burning hill!!

aku rase blog aku nie bukan setakat dah penuh dengan sawang je. entah-entah tikus cengkerik pon dah bermastautin kat blog aku nie. tapi nak buat macam mane, aku tak boleh nak online. laptop aku meragam kaw-kaw punye. on tak sampai 10 saat, tido balik. hangin satu badan aku dibuatnyer. tapi ape pon, dah takdir laptop aku die nak rosak, redha je lah.

aku malas nak summary ape yang aku dah buat dan ape yang dah jadi sepanjang aku menyepi ni. nanti kalau aku  rajin, aku buat lah. tapi macam mustahil lah jugak aku nak buat macam tu. tapi yang penting cuti aku nie mild je. ade mase best, ade mase boring. tapi yang paling best mase aktiviti keluarga besar. yang agak grand nyer berkaitan dengan tajuk kat atas tu. tajuk tu psiko ko. sebenarnyer kitorang pergi hutan lipur bukit bakar. haa, dah faham kan tajuk kat atas tu. mesti korang ingat ade berita terkini pasal bukit terbakar kan. jangan marah aku pulak. salah korang jugak. " don't judge a book by its cover ".

perjalanan bermula selepas solat jumaat. kali nie tak lah grand sangat sebab cume tiga family je yang join. yang laen sibuk dengan hal masing-masing. aku harap sangat dapat semua kumpul dan pergi sama-sama. sebelum pergi, aku ajak echah pergi sekali dengan aku. tapi die tak dapat ikot sebab die kurang sihat. alih-alih die suruh aku ajak orang perlis pulak join. aku cakap lah kat orang tu. tapi konfem lah tak dapat join sebab jauh giler kot. kalau nak pakai kuase golek pon tak boleh sampai dalam mase sejam.

tempat nie boleh tahan lah jugak cantiknyer. tapi maintainance je yang kurang bagus. tapi tak salah diorang jugak. orang ang datang pun kenelah jage kebersihan. sampah tu janganlah buang merate. kalau dah name pon budak-budak, memang tak paham maksud sabar. sampai-sampai terus amik beg masing-masing partu terus terjun dalam air. at least aku baek sikit, lepas kunci kereta baru terjun. haha!! kepada si gumok, jangan jelez yer!!


akim



tok bomoh cap rimau!!



model mane entah


uncle sulung


adik bongsu aku


kanak-kanak riang


part of family


yuk main air!!


sori lah ye, gambar direct je. takde mood nak edit-edit lagi. nanti aku tulis lagi.