aq meneruskan hidup seperti biasa. punye lah boring sampai aq tak tau nak buat ape. last-last aq layan cerite iron man 2. cerite 2 dah agak lame dah lah keluar kat panggung wayang. tapi disebabkan tahap kebosanan aq tu da sampai the power of infinity,maka aq dengan selambernyer melayan cerita tersebut. habis jer cerite tu,aq pon tido lah. dah lah hujan,memang katil ngan bantal serta selimut memanggil aq lah kan.

aq bangun dan berjalan ke arah loker aq. aq ambik fon aq dan cuba on fon tu. punye lah hepi sebab fon 2 menyala dan tulis 'insert sim card'. perghh,epi giler lah kot. so,aq masukkan lah sim card dalam fon tu. tapi kegembiraan tak lame bile aq rase ade orang tepuk aq n dengar die cakap 'ko dah sembahyang asar belum'. dengan rase malas,aq pon bukak mate dan tengok jam. siot,da pukul 6.40 petang. aq bergegas ke bilik air dan ambik wudhu'.nasib baek sempat solat. kalau tak,memang 'burn' dah lah asar aq. trimas kepada mustaqim sebab tolong kejutkan aq. lepas solat,aq cari lah supernova aq. try lah on,tapi ternyata mimpi itu mimpi!

tapi hidup mesti diteruskan. pukul 7.30 karang nak gerak pergi 'GOLDENHAWK' pulak. aq bersiap-siap lah ape yang patut. lepas solat,aq turun lah bawah. kitorang gerak dari sini dengan 2 buah motor dan 4 buah kereta. memang puas hati jugak lah main tadi. dah lame kot tak maen kat gelanggang. dapat lah lepaskan gian nak masuk dalam jaring. ada 5 team kesemuanyer. ahli kumpulan aq ialah naquib,izzudin,nasrul,amsyar dan sudah tentulah aq. dah name pon team aq kan. 2 jam memang agak lame tapi rase masih tak cukup. harap-harap lepas nie dapat maen lagi. dan aq ade dengar-dengar yang diorang nak buat macam nie at least sekali sebulan. harap-harap tak lebat lah.

yuk kita usya-usya gambar dulu!!



amsyar (penyelamat 1st game)




defender yang hot lagi power



yang nie no komen..
haha~




man of the day
hatrik nie



doman.am.naquib





messi malaysia



candid!!


kitorang abes maen futsal dalam pukul sepuluh. aq bukan rase lapar dah,tapi dah kebulur tahap cipan dah. nasib baek yang laen pon same dengan aq jer. kitorang singgah lah kat J&J untuk melantak. memang lega lah lepas perut dah diisi nie. nikmat yang teramat sangat (*betul ke BM aq nie?). 


khusyuk layan King Kong




menu malam ini





gelas besar??



two is better than one


dah kenyang,chow balik kolej lah. settle-settle hal kereta,kitorang gerak lah balik kolej. memang hari yang memuaskan hati serta nafsu. jangan fikir negatof kayh. okay lah,cukup lah setakat nie okayh. kesimpulannya,majulan futsal untuk pelajar asasi unimas!!

*p/s : choc aq da abes..nak lagi!!





smart lagi stylo!!

ari nie nak tak nak kene r bangon awal. ade kelas bahase inggeris dengan mr.damian. tapi bukan damian diff kayh. damian diff tuh celaka tahap dewa lah kot bagi aq.tujuan die nak tegor orang tuh memang bagos. tapi care die salah. tegor dan ditambah pulak dengan cacian,makian dan seumpama dengannya.better tak payah tegur kalau macam tuh.

tengok,aq dah menyimpang dah. ade kene mengena tak ape yang aq baru cerite kat atas dengan tajuk? aq sendiri rase tak. okay,kite kembali ke pangkal jalan okay. aq penah terbaca kat satu blog pasal sorang mamat yang agak cool (*cool giler kot aq raser).tadi aq terpandang die. mule-mule okay lagi r.tapi lepas satu mase 2,memang aq rase agak janggal lah. kemeja laid out dan butang yang dibuka. kalau kene dengan kemeja,memang lah akan nampak stylo. tapi kalau dah kemeja untuk majlis formal,memang janggal r. kalau tempat aq,orang panggil 'darat'.

*die pakai baju lah kat dalam..

hari nie,memang berbeza dengan semalam. aq bangon dengan tenang dan tak ade tekanan lagi. tak macam semalam. tapi aq tekanan sebab benda bodoh sebenarnyer. aq salah faham dan samar-samar dengan situasi sebenar.nasib baik dah diterangkan jelas.

lastly,aq nak wish selamat hari jadi kat dua orang yang baru je meningkat usia 18 (*sweet 18 r kot~).
those 2 person is.....




sakhawi subri

14.07.2010





robiatul adawiyah

13.07.2010


last sekali..


nabilah rosly

12.072010

*nie juz wakil die sebab aq takde gambar die











p/s:sory sebab tak mintak izin amik gambar korang..peace k..semoga epi sokmo n success in whatever u do







freeze~

entah kenape aq tibe-tibe rase rindu sangat kat sekolah,kat kawan-kawan dan aktiviti-aktiviti yang kitorang buat dulu.tak kire lah yang bagus atau yang bodoh ataupun yang melanggar peraturan sekolah.


