fuhh..fuhh..

lame jugak blog aku tak berupdate. malas giler lah nak update. dengan wi-fi laptop aku yang bengong nie. nie ok lah sikit sebab kolej dah kurang penduduk. maklum lah cuti raya cina. semua pakat balik rumah masing-masing. aku dengan berape orang lagi malas nak balik dan kitorang cume lepak kat sarawak jer.idea takde. nanti aku sambung petang karang.



macam budak-budak



untukmu sayang,

post khas untuk kau yang teramat aku SAYANG. weeee~ terima kasih di atas kata-kata penghargaan kau. kau buat hati aku meronta-ronta. memang sangat tak tahan. membuak-buak plus menyirap-nyirap ouh. kau lah perempuan paling baik kat asasi unimas nie. sangat aku tidak sangka. kau kawan terbaik yang pernah aku ada. kau memang cukup bertoleransi dan amat memahami keadaan yang terjadi. kau tidak pernah tokok-tambah walaupun sekali. apa yang terjadi, itulah yang keluar dari mulut kau. sebab tu aku sanjung tinggi kau. mule-mule aku tak tau siapa kau sebenarnyer. tapi sekarang aku dah tau. kau akan aku ingat sepanjang asasi nie dan mungkin sampai bile-bile. so, aku nak ajak kau date dalam mase terdekat nie. kau sudi tak? tak stylo lah kan cakap belakang. aku nak dengar sendiri dari mulut kau. face to face. ok tak?? jangan risau, cais timur tu terang lah. takde nyer orang nak gosip kalau kite jumpe kat situ. orang bangsat je yang akan buat mulut je kalau kite jumpe kat situ. deal k. haha!!

*sam,ok x??ke belum cukup??

di pagi yang renyai-renyai

salam. sedar tak sedar hari nie dah 13012011. macam tak percaye je. macam baru jadi je. tempoh masa pon dah makin dekat. haihh, macam mane nak buat nie. harap-harap make it on time. first time ouh. teruja sikit. hahahaha. still looking forward for the cupid putih. style seyh. sape-sape ade, aku nak untuk present untuk beday aku bole?

sabtu nie aku ade hiking kat kat taman negara kubah. tempat tu boleh tahan masyuk. aku dah pernah pergi dulu. sumer ketua-ketua group kali nie dah pernah pergi. tapi kali nie mesti lagi seronok sebab ramai yang pergi. lagi meriah lah. harap-harap takde benda buruk akan berlaku. amin~

*doakan quiz math aku pagi nie.( hujan nie buat aku layu jer pagi-pagi nie )

cupid putih

lawa ouh!! aku nak jugak satu. haha! tak malu gile laki nak benda-benda macam tu. tapi ape aku kesah. dah benda tu nampak menarik. die ade kembar kat sini. name ape aku tak tau lah. tapi orang panggil name panggilan yang lucu ah. nanti aku nak cupid tu sebagai present k.

sekian, terima kasih.

jam putih,

obses dengan jam putih pulak sekarang. haihhh. aku pon tak paham kenapa taste aku putih je memanjang. mungkin putih nie nampak cool kot. seriously, bagi aku putih tu style. aku bagi contoh kasut lah. memang lumrah lah kasut kau yang putih tu akan paling ketara nampak kotor. tapi bile dah setengah tahun kau pakai, kasut kau akan nampak lagi lawa dari mase kau mule-mule beli. itulah keunikan warna putih.

gaya gelak sekali



bukan suke hati



* saya suka awak!!





damn,

aku memang tak perfect. aku jugak tak pernah terlepas dari buat salah. tapi aku cube elakkan buat benda yang aku tak nak orang buat kat aku. tak kisah lah kau memang cool habis ke, ape ke. dah memang lumrah dunia nie ada ' give and take '. kau nak bahan orang, tapi bile kene bahan kau melenting, marah, merajuk dan ape-ape je lah yang seumpamanya. kau nak masuk satu komuniti, kau kene kah biasekan diri dengan komuniti tu. bukannyer komuniti tu kene biasekan diri dengan kau. kalau kau nak macam tu, kau buatlah komuniti sendiri. kau jadi lah ketua. aku jamin komuniti kau takkan jadi komuniti. aku ulang, TAKKAN jadi komuniti. kau fikir-fikir lah sendiri. 