*nie beberapa gambar yang aq suke tyme sekolah dulu


 

cam tak aku yang mane??




my family n aq anak bongsu r kot





sports day bersejarah buat D' Unit




maskot pertama SAS


*cukup r dlu k..letih nak edit-edit gambar nie..aq masih lagi dalam proses belajar mengedit gambar..

p/s : aq rindu korang~

jauh tapi dekat

daus,qlate,chin,mull,sharo,efan,  fako,paan tikus,paan besi,acap rafi n others~

aq rindukan korang..

korang bez lah sumer setempat jer..

aq jer yang tercampak jauh..

hopefully next year aq boleh balik semenanjung..






majlis berbuka





markas GB5








akhirnyer!!

dah lame aq cari jalan nak letakkan button like facebook kat blog aq. punye lah susah nak wat. step yang die bagi aq da ikot,tapi still tak jadi-jadi jugak. so,aq bertanya lah kepada mereka-mereka yang sudah menjadi senior dalam bab-bab blogging nie. sanggup turun tengah-tengah malam sebab nak buat button like tuh. tapi entah kat mane silap nyer. tak jadi-jadi jugak. so,aq pon naek lah balik ke bilik aq.

entah macam mane semalam,aq terfikir nak try sekali lagi. aq pun message lah kat seorang lagi senior blogger nie. die ckp nanti die nak wat ape entah. last-last die cakap tak boleh. tapi die bagi aq link dan aq pon try lah buat. keputusan nyer masih macam biase. down the power of infinity da. blog aq bermasalah atau tuan blog yang bermasalah nie?*sigh...

tapi tadi usaha membuahkan hasil.haha.jadi jugak akhirnyer.memang rase puas ati lah sebab usaha aq selama ini berbaloi. kalau suke,klik button 2 kayh~

*tq kepada syamsul dan atiqah sebab ajar aq buat button 2

p/s : aq mintak maaf sebab buat ko bengang (bukan utk sam@tiq)

.~.~.~.~

AQ TAK SUKE PERTANYAAN TERGANTUNG!!

aku nak berubah!!

'buang yang keruh,ambil yang jernih'.itulah benda yang agak sukar untuk aku buat sekarang.aq nak buang sikap malas aq.aq tak nak result aq jadi mcm result spm aq.teruk ya amat.dalam kelas waktu form five dulu,aq rase aq r yang paling malas.buat keje sikit,melencong terus.adoyai..macam mane r result aq tak teruk.sampai sekarang aq masih lagi rase malas.da r malas tu da tahap the power of infinity.


*p/s: tolong r aq untuk berubah

malam yang cemerlang~

morning!!

sebenarnyer aq belum tidur lg.inilah kesan daripada 2 paket nescafe regular.aq segar sampai subuh.aq ulang-alik dari M33 ke M43.aq rase dalam 1 malam,lebih dari 20 kali aq ulang-alik.hebat tak aq??mesti korang cakap tak kan.cube r korang buat.kalau boleh,memang aq tabik spring r.nk soh sujud kat kaki pon boleh....boleh blah!!start pukul 3,aq maen bola(PES) dengan wawan,jang n zuhri.kitorang semua struggle dan akhirnya hanya ad 2 pemenang iaitu aq(irfan) dan zuhri.kitorang sempat buat video lagi.memang lawak giler.nantikanlah kemunculan video itu di laman sesawang anda.so,sekarang aq nak recharge energy aq dulu.sebab pukul 10 nanti ada PBL FIZIK~

doakan aq terus cemerlang untuk PBL..amin~

my second~

Aq tak ade yang first.tapi yang second aq ad.mesti pelik kan.yang second aq nie bez giler ahh!!sporting+funky=monkey kot..haha~jgn marah ye my second.actually,yang second aq nie dah ada yang first die.tapi aq tetap yang second die.bapak berani r die.die slalu support aq dan bagi nasihat kat aq.tadi baru je lepas chatting dengan die.die suruh aq speaking kelantan.aq layan je r.last2,die surrender.die blank dengan beberapa perkataan.contohnyer koya.die asyik tanye ape maksud koya tu.haha!sian die..tapi ape pon,aq xkn lupekan die sampai bile-bile walaupon aq dah ada yang first.aq janji~

nie aq bg maksud...

koya=perasan

ngoti=betul

nanar=pening

*p/s : jangan fikir negatif k..

laughter is the best medicine..

kelas teknik berfikir tadi

aq tak henti-henti ketawa

lawak berterusan

memang lucu betol r

presentation memang mantap

asasi UNIMAS bez!!

skang

mase untuk riadah!!

aq nak kasut baru

someone please buy it for me

PLIZZ~



malang tak ber bau~

sape cakap malang berbau

cube bagi tau aq 

macam mane malang tu

mesti ko tergagap-gagap nak explain

yang penting

kaki aq 

injured!!

nie sumer gara-gara kunci yang tertinggal dalam bilik r nie

dan aq yang berlagak

nak jadi spiderman

petang nie nak riadah ke x??

nak!!tapi kaki sakit~

nytezz..


mate dah layu

tapi 

aq nak post something dulu

mesti tertanya-tanya

haha..

tak ade ape-ape pon

juz nk wish

NYTEZ!!

*especially for those 2 person..tq 4 helping me..





sweet dreamz~

penting!!

memandangkan exam sudah dekat
aq menyeru 
semua budak asasi unimas
belajar!!
so,,,,

CAIS JOM!!


jadi ulat buku itu bagus!!

aku..kau..dia

aku..kau..dia

membawa maksud yang berlainan

tapi saling berkait rapat

antara satu sama lain

saling memerlukan

aku+kau+dia=kami

satu equation yang kukuh

teramat sukar untuk dileraikan  

walaupon oleh

pakar kimia dunia

conclusion

FRENSHIP 4 EVER!!




thankz..

semalam aq down

sebab fon aq rosak

ada yang mesej kat facebook

tanye kenapa aq sombong

boleh ker aq survive

2 bulan tanpa fon

tapi sebelum aq tido semalam

ad yang buat aq tersenyum

thankz a lot

aq sayang korang!!



rotiiii~




black forest