senang je nak selesaikan masalah nie. kalau kau tak nak kene benda tu, kau jangan buat benda tu kat orang lain. mungkin sekarang kau masih diterima orang. tapi aku jamin bile kau dah kerja nanti, orang tak akan pandang kau lah weyh. sekali lagi aku ulang, TAK AKAN pandang kau. aku nasihatkan kau berubahlah. jangan dah sampai masa baru nak menyesal. ape yang kau buat tadi memang buat aku bengang lah. g.t.h lah kau!!



jangan sampai kawan bertukar musuh.







rabu,

esok hari rabu. kalau dekat sekolah dulu, malam nie mesti kelam kabut suruh junior carikan t-shirt bomba atau krs. sanggup tak nak pakai baju uniform sendiri semata-mata nak pakai t-shirt. ingat senang ke nak pakai t-shirt waktu belajar. lagi-lagi t-shirt bomba. round neck lagi.

hari rabu jugaklah hari yang best sebab ade petik-petik name budak naek atas pentas. pastu kene tanya lah soalan-soalan berdasarkan topik pada hari tu. memandangkan hari rabu adalah english day kat sekolah aku, maka kene speaking lah. kene pulak yang cepat gelabah, memang jem habes lah kat atas pentas tu.

waktu petang paling best. bagi senior lah. bagi junior konfem menyumpah-nyumpah. lumrah lah kan. waktu junior kau kene kawad tengah panas. pastu kene denda macam-macam dengan senior. dah lah tengah panas pulak tu. kalau dalam dewan boleh lah consider lagi kan. ade aircond. tapi bile naik senior, konfem kau akan buat balik dekat junior kau. bendda nie dah jadi macam cycle kat sekolah.

tapi junior sekarang macam gampang. buat kumpul sikit, dah bunyi dah pembesar suara. 'jangan nak  buat kumpul dalam bilik'. damn lah korang junior!! kalau tak bagi warning, nanti naek kepala. siap ade yang kurang ajar dengan cikgu. tu memang nak makan tapak kaki lah jawabnyer.

-part 2-


macam kembar pon ade



bajet kuat abes



to infinity!!and beyond!!



nie tuan die edit sendiri



jangan tiru aksi ini 



okayh..ni sambungan part 1. kitorang lepak kat pantai damai dalam2 jam lebih. kitorang tak bawak makanan sangat pon. tapi lepas explore tempat tu, kitorang dah bley plan ape nak buat untuk 2nd trip nanti. ade yang cadangkan bbq. aku no hal jer. lagi ramai lagi meriah. lepas gerak dari pantai damai, kitorang gerak pergi kampung santubung. kitorang solat dulu lepas tu pergi cari tempat makan. kebanyakan tempat tutup hari tu. so,banyak mase dihabiskan untuk mencari kedai makan. kitorang sengaja tak nak makan dekat kuching sebab nak merasa selera kampung sikit. tapi sibuk-sibuk cari kedai makan pon, kami sempat singgah kat sebuah rumah. agak bermakna lah buat sorang budak tu. malas nak bagitau sape. takpe helmi, aku diam je. haha!! =)



master plan



pemandu setia



khusyuk giler muke



hobi saya maen jewel quest




fokus kat dua yg hujung tu


gambar kat atas ialah gambar kami kat warung kat mane entah. aku pon tak pasti name tempat tu. yang pasti, warung tu kurang kondusif dan kurang menyenangkan. wiyanh sampai boleh maen lari-lari lagi. lepas dah kenyang, kitorang gerak pergi satok. sebelum tu singgah beli jeruk dulu kat tepi jalan. kalau kat tengah jalan, konfem kene langgar ah wa cakap lu. kitorang sampai satok dalam pukul tiga lebih. aku mencari satu benda berwarna merah. tapi sayang, yang ade hanyelah yang warne biru. kata peniaga, yang merah dah habis stok. kehampaan yang teramat sangat. dah lah tak bez lepak kat satok. huhu~

lepas dah puas kat satok, kitorang gerak pergi waterfront. by the way, aku dengan tengku jumpe lecturer fizik kitorang kat satok. dengan sape, aku tak nak bagi tau lah. kitorang ingat dapat lah tengok sunset dekat waterfront. tapi musim sekarang nie mencemburui kitorang. so kitorang cume lepak-lepak jer kat waterfront tu. malam tu dinner ikot selera masing-masing. kitorang sampai kolej dalam pukul 9. sempat lagi berkelah depan blok A tu jap. macam maen judi pon ade. sumpah lawak giler.



sweet nyer~



gap jauh k



laki pakai handbag??



cute seyh!!



penipu!!



malu-malu pulak



lawa seyh


* credit to unwaniah for the camera and hanani for the handphone ( kamera kecemasan